Friday, September 25, 2009

Raya yang tak macam raya

:bear9:Hemm.. tahun ini, aku pulang ke kampung dengan semangat dan aura yang tak berapa kuat untuk beraya. Entah. Mungkin disebabkan kepulangan arwah datukku yang telah pulang menemui tuhan yang satu di alam sana, atau mungkin juga disebabkan ketiadaan baju raya yang baharu buat julung-julung kali pada tahun ini. Ya, percayalah. Aku tidak disediakan dengan baju raya. Sahabat-sahabat 'terbaik' asyik sahaja menguar-uarkan tentang baju raya mereka, tanpa mereka sedari, dalam hati ini siapa yang boleh melihat. Luka dan carikannya amatlah dalam. Maybe it is the time for me to realize not everything that i wish for would be granted right away.But it's okay. At least i got my great happy family to beraya with me.

P/S: Kepada rakan-rakan blogger sorry la pasal lama menyepikan diri dari berkunjung ke blog korang, maupun mengepos komen. Akan aktif balik within few weeks. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

No comments:

Entry Best!