Friday, December 3, 2010

12 Golongan di Padang Masyar.


Anda dalam golongan apa? Luangkan masa sejenak yer.
Tadi aku baca buku tentang kiamat. Dan terdetik jugak nak kongsi disini. Buku lama. Aku tengok harga pun Rm 4.50. Mana dah ada sekarang buku harga 4.50. Lebih lebih lagi buku macam tu. Kurang kurang 6 ringgit ke atas. Oke. Mai la sama sama kita renungkan. Samada golongan mana kita termasuk ni.

Golongan Pertama

Takda kaki takda tangan
Sah sah masuk neraka.

=Kira macam dalam golongan kafir


Golongan Kedua

Dilahirkan semula menyerupai Babi.
= Sebab tak semayang.

Ha ni khusus la sapa tak semayang. Pikir la sikit. Semayang ni lima minit ja. Napa susah sangat.

Golongan Ketiga

Dibangkitkan dengan perut yang buncit dan di dalam perot penuh dengan kala dan ular.
= Semasa hidup nyer, mereka tak bayar zakat.

Insyaallah, kalau aku da keje nanti, tak mo skip skip bayar zakat. Kalau aku mampu.


Golongan Keempat

Mulut berlelehan dengan darah

= Menipu dalam urusan jual beli.

Wa, takut nye. Seingat aku la, nak cakap menipu tu tak lah. Tapi macam was was nak fixed kan harga sesuatu barang yang aku jual masa kat sekolah masa hari Koperasi camtu lah.

Golongan Kelima

Dibangkitkan dengan badan yang bengkak dan berbau busuk melebihi bangkai. Ni, semasa hayat dia, dia menutup kejahatan kerana takutkan orang atasan. Well, aku rasa ni lah yang paling banyak berlaku. Kes bom orang filipina pun tak settle settle. Tak pa, kita tunggu nanti sama sama akhir dia camna. (tersirat)

Golongan Keenam

Golongan yang dibangkitkan dengan keadaan halkum terpotong

= Sebab semasa hidup, mereka suka berdusta dan bersumpah palsu.

Entah lah. Aku selalu jugak tipu sunat ni. Tapi, ada ker islam, istilah tipu sunat, tipu kering yang kita selalu guna ni?

Golongan Ketujuh

Golongan yang akan mengeluarkan muntah muntah

= Mencegah orang menjadi saksi yang hak.

Macam kes bunuh orang Filipina tu jugak lah, aku ada baca, dia dilarang menberi keterangan, disuruh membawa diri, menarik balik keterangan. Em. Paham paham lah yer.

Golongan Kelapan

Kaki diatas
Kepala dibawah
Kemaluan ditusuk besi panas sehingga bernanah.

= Selalu berzina.

Korang jangan tak tahu. Korang ingat bersetubuh sajer ke zina? Zina ni banyak jenis weh. Ada zina mata, zina hati dan manyak manyak lagi lah. Ringan ringan pun da kira zina tahu tak?

Golongan Kesembilan

Kulit muka hitam
Matanya biru
Perutnya penuh dengan api

= Selalu makan harta anak yatim.

Golongan Kesepuluh

Dibangkitkan dengan badan penuh sopak, kurap
= Menderhaka kepada kedua ibu bapa. So, appreciate your parents, sayang depa as much depa sayang hangpa yo,

Golongan Kesebelas

Lidah terjulur hingga perut
Mata dan Gigi keluar dari bibir macam tanduk lembu
Bibir terjuih paras dada
Hatinya buta

= Sebab utama, minum ARAK.

Tu lar aku pesan, jaga makan minum korang. Arak ni depa selalu masuk dalam makanan terutama. Macam makanan itali, cina gitulah.

Golongan Keduabelas

Dibangkitkan dengan raut wajah BERSERI SERI seperti BULAN PURNAMA
Melintas titian Siratalmustaqim secepat kilat

=Orang yang selalu bertaubat dan mengikut suruhan DIA


Insyaallah, aku mencuba sedaya upaya aku menjadi golongan KEDUA BELAS

17 comments:

Anisa Hang Tuah said... [Reply]

takut.

I*K*T*I*R*A*F said... [Reply]

ALLAHUAKBAR!

DuniakuAbstrak said... [Reply]

terima kasih

Tomato Gurl's Life said... [Reply]

erk seram tgk 1st pic!

p/s; seminggu cik tom tak online..skang sesi balas jejak entry+komen :)

aliza said... [Reply]

takotnye

yanshumill said... [Reply]

seram nye ..........

KABAKOGA said... [Reply]

doblas.,

Cik Akma said... [Reply]

thnks utk peringatan ini. manusia slalu terleka dlm mende2 mcm ni.

HonEyBuNNy said... [Reply]

takotnya...nak jd golongAN 12 juga,...

sophie said... [Reply]

Errr..Cuak giler..Minx dijauhkan.

sugar2 kapas strawberry said... [Reply]

amar makruf nahi mungkar :)

mia bouvier said... [Reply]

alhamdullilahhhh

AISHA SAAD said... [Reply]

scary nyaa bila bygkan all of these...
moh ler kita doa, kita selamat from all of these.. huuu.

twinkle twinkle said... [Reply]

thnx akk sbb share :)

aTiKa aTeRkaH said... [Reply]

sama sama kita perbaiki diri nak jadi golongan kedua belas ea...

BLADE EDGE said... [Reply]

Salam..

saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

good info..tp kalo blh, nyatakan la skali nama buku tu dan nama pengarangnya..esok2 mudah follower nk buat rujukan...

Anyway kalau ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.

regards,
BLADE EDGE

ardinihumaira said... [Reply]

insaf :'(

Entry Best!