Tuesday, January 26, 2010

Berita buruk





Or should I call it tragedy?
Now currently in class, I am quite alone,
where semua ramai orang prefer pergi mencekik dekat kafe.
Aku rasa bersalah sebab lama da jengok blog korang.
Will soon.
Sebab server internet super lembarpppp
and entah lah. Satu je tempat yang laju,
tu pun dekat bilik rehat where kejadian histeria tu berlaku.

Gila siot kowt kalau aku nak pergi sambil layari internet.
The only thing that I can do for this time being,
aku hanya boleh bawak lappy aku dan ke kelas,
where the internet server memang laju,
sampai aku rasa taim lecturer ngah mengaja pun
rasa nak jek bukak blogger sambil jalan2 kat blog orang!



The main point is,
Aku maybe akan ke kem kepimpinan,
and aku tahu aku memang sucks gila dalam
bab2 leadership walaopon namaku sendiri bermaksud pemimpin.
Waah, what do I do?











P/S: Kunjungan dan komen akan dibalas dengan kadar segera seperti broadband celcom yang 'laju' la sangat. OK. Aku serious. Memang pantas Ok. Aku akan melawat!!!!





Selamat pagi, cinta,

Sunday, January 24, 2010

Histeria! Based on real story!

Salam.
Aish. Okay, perangai malas semakin menjadi
sejak dicampur dengan kesusahan mendapat
liputan wireless ( chewah), membuatkan aku
berpikir tidak lebih dari 1 kali untuk tido dari dok bukak lappy
sambil tunggu internet server punye bite meningkat. {@@}

Two days ago,
aku ada post entry sal antuuuuu. ( wat ala gaya cerita katon horror)
(ok, aku try not to sound spooky)
But for God sake,
semalam, for the first time since aku dok sini,
hostel ini, asrama ini, second home ini, dan sebagainya ini,
HISTERIA telah berlaku.
Ohh.
Masa tu aku tak dengar langsung. Ko boleh bayang kan,
orang yang kena HISTERIA tu dok menjerit-jerit
sambil mengerang sakit,
aku boleh menyanyi lagi The Best of the Both Worlds
sambil menggelek-gelek punggung.
Seriously, I think aku kena banyak selawat.



Ini adalah rentetan peristiwa mengikut sumber :


1) Mangsa pi tandas pukul 3 pagi. ( masa paling senang nak jumpa segala jenis antu)
2) masa nak lalu pi tandas, ternampak la lembaga bertenggek atas kerusi dan meja marmar kat luar hostel tu.
3) Sejak pada itu, 3 malam berturut-turut selalu dok mimpi lembaga tu.
4) Semalam, rasa sakit perut, pi klinik, doc said, it was gastric.
5) Then, balik hostel, panggil ustaz.
6) Buat ala2 exorcism. Tapi benda tu tak nak keluar.
7) Kejadian tu berakhir sampai la pukol 2 pagi. Masa tu aku dah berdengkur.



P/S: Kau rasa antu tau tak aku tulis sal dia dalam blog nih.
ISH menakutkan saja.







Take care,

Thursday, January 21, 2010

Hantu yang macam mana?

Salam. Hello world.
Lama gila aku rasa tak update. Tapi
aku rasa aku tak akan tenang selagi tak bagitahu.
OKAY, i know, it's so lame to talk the same thing
when other people have talked this thing for over a period of time.
Sebab aku gadis kampung so, aku rasa, evendo aku lambat
tengok aku tak rasa malu macam naked

Hehe, gila lah. That movie was so creepy and damn real.
Aku rasa nak terkencing dan tercirit tang-tang tu jugak!
Gila. ( okay, aku tipu) Tapi serious ni memang takut.
HAHAH. sebab ku rasa funny sikit instead of gila freaking,
sebab aku takut gila pada hantu yang tak nampak.
HEBAT tak?
Memang aku suka cerita hantu,
bab for this time, ni lah hantu 'ghaib' yang benar-benar leh wat aku
berdebar taim mandi sorang-sorang pukul 6.45 pagi.



Gila macam real!
Sibuk gila aku godek-godek internet,
dan dengan kecewa sekali,
the movie was a rekaan semata-mata!


Korang prefer antu yang macam mana?
Nampak muka?
Nampak mata?
Dengar suara?
Dengar tapak kaki?



The vote is on!




Have a grave day! MUAHAHA! ( ala-ala drakula)

Tuesday, January 19, 2010

Betul ke tindakan aku ni?

Salam. Namaste. Vanekem.( aishh aku da mula da)
Semalam sehari tak ada internet. Aku memang stress gila.
Syt, dalah berlambak kerja kena buat guna internet. ADA ka patut,
bar dekat yang tunjuk server tu penuh, tapi kalau bukak je tenet,
HAMPES.

Okay. sebab hari ini da ada internet aku OK.
Aku sebenarnya da bertaubat, tak nak marah-marah macam
orang tak siuman da. Aku sekarang da beralih ke hobi baru
pulak. Menjerit macam orang HISTERIA.
Aku suka sangat menjerit sampai aku rasa memang orang nak je penampo aku.


Dan aku pun da berjanji tak nak da cakap
hal-hal bual kosong,
tapi macam biasa, bila jek ada party liar, which was semalam,( aku reka)
Well, party makan kopok lekor dari ganu kite. ;)
Aku mula start cakap merapu.

OPS. Berbalik kepada cerita asal;



Raya cina da dekat ni.
Aku rasa macam tak nak balik Kampung.
Ada kawan cakap macam bahaya.
Dulu pun ada PAK GUARD gatal pernah cuba nak masuk bilik aku.
Aishh, ingat balik rasa aku nak tendang je anu dia tu. OPS.
Tapi......






P/S: Korang rasa apa yang perlu aku buat??





Indahnya sungguh di hari RAYA, ramainya orang bersuka ria!
Cik adikku, cantik bergaya, bolehkah abang ikut bersama (2X)

Ops, terfeeling hari raya puasa pulaks.!


I'm back, ( perasan orang tunggu ajek)


Sunday, January 17, 2010

Aduh lemas, rimas!


Salam. Ohaiyo. Haip.
Oke Ni tektik orang jepun jawab salam.
Bahasa korea dah reti. (chait, aku tipu), bahasa hindustan aku pun da reti!
Ahha. Kalau dikira bilangan jari kaki dan tangan aku,
adalah dalam 7 bahasa aku reti berbahasa. Setakat greetings pagi,
terima kasih, bye-bye tu boleh la.. Kira macam da expert la.
Kalau aku pergi obesis pun,
korang mesti tak sangka aku ni anak kelantan.
Erk, napa aku tak guna Malaysia?



Ops, okay aku terlebih bercakap mengenai kelebihan aku pulaks.
(* muka bangga*)
Sebenarnya, aku sekarang short of money.,
Syitt, langsung tada. Kalau kat BSN tu, boleh kuo duit 40 je.
Mana la den mampu hidop dekat perantauan sorang-sorang tak ada duit ni.
Tak kan ni menega kue kot. Masak kek pun keras macam bata.
Tak pun takkan nak menega kat KFC. OPS!






Patut tak den/ate/gue/saya/I/aku/kawe:
Pergi report kat Dad aku, Miskin nye aku kat sini memang kalah la
orang dalam Bersamamu.
Sebab orang yang bersama mu ni kurang-kurang Tv3 tolong.
Aku???
Ok, sapa yang hati suci ,macam kapas putih yang tak guna lagi,
boleh la hulur seratus dua.

Sebab aku ni lemas rimas! (cheh! macam lagu Fabulous Cat / kucing hebat pulak )
Aku pang kan!!







P/s: Ni blog shopping baru kawan aku. Korang-korang singgah la ye. Memang meletops la barang-barang kat sana. Harga pun affordable la! Click here!**

Take care,


Saturday, January 16, 2010

Ops.. wet dream ?

Aku termimpi Farid Kamil.
Boleh?
Aku rasa ni mimpi basah kowt.
Haha. Sumpah aku mimpi dia. Tapi takda la kami wat benda bukan
-bukan. Tapi the end tu, Farid Kamil mati masa aku tengah cari
kucing dia. Eh, Farid Kamil ada kucing ke?
Aishh, tak kan la terminat pulak kat Farid Kamil ni.
Ni semua gara-gara baca Bintang Popular online, semalam yang
pasal Diana Danielle rapat ngan Farid Kamil. Euw benci sungguh.
Yang aku nak mimpikan sangat dulu walau da tengok berpuluh kali pasal Dean ATAU
pasal Ben Barnes tak dalah pulak aku termimpi basah camni. Opss



OK, aku mengaku.


Aku nak mimpi jumpa Dean

gila-gila lah dulu. Tapi artis barat yang berjaya masuk lam mimpi aku
was one and only Hugh Grant. Alah yang berlakon dalam Music and Lyric.
Hehe.. Macam pintu ajaib pulak ye kepala aku ni.
Tak sangko den.









P/s: Gila kelas dancing, canceled. OK. Malam ni nak mimpi siapa pulak. OK, aku memang bahagia ngan Farid Kamil. Hehehe. Apakah?????








Mornings,

Friday, January 15, 2010

Esok menari lagi.


Salam.
Owh letih gila tulang belakang aku punch semua notes given.
Now, ALHAMDULILLAH. Boleh dikira 89% sudah done.
Tak leh letak 100% sebab nanti dikira riak lak.
Pagi tadi, lepas je post entry ,
terus tutup semua langsir,
kunci pintu dan terus on lagu-lagu yang boleh membuatkan
semua sendi-sendi aku bergerak bebas secara otometik.


Oke, aku menari pagi tadi.
Haha. Wat kelas dancing sorang-sorang dalam bilik tadi,
sambil ditemani hantu ( ok, aku tipu. Hantu takda pagi-pagi)
Adalah dalam 10 minit aku menari sorang-sorang.
Tak leh nari lama-lama, kaki aku sakit pasal aku nari atas mozek.
Kalau kat rumah, aku menari je ngan akak aku sambil dengar lagu dari
India Beats.
Boleh gak feeling-feeling Sehati Berdansa. Tak pun citer hindustan.

Kat sini sorang-sorang.
Aku malu doe kalau menari depan orang.
Aerobik tu dekat doploh kali pikir tau nak wat

Haha. Memang kalau masuk
Wipeout Australia, memang awal-awal challenge aku da kena kick out da.
Aku suka excercise. Aku lagi suka joging.
Tapi, reason utama aku malas joging
is because I've got BOOPS. I rasa aku naked je kalau aku jogging.
BOLEH???
Ops.!






P/S: Esok, pepagi lagi nak wat triple dance ngan cik Tiqah and Cik Ten. Sapa nak join, register dulu ye.





Nites;

Sunyi dan lonely.


Salam pagi
bersiaran langsung dari (opsss) bilik 001
- Pembaca berita yang rambut masih mengerbang dan tak gosok gigi lagi.

Wah, tajuk entry macam tak boleh belah.
Macam desperate sangat kan?
Hehe. Bukan gersang kat Ben, la. OPS. Gila lah ayat.
Tapi rindu gila kat kawan-kawan yang balik kampung,
Kami kat sini dapat cuti 3 hari.
2 hari cuti wajib, satu extra hari cuti sambut birthday sultan Kedah hari
ahad ni. Kamu-kamu nan ado ni, janganlah pulak jeles ngan aku ye.
Sebab leh bergomol-gomol atas katil.... seorang diri sampai tiga hari.
Muahaha.




Motif letak picta: Hehe. nak tunjuk muka aku yang comey tu wat breakfast korang terbantut. Blueks. Sorry, Yusra ( yang pakai baju biru tu) aku curi-curi paw dari blog dia picta ni. MUAHAHA!











P/s: Cuti lama pun, homework menimbun!
























Take care,



Wednesday, January 13, 2010

Ceritera Manjalara Versi 2

Salam..
P.E.E.P.S berbunyi peeps.
Hehe. Baru ada masa nak update.
Aku jadi malas gila sebab internet ni macam
nak main hide and seek je ngan aku. Kejap-kejap ada. Kejap-kejap
lesap. Hem, aku apalagi, senang-senang, off laptop, terus berdengkur.



Baru lepas makan,

Menu: Nasi lemak ayam goreng berempah ( side dishes: tempe pedas, fishball ikan pedas, telor sotong pedas, dan sosej pedas) . Semuanya pedas, almaklumlah, nasi lemak. Harga pun murah gila.
RM 3 je. Sapa nak suh aku belanja, mai la datang sini. Sepokai-pokai aku pun,
confirm leh lagi hulur seringgit dua. heheh*



Ni sesi cergas otak, sebab kelas aku esok pagi-pagi lagi kena wat
presentation.
So, aku pun nak bagi korang otak cergas. Okay baca artikel dengan teliti. Kalau korang hebat, korang memang boleh baca fikiran aku.



Suatu petang, Manjalara Versi 2 berjalan jalan sekitar kampung bertemankan sebuah purse kecik berwarna pink.
Then,
Manjalara ni seorang yang suka berjalan kampung sebab dia ni single lagi, so dia merasakan kalau dia berjalan kampung ni, ada la seekor dua mamat yang akan ter-jatuh-syok kat dia.
Next,
Sebelum dia keluar rumah lagi dia awal-awal lagi sudah dipesan maknya supaya balik sebelum itik pulang ke gangang.
Selepas itu,
Ops, ke reban. So, dengan sopannya dia bersalam dan melangkah yakin akan bertemu dengan Prince charming.
Kemudian,
Sedang asyik berjalan, tiba-tiba Manjalara terlihat sekuntum bunga ros yang berwarna pink.
In addition,
Manjalara ni sangat teruja kerana beliau belum pernah bersua muka dengan bunga ros berwarna pink ni.
Moreover,
Sebelum ni dia asyik dok tengok bunga taik ayam yang berwarna oren tu.
Furthermore,
Dia berasa sungguh ralat lalu, tanpa berpikir panjang, Manjalara pun memetik bunga itu. Tiba-tiba Manjalara ...
To be continued... ( banyak gila penanda wacana aku guna. Kan, kan, kan??)







Apa yang terjadi kepada Manjalara Versi 2?
Kalau korang hebat, memang leh baca pikiran aku.
Aku ni kira otak sastera la jugak walaupun amek kos Matematik.






Ingat tau. Pikir baik-baik!







Take care,


Tuesday, January 12, 2010

Prejudis



Salam.
Hari ini adalah hari bersejarah,
sebab aku telah berjumpa dengan lelaki yang paling prejudis dengan perempuan.
Secara LIVE! Yola, dulu aku ni kaki novel melayu karat.
Selalu la baca kisah lelaki prejudis yang takkan kawin ngan perempuan,
lepas tu asyik gaduh then after that, start la drama cintan-cintun mereka.

Aku da muak da ngan kes stereotaip novelis-novelis seantero malaysia macam ni.
Now, aku dah gave up baca novel melayu.
Aku da beralih baca novel Inggeris pulak.
Aiishh, kalau reti Urdu, da lama da aku baca yang urdu pun.!




Okay, sejak belajar ni.
Aku selalu je pasan something pelik kat sini ( espesiali pasal lecturers la)
I was gob smacked (terkejut) masa dia masuk kelas.
Lect ni memang nampak sweet je. But don't be tricked aar.
Ikuti siri berdialog dengan jin ( ops, DIA/ Lect di bawah)




Pendahuluan:

Lect: Assalamualaikum... Bla3.. bla3.. Okay. Taktik saya senang je.Saya mengajar semua kelas hanya berpandukan kepada several conditions sahaja..


Kami diam. Mendengar penuh khusyuk. Aku je kowt sorang dok asyik melukis atas kertas.OPS.


Lect: Saya ni semasa berpengalaman mengajar 50 tahun, saya dapati pelajar-pelajar perempuan je yang jenis bawak banyak masalah.


Aku dengar lagi. Dalam hati, dok terpikir, apa la yang masalah tuh. Merokok ke?


Lect: Diorang ni suka menggedik tak tentu pasal. Saya memang pantang tengok orang yang suka menggedik ni. Memang saya tak leh berkompromi langsung.

Kami semua were like, Ouchh that's hurt la. Sebab kami perempuan.


Pastu dio duk ulang benda sama banyak kali, sampai la sorang dak kelas aku tanya dia, statusnya.Mula-mula kalut gak nak berahsia, pastu dia mengaku la, dia masih bujang ( trang tang tang, aku tak tahu)



Then, last dia cakap benda yang sentap la jugak, dan sedikit sebanyak membuka rahsia beliau.

Lect: Yela, saya ni tak berapa nak lucky dalam bab2 ni. Tak macam kamu yang masa2 ni da ada banyak pakwe, makwe. Kadang-kadang orang yang kita nak , tak nak pulak kat kita. Yang kita tak nak mai. Mungkin saya ni terlalu keras atau tak romantik. Mungkin.



Atau, kamu terlalu prejudis dan MEMILIH??






P/S: Gila gerun masuk kelas dia esok. !




Take care,

Kekasih Imaginary! ( kau ada?)




Salam.
Aku rasa aku memang da jatuh cinta dengan DIA.
Dia, yang kalau dekat hidung dia keluar
helaian bulu hidung pun , aku still akan
laung kuat-kuat, I Love you, walaupun orang sekeliling
mungkin akan cakap



'Minah gemok ni gila ka? ( Ok, aku mengaku, nak tulis 'gemok' tu sentap weh.


Dia yang aku rasa, kena tuduh
rogol doploh anak gadis kampung
dan mencuri 20 juta duit bank.
Aku masih lagi berani lagi akan cakap,

'It's okay, baby. We'll make it through, together.



DIA yang aku rasa,
nak basuh spender ngan boxer selai pun
macam-liat-nak-mampus. Aku boleh yakin lagi akan pergi
amek selai spender ngan boxer tu (sambil riak muka control-geli-geleman sambil berkata;



"Darling, why don't we hire a maid saja?"


DIA yang bulu ketiaknya panjang
mengalahkan jambang tok arab sampai dok semeter leh bau
hamis dan tak pakai deodoran dan daki tuh leh nampak kalau masa dia tidor terlentang.
dan aku leh tengok dia sambil usap kepala dan berbisik

'Good night, honey. Esok, I tolong shavekan bulu-bulu you tu kalau u malas sangat nak shave sendiri. (shh, dia tengah berdengkur tu)'




DIA yang aku rasa,
kalau tengok perempuan lain walau seminit ( haha)
aku rasa nak nangis tahap histeria tang-tang tu jugak
sambil mencubit manja perut sixpack nya dan memerli dengan cara ke'baby'an






'Sugarplum, you nak I ke nak perempuan badigol tu?'











Okelah. aku rasa DIA pun da boring nak tunggu aku inteprem.
Okay, I present you this man to be of my life, muahahah!





** See, dia senyom pun cam perfect je kan.




Oke ni DIA aku. Sorry Mr Dean/Jensen, aku curang da. Aku rasa dia punye six pack lagi howt dari engkau punye.



** Dean, ko jangan lak nak wat malu nangis depan bloggers ni!








P/s: weh ,korang2 nanti ye, aku singgah blog2 terhebat korang. Tenet sini semakin weak, sejak ramai orang da tahu password W-LAN staff.. tsk..




Take care,







Sunday, January 10, 2010

Macam bodoh jek.


Hari secara rasminya aku rasa aku dah buat benda paling bodoh dalam hidup aku.
Masa tutor masuk kelas, aku memang dah agak dah. Jadah nye ari ni, aku memang rasa malu
sampai aku rasa nak sembunyi antara celah kepala kura-kura dalam cengkerang dia.

Aku stress.
Aku stress gila. Kalau orang nak kawin tak ada duit stress,
aku lagi lah stress. Aku ni penolong ketua pun kau buat macam apa.
Kalau ada benda apa sal kelas, kau ni pergi diskus dengan orang lain.
Aku terasa tau. Kalau macam tuh baik la aku resign.
Suruh orang lain tulis, diskus pun orang lain. Aku anta message tanya sal kelas pun tak nak jawab.
Maybe kau takut dengan aku, sebab aku garang, selalu marah-marah.
Tapi tolonglah hormat aku sikit.


Aku memang aim da, tahun ni aku malas da nak
main masam-masam muka.
Nak baik-baik ngan semua, ni kau dan kau wat aku camni. Macam aku tak wujud.
Aku cuba ketawa asal kau-kau ni wat lawak,
cuba respon asal kau-kau ni panggil,
cuba segalanya, dan yang paling sadis sekali, aku da tak buat masam da kalau
masuk kelas.
Ni, aku terasa sangat, kalau aku jalan ngan kawan-kawan ladies, kau-kau tegur yang sebelah
aku jek, aku yang paling dekat kau-kau wat tak tahu.


Takpa. Aku tak kisah.
Aku da malas kowt nak layan. Aku da bosan.
Da berapa lama aku tahan sakit dalam dada ni
sampai dulu aku boleh jugak, nak suarakan sedikit idea,
tapi, tadi aku rasa walaupun aku ni penolong,
aku rasa aku nak bercakap kat depan, aku rasa kau-kau ni memang takkan layan punya.
Malu gila kat depan tadi, berdiri macam orang bodoh.
Kalau aku duduk kang, cam tak ada manner lak.


Memang la tak ada antara kau-kau yang pulaukan aku,
tapi, aku mungkin emosi sikit yang rasa dipulaukan.
Sampai madam boleh tengok aku ni langsung tak bercakap masa dok kat depan.
Aku tak suka situasi ini.
And aku harap everything will be back to normal,
where all of us, can have fun, chat together dan mengumpat pun together




P/S: Why am I denied entry into this world. I feel so unlovable. ) ;








take care,


Saturday, January 9, 2010

Esok minggu kuliah.


Salam.
Morning semua ( ke da masuk tengahari ni?)
Hehe. I hari ini sangat berjurus ( sangat bagus)
sebab lepas je semayang subuh terus pergi tandas basuh baju. Sekerat jalan,
I punggah balik semua baju masuk mesin basuh, DOBI.
I memang pemalas gila nak basuh tangan.
Dulu penah basuh tangan sekali,
Dua-dua belah tangan rasa cam lumpuh.



Next week da start minggu kuliah.Harap la minggu kuliah ni berjalan lancar,
I takut tak leh nak catch-up sebab rasa otak macam da semakin lampi
sejak balik dok umah. (???)
Dah la budak2 laki kelas I pedajal I lantik I jadi Penolong.
Shyt betul,Stress ni.
Dalah ketua pun malas nak cooperate. Saja je nak wat I susah,
Bile pikir2 balik, I rasa nak resign jhe. ( dari aku dok rasa nak terberak-berak dalam kelas, OPS!)



Dan yang paling sadis, sejak I tau
elaun bulan 1 sampai 2 akan masuk bulan 3,
I rasa macam nak bunuh diri sahaja.
Why??
Ask me why?





**Muka cam sembelit. Sekadar gambar hiasan.








P/s: entry pendek. STRESS melanda.










Merengkok kat tepi dinding,





Friday, January 8, 2010

Alim sikit


Salam. Selamat pagi semua, OPS ! selamat tengahari.
Semalam, malam berpoya-poya,
tak la gi berpoya-poya sangat.
Berpoya-poya sikit je.
Letih gue, planning dari minggu lepas nak berpoya-poya
tak jalan langsung.
I nak berpoya-poya, tapi diorang ni, berpoya-poya pun masih
malu-malu dan tangguh-tangguh.
SADIS, tsk
(cuba kira berapa kali perkataan berpoya-poya dan kata ganda dalam teks diatas)




Pagi ni, orang yang I damn missed called,
tapi disebabkan I tido-mampus-kalau-bom-jatuh-kompem-tak-sedar,
I tak picked up. Mesti orang itu akan ingat I tak bangun semayang subuh.
I hanya bangun lepas CIK HATIQAH, jiran-sebelah-bilik-paling-hujung gerakkan I.
(Gila sadis betul cara hidup ko)



Adoi, Ok. Frankly, citer 2012 belum I tengok.
(semalam aku dok berhuha heboh nak tengok)
And to Sophie, tak yah sedih sebab kita pun x tengok lagi.
:)



Macam mana nak buat diri ini dekat dengan NYA,
yes I know, it must first come from inside of me,
tapi, saya ingat NYA, tapi nak menguatkan cinta kepada NYA.
Zikir da baca, tapi kusyuk dalam solat itu belum ketemui.
I ingin dekat lagi.






P/S: Da lama cuba google macamana cara kekal kusyuk dalam solat. tapi tak jumpa hasil
memuaskan. I memang alim sikit masok je 2010 ni. * hehehe




**Rindu dengan my hot ghost busters ni.




Take care, ~moi~

Thursday, January 7, 2010

Malam berpoya-poya


Salam,
Petang tadi ada aktiviti kokurikulum.
I participated dalam Kelab Gamelan.
Tak pernah pegang alat musik lain selain rekorder ( gitar, piano ( semua tak reti main))
Sekarang rasa nervous sebab rasa macam tak yakin lak, tsk.
Bukan susah main ketuk keluk kelang,
tapi ingatkan sem ni semakin susah,
takut lak tak dapat bahagikan masa. tsk lagi.



Malam ni, I and the girlfriendS are gonna watch 2012.
Muahaha, I told ya before, dulu masa 2012 keluar,
I tak leh tengok sebab cinema selalu full house.
Malam ni bilik pulak full house.



I rindu orang itu,
Da lama rasa tak jumpa.
Napa eh dia tak call saya hari ini.... (??)









































I am missing, totally, absolutely, precisely, surely my parents.
How are u guys doing without me?





Take care?
~moi~

Wednesday, January 6, 2010

Gadis pesimis



Salam
hari ini amat membunuh.

I rasa I tak mampu lagi kot nak pergi dengar
taklimat dalam hall hari-hari.
Boleh gila agaknya.
Dah la membosankan, mata pulak boleh buat sindrom menguap.

And today, there was a boy sat next to me dalam masa
nak stat kuliah.
dan I rasa nak penampo-nampo je.
Rasa nak tikam2 je ngan pisau kiwi, kalau boleh
Napa la mai dok sebelah I, there were seats everywhere.
Then, start dah sindrom pesimis I,
nose mula keluar sweats, dan mulut I yang becok terus kaku macam
budak bisu,
Kedudukan badan yang biasanya selesa menyandar terus
I rasa nak terberak-berak. Sungguh I benci kepada laki-laki yang tak macam superman macam band lucky-laki. ( muahaha)





* The face with what-the-hell-are-you-doing-here look.

Napa ya I jadi macam ini?
Tak ada lah semua laki-laki I berperangai macam itu,
cume certain je la.
Yang Ok2. Rindu ngan budak2 laki sekolah dulu. ;) (??????????)








P/S: I rasa I kena buatan orang.




Take care,
~moi~





Tuesday, January 5, 2010

New look



Salam.

Perasan tak blog I da bertukar rupa??
hehe. Nasib la, kalau ada
yang sama lagi, I nak wat derk je.

Hehe. Sekarang trend semua nak berniaga melalui blog.
Ada yang nak bukak blog jual shawls, clothes, cuppies dan lain-lain.
The secret towards success berbeza.

Ada kawan I pun cadang nak bukak online boutique, nak jual barang-barang macam
wedges, handbags. Dalam pembinaan. Nanti I tepek kat sini.
Jengok la ye.




I baru balik dari taklimat dan esok sudah boleh
masok kelas. Kelas I kali ni best sebab kerusi dan meja da tak ter-attached da sekali.
Ni meja asing, kerusi asing.
Unfortunately, jiran I yang selalu dok tepi I
pulak nak pindah duk belakang ( still dalam planning)
I tak boleh dok belakang, rasa macam missing something.
So, entah. I wonder sapa lah yang akan jadi table-mate I nanti.
woops.




Owh, by the way ni la picta I kena gigit pacat.
Yang warna merah tu inai. Makcik I cakap, masa kaki I swollen gila2 tu
inai je leh surutkan panas bengkak tu.
And it ended up, I malu gila masa gi dental the other day.
I baring atas kerusi tu, then of course la kaki I yang hanya pakai selipar
( takkan nak pakai kasut?) memang nampak gila la bengkak dan pelik
because it was like damn red!
I memang sure la, dentist tu mesti ingat I naik bisul. :)





Dan ini,
lihatlah masa keadaannya yang sedikit bernanah gitu dan bengkak.










P/S: Gambar sedikit gross, kalau tak mahu tengok pejam mata. BTW, my kaki now is getting so much better. Wish me well Ok.




Take care,
~moi~

Fighting!



Ola, salam. This is my first entry for 2010.

Heh. rasa baru semalam je, I buat blog dengan CIK TEN. Sambil dok gi godek-godek blog femes. Lepas tu I jadi kemaruk dok blogging, sampai aktiviti tido petang yang memang menggodakan pun, I boleh tolak tepi. Lepas tu, jadi addicted dengan aktiviti menukar backgrounds. Macam GILA lah. Dulu, almost weekend je, boleh la tengok layouts baru. Sekarang da malas. Dua tiga bulan boleh lah kot kalau nak tukar baru. Semalam, baru sampai maktab balik, pukul 3 pagi. Kejung gila dengan jalan nak ke Kedah macam apa. Kalau la ada pintu ajaib macam dalam citer Doraemon kan senang. Dalah I kena duduk sebelah laki entah mana entah, nak tido pun susah. ( Gila control I tidur, muahahaha)

Adoi, baca blog Cik Rowena, buat I terus mengidam buah durian, lebih-lebih lagi kalau buat tempoyak, makan macam itu atau masak sambal bilis. Aduh kecur lior. Sedapnya masakan Mom. Dulu Mom janji sebelum balik maktab, she would cook me the sambal bilis, but I guess she forgot-lah. It’s okay la Mom, but still please make sure there would be tempoyak nanti I balik Kelantan this early March for ROS ! And before I lupa ke apa, gigi I yang ke dental tu selamat di baik pulih.Satu gigi atas dan satu bawah selamat di cover dengan simen – ( betul?) dan gusi yang selama ini, I dok ingat sedang rotten rupanya tak ada apa-apa. Cuma bengkak gusi je but unfortunately, kaki yang kena gigit pacat tu semakin teruk. Terrible gila rasa kalau air bisa keluar ( later, I’ll upload the pics). Nenek cakap ni balasan orang cakap besar sebab dulu I cakap, I lebih rela jadi pekebun dari dok ulang alik Kedah. :P

Bilik siap kemas sudah, and everything is done perfectly cuma minggu ni memang shit-oh sebab the whole week I kena duk dalam hall dan dengar taklimat apa entah. Seriously, memang damn bored la. Nak bual2 dengan orang sebelah pun kena secara hide and seek.

Gila banyak betul azam baru I. Hopefully, semua dapat dijalankan dengan lancar la. INSYAALLAH

.

Before I tend to forget, this is an award from Cik Rowena. Thanks babe!









P.s : Layakkah I menjadi guru dengan sikap I ni ? Hehe. Still, lapar tempoyak. ;(. From blog Cik Rowena I dapat tau, there's people using the same blog layout as mine. MUAHAHA ( evil laugh). Mesti tukar skin. [^_^]

Love,~ 2010

~moi~

Entry Best!