Wednesday, June 30, 2010

Fakta menarik buat gadis atau teruna comel




Hai, tawan-tawan. Hee. Sorry. Lama den tak update. Ni semua sebab impian nak dapat 3.90 dalam ujian sem ni belum tercapai. Okay, aku tipu. Aku tak update sebab aku bizi. Memang aku bizi. Jadual sem ni, full woo. Dekat tiga hari sederet aku kena balik pukul lima. Macam nak amek Ph.D lah. Ph.D pun aku rasa tak bizi camni. Dahlah, dalam seminggu tu, ada dua kali je aku boleh pakai baju kurung. Omaigod! Benci betul. Shame-shame. What a waste, dah lah banyak kot (adalah dalam 3) aku wat baju baru.


Dah lah elaun tak masuk lagi. T_T..He. Semalam aku dan kelasmet learnt something very interesting, yet frustrating. Heh.. Lecture kitorang tu seorang yang kinda besar dan sihat which exactly in a good way. The same as i am. Ni lecture baru lah. Tak penah gi dia masuk mengajar dalam 5 sem kat maktab ni. Panggilan Lecture H la senang citer. Lecturer ni suka gila kot wat laki-laki dalam kelas aku ketawa sampai nampak anak tengkok.




For me, Lawak dia tuh tak dalah lawak sangat. Boys found she's funny because dia leh wat lawak khas untuk kategori boys. Alah. Lawak motor, awek camtu lah. Aku dengar tak dah lah nak ketawa terbahak-bahak macam selalu. Aku kan sampai sekarang tak pandai bawak motor. Memang cewek pink cenggeng la! Umor dah masuk 20 ( sekarang masih 19 -_-") bawak moto pun tak tahu.




Oke, masa dok ngajar, ada selingan. Leturer tu cakap ler, kalau ada orang cakap kat korang camni:
"Hai, awak ni cute la. Cute sangat!"

Korang dengan muka innocent, tengok kepada si anu (lelaki lah biasanya) dan cakap camni:
"Oh, dasar laki. Kurang ajar! Ada ke cakap aku ni comel? Kurang asam! Binawe! @#$%^!" Sambil bagi pelempang arab yang kompem akan wat si anu tu kurang-kurang terkedu, bisu, pekak, trauma dan sebagainya
.


Nak tahu kenapa? Kenapa kena bagi pelempang arab? Sebab, lecture cakap:

Cute is not same as beautiful. Cute is something UGLY that is attractive to be looked.

Sadis kan. Sebab dulu, aku kemain kembang semangkuk suka kalau orang panggil aku ni cute, comel ke. Rupanya, makan dalam betul ayat tu. Ish. Sumpah ah. Kalau orang panggil aku cute, aku..... cubit-cubit manja jer. Takdalah nak bagi pelempang arab ke apa. Agaga.

P/s:Hehe. Thanks for new followers. I cannot promise, I will follow you, but I'll make sure, as possible ler, aku akan drop kat page korang. Adoi. Malam ni nak wat pergerakan asas lak. Pj oh PJ. napa lah kau wujud dalam semester ni?




But, aku still suke dan kembang bile orang panggil aku si comel ala-ala kucing tu. Meoww. grrr

Monday, June 28, 2010

Puasa hari pertama



Hari ini aku puasa. Sangat la aku puas hati. Semua berjalan lancar. He. Cuma yang tak best nya, mulut ada sikit bau. Hehehe. Aku kalau mulut bau, tak leh nak ngobrol ngan orang. Aku memang stressed gila tadi dalam kelas. Aku duk sebelah kawan chinese aku, dia memang pantang kalau mulut orang lain bau, aku sedaya usaha asyik dok telan ayaq lioq. Woh. Seriously, it was a torture.



Aku yang biasa mulut banyak pun tetiba jadik serba cakap pun ala-ala perempuan melayu terakhir. Tape, mulut busuk hari ni, esok kat akhirat mesti wangi. Hehe. Pastu, makan berbuka toya jer. Nasi lemak random. Nasi lemak banyak lauk. Aku paw lauk ayam seketul, hotdog, kerang petai, dan jugak chickenball. The combination, was a perfect one. Walaupun, nasi abang kedai tu letak sikit jer, aku makan sambil menangis syahdu. Sebab puas hati. -_-"




Esok pose lagi. INSYAALLAH. Tahankan diri. Puasa kerana ALLAH. Heh.. Sambil menyelam minum ayaq. Sebab elaun masuk lambat, dekat bulan lapan, aku kena jimat sikit. Penggunaan duit pun telah dikurangkan dari RM10 sehari kepada RM 6. Impressive bukan? @_@" .Aku gak leh practise pose sebab bulan pose dah dekat. Kalau practise awal, leh puasa penuh. AGAGAGA!!




Walaupun perut aku berbunyi macam kucing menderam, (omaigod, i miss my kitty!), aku tahankan gak. Sebab, aku tahu, lama-lama jadi kurus. Hehe. Insyaallah. Em. Nak gi belogwalking, jogging, hopping dan skipping. Daaa ;]

P/S: Hehe.. How i wish, semua makanan kat atas leh jadi juadah berbuka puasa aku kat sini taim gersang tak daq duit ni...

Orang dah cakap, dengar lah



Perasan tak, sekarang, makin menjadi-jadi trend pakai tudung syria yang orang kata memang cun lah. Pakai siap dengan inner lagi. Inner pulak memang ngah hot sale dengan macam-macam pattern kat kedai ada jual. Tu tak sebut lagi kat dalam internet, online boutique apa entah.
Aku memang okey je dengan fesyen ni. Tu DULU. Sebab aku rasa sapa pakai syria ni, nampak lah anggun, cantek, molek. Kira, kalah lah pembaca Tv3 kat tv tu. Tapi. Sejak aku baca post apa entah kat belog sape, cakap pakai tudung macam tu, berdosa. Berdosa sebab, ada bonggol. Bonggol beso yang macam unta. Em. Semua pakai bertanding nak tunjuk bonggoi sape besar. Lagi tinggi tu, lagi besar.Hadis mengatakan
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Orang pakai baju seksi, ketat semua pun wat aku berbulu teng

ok. Entah lah, maybe aku ni tak open minded macam orang pikir. Sekarang kan zaman global, biasalah, trend. Aku masih tak leh terima benda camni. Aku rasa sukor sangat-sangat aku dok kat kampung aje. Takdelah aku culture shock sangat macam anak-anak muda malaysia nau sekarang ni. Pemakaian semua nak ikut orang tak pose, tak semayang semua.

Apa nak jadi lah. Semalam, aku tanya kawan aku, laki lah.

"Awe, kalau aku jadi perdana menteri, leh tak aku nak haramkan free hair dan baju ketat??"

Awe cakap:

"Tu kena ikut pandangan semua la. tak leh mu sorang-sorang"



Aiyoo. Namanya negara islam, orang nya, kalah orang barat. Shame-shame. Semua yang islam larang, semua kita buat. Mesti dok sorak-sorak si yahudi semua kalau tahu kite ni sangat mudah dipengaruhi.. Wallahualam




Ps: Aku bukan manusia perfect.

Sunday, June 27, 2010

Duduk lama boleh mati




Salam. Hai all. Busy lah. Sejak semester baru mula ni, rasa bersemangat sangat nak belajar walopon kelas first tadi pun mata berair je tahan mengantuk sebab otak tak cukup oksigen. Omaigod! Wtfan. Baru satu hari belajar dah rasa macam ni. Rasa nak hantuk kat dinding je kepala ni. Rasa gerun pulak. Sebab sem lepas dapat pointer tak memenuhi piawan, rasa macam frustrated sangat sampai nak kelip mata dalam kelas pun boleh rasa macam guilty sangat. Heehee. Freak!
Pastu, kat sekolah ni, aku ada geng. Ala yang macam Geng Bas Sekolah tu, tapi terdiri daripada gadis-gadis cekgu yang memang tahap dewasa dan tak patut ada geng tapi sebab jiwa masih belum matang sebab itu ada geng. Geng Theta Pi, ala yang macam citer Sorority Row tu. Yang minah universiti Hot kena bunuh sorang-sorang sebab.... TET... Rahsia. Kire, macam gang kitorang ni ala-ala minah hot tu lah.





Ok, back to the story. Sebab kitorang ni dapat result so-so dalam exam, which is tak sampai 3.5 tak bawah 3.0, kitorang telah menyiapkan banyak tasks in-order to achieve pointer 3.90 dalam exam semester ini. Hek-eleh. Poyoz. Agaga. -_-". Antara tasknya ialah:

  1. Jogging untuk kuruskan badan-sebab lepas cuti semua orang become heavyweightchampion
  2. Selalu pergi library untuk cari references atau wat ulangkaji-ni aku rasa paling poyo
  3. Pergi surau untuk dapat keredhaan ILAHI
So, kami completed task 2. Cari lah buku yang dirasakan wajar dengan subjek rini. Pastu ontheway keluar, nampak lah artikel kat dinding cakap

Duduk yang lama boleh menyebabkan sesorang menghadapi risiko sakit jantung dan kematian walaupun kerap bersenam. Hal ini demikian kerana, duduk yang lama (4 jam sekurang-kurangnya, boleh menyebabkan parasa glukosa dalam badan menurun dan boleh menyebabkan risiko sakit jantung.
Interesting. Aku rasa lega kot sebab ini membuktikan orang yang fit pun leh kena penyakit kronik. -_-"




So, moral of the story? Always have your body moving. Jangan asyik mata dok ngadap TV, laptop sampai punggung dah kebas pun masih wat dunno.


Nite!

P/s: Elaun masuk bulan lapan, terpaksalah aku ikat perut. ;-(



Tinggalkan komen anda !

Saturday, June 26, 2010

Nandayo? Perjalanan yang saks



Oke. Aku dah selamat sampai Kedah. Dalam pukul 3 lebih nak masuk pukul empat. Thank God. Allah masih panjang kan umur aku. Tapi yang tak shoknya, aku terlepas nak berenti depan maktab. Aiyo. Satu bas budak maktab semua terlepas. Ni semua gara-gara tidor tak ingat dunia. Hehehe.

Dah lah tambang teksi mahal siak. Rm 5 sorang-sorang. Pak cik ni memang lah. Tak kesian kan kami langsung budak-budak perantauan, tak dak duit nak makan. Elaun pun lambat gi nak masuk.Balik je, jumpa kawan. Pastu kemas bilik, loker, katil, meja semua. Dari pukul empat lebih sampai sekarang tak tutup mata gi tau. Ngantuk nye. He..
Pastu, lepas semua settled, pi luaq pesan roti canai dua keping. Aku ingat larat je aku habis kan. Sekali, mak oii. Dah lah keras macam nak matik. Rasa nak jek aku lanting kat kucing kat luar. Tapi takut diorang tak makan lak roti canai ni. Membazir kan amalan syaiton.



Oh. Now, semua orang dok tanya berapa rezak masing-masing. Aku rendah je. Aim aku nak dapat 3.5 ke atas tak tercapai. Tapi, still above than 3 la. Entah mana silapnya. Salah teknik belajar kot. Takpalah. Aku anggap je bukan rezeki aku. Usaha lagi semester ni. Harap semester ni, aku dapat lakukan yang terbaek. Keluarga aku pun macam dah berbaik-baik, hati gua manyak senang. So, insyaALLAH, biarlah semua dipermudahkan. Biarlah sem ni, semangat gua lagi berapi-api nak skor pointer tinggi. Malu lah saya tak dapat anugerah dekan.



Em.. Nak tido jap.Daaaaa.
Mua!~~


P/s: hobi mengedit pic semakin mencanak. Tau dek mami, matik gue.

Thursday, June 24, 2010

Dah la comel, lovable lagi

Bismillahirrahmanirrohim

Semalam.. Aku tido lewat. Pukul tiga lebih. Pastu subuh tadi, lepas je sembahyang subuh, terus sambung wat taik mata sampai pukul duabelas. Yes, life is so heaven. Nenek aku pun da naik menyampah ngan aku. Sorry le Tok Mek. Esok cucumu ni akan chow sudah. Rasa macam sekejap je cuti sebulan ni. Takpelah.Baju tak berkemas lagi. Rasa nebes pulak dok pikirkan. Malam ni, mesti, wajib pi tido rumah mami. Alahai. Malam last ni lah kena berpisah tempat tido ngan Tok Mek. Sadis. Harap Tok Mek tak nangis malam ni. Agaga:23:.

Banyak benda tak siap gi:
  1. Kemas bag. Banyak lagi baju aku tak kumpul.
  2. Basuh baju.
  3. Make sure everything's ready
Sepatutnya malam esok ada entah lah, family aku plan nak pi mana tah. Sedihnya, tak dapat kot daddy pergi sebab kena antar aku kat bus station. Rasa macam guily sangat. Pastu, akak aku boleh pulak cakap Maksu aku memang akan prepare nasi lemak untuk aku esok. Adoi. Rasa membebankan ajer. Tulah dulu. Aku pi gatal-gatal mulut gitau aku suka nasi lemak Maksu. Terus setiap kali aku nak balik kedah, mesti , kompem Maksu watkan nasi lemak:52:. Tapi, nasi lemak Maksu is the best la.


Hee. Nak gi wat checklist la. Makesure semua benda ada. Lagipun kedah and kelantan bukan 2 kilometer .




Ps: Semakin sedih pulak. YES it's right. Time does pass by so quickly. I am blessed with people's love and thank Allah for that. Hidup tak selalu indah, namun dengan kasih sayang dari family dan kawan, Insyaallah, everything is going to be smooth.


Love:40:

Pinggu family

Bismillahhirrohmanirrahim

Oke. Sebab sekarang dah pukul 1.13 pagi. Aku pun da naik muak dah tengok Leptop. So, aku mulakan entry pagi kamis ni dengan citer femili aku. Aw. Fakta ringkas tapi penting.

My family ada lapan members. Makna nye, aku ada enam beradik. Oh. Ramai da ni. Kalau tambah lagi aku rasa aku buleh finsan.

:3:Daddy

Daddy umo genap 62 tahun. Full time homeopath (Dr hemopati), a father, and penjaga kambing. Hee. Daddy baru wat projek kandang kambing. Daddy jaga kambing macam anak dia. Ada kambing kat sana daddy panggil dengan nama 'Friday', 'Boy', 'Jamna (ni daddy paling sayang sekali)' dan macam-macam lagi.Kadang-kadang terasa jeles, tapi nak wat camna, daddy agaknye frustrated anak-anak 'manusia' degil tahap ape.

:20:Mummy

A teacher. Ngajar sekolah menengah Subjek akaun. Umur, genap 46. Sangat garang. Kamceng giler ngan aku. Sebab tu aku kuat majuk ngan Mummy. Tapi mummy ni, memang kelemahan, main weakness dia, manjakan anak laki. Ai. Jeles. But, she's the best mom, ever. Like, ever. I love u mami.


:34:Sister

Iqah. Kepala angin. Future accountant. Entah ler. Minah ni harem je. Selalu naik angin. Pastu kadang-kadang mai angin gile dia, cakap benda mengarut ler, nak jadi cekgu tadika. Em. Peminat fanatik wana biru dan hijo. Tak yah cakap ler. She's the best sidekick eber. Tok mek bebelkan aku, aku lanting balik dia, Wakaka.

:37:Brother 1

Panas baran. Dulu pemalu. Sekarang memang hampes. Aku gado ngan dia 2 minggu da. END. Pun macam akak aku future accountant.

:22:Brother 2

Dulu nakal. Sekarang da jadi baik. Ok ler tuh. ALHAMDULILLAH. Aku bersyukur. Tak sangka. Hehe. Tapi nakal tu still ada. Peminat tegar band-band heavy. Bakal ceburkan diri dalam bidang perkomputeran. INSYALLAH

:31:Brother 3

Belajar kat tahfiz. Kunci keluarga aku ke syurga. Manja ngan daddy. Penah jadi jaguh badminton area Kuala Krai. Sedikit poyozz kerana menganggap dirinya hensem dan berangan berkahwin dengan LISA SURIHANI.

:39:Brother 4

Bunsu. Paling manja ngan Mummy. Jaguh badminton. Dulu dikata kembar kepada Brother 3. Tapi sekarang terjadi perbezaan paling ketara dari aspek warna kulit, saiz badan. Beza umur setahun. Manja ngan akak, kuat memberontak (semua adik beradik aku rebellious)


End. Ngantuuuuukkk
:35:

Wednesday, June 23, 2010

Blackout seluruh Malaya!


Malam tadi blackout. Heee. Lepas je turn akak aku mengaji ngan Tok Mek, aku baru nak start baca BISMILLAH, terus hitam legam. Oh memang gelita ler. Macam sillence killer lak. Senyap-senyap je gelap.

Tok Mek soh pi intai kat luar. Memang gelap. Sah, satu Malaya, erk, satu kampung belekaut. Hehe.. Cool gila. Macam ada gotong royong same-same jer.
Heh. Rumah i rilek aje. Takda nak bertempik berlolong. Biasa. Budak-budak macho jantan cool semua ada. Tok Mek aku pun rilek. Hehe. Aku siap leh cakap. "Jom lah mek, sambung ngaji. I da tak sabar nak kumpul pahala ni." -__-"
So, Kitorang kuar bilik. Dengar dadi dok bagi 'syarahan' kat adik-adik laki yang dok gadoh sal hempon. Aku pun tak paham la ngan adik-adik aku ni. Hempon pun gado. Kalu gadoh sal selipar kan bagus. Ada logik sikit.



Aku lah tukang pasang lilin. Pastu gune tepon wat jadi torch light. Tonight, memang rasa close gile ngan family. Adoi. Syahdu. Makan pun ramai-ramai dalam gelap. Menu: Otak lembu goreng kunyit ngan sayur air. Mabeles. :)

Pastu lepas makan, aku ngan dadi dan adik bunsu pulak gi hadap leptop cari barang kat MUDAH.MY. Ai.. Semakin sedih lak nak tinggal rumah. Apa-apa pun, walaupun bergelap dan bergelita, i had fun. I love my family although we always have the ups and the downs like other typical family. We are special in our own way. Wah. mantop..

Heee.. It's 20 minutes t0 12. Nak tengok citer Sonny Munroe. Weee..



Nites, Love,
Moi:24:

Thank-you. I am so happy


Rise and shine world. Semalam.. Kawan datang umah.. Hehe.. Malu ler. Sebab masa dieorang datang umah, (umah nenek): Aku tengah syok dok layan citer kat channel HISTORY pasal orang yang ada amnesia tahap paling teruk dalam dunia which is, his memory only can last for 30 seconds, pastu tak ingat balik dan sambil layan novel jiwang setebal 900 lebih muka surat. Tibe-tibe dengar bunyi motor. Aku cepat-cepat bangun, intai.

Nampak minah dua orang. Cepat-cepat aku pi panggil akak aku, tanya dia, "Qah, kawan mu ke tu?"
Kakak aku pun gesa-gesa la pi intai pastu, cepat-cepat dia cakap, "Aisyah tu, kawan aku kunun!"

So, aku tersipu-sipu ler sambut diorang. Adoi. Diorang cakap aku memang tak berubah. Aku pun heppy la sikit. So, kira aku ni, macam tak dalah terlebih bertambah-tambah 'sihat' kat umah.
Cakap ler pasal sekolah, life sekarang dan macam-macam lagi. Kutuk sikit-sikit. Haha.. Memang best. Berpeluh aku masa diorang datang umah. Watkan air pun serba salah. Takut terlebih manis ke apa. Ai. Nebes betul. Macam nak jumpa mak mertua pulak. Agaga..


Tukar-tukar nombo fon dan tak dilupakan jugak......... FACEBOOK. Wah. Macam tak lengkap je kehidupan tak bertukar fesbuk. Nyampah.


Petang ni or esok diorang nak datang lagi. Wat lawatan terakhir sebelum beta berangkat ke kedah. Aiyoo. Sayang sungguh ampa semua kat cheq ya. Check pun sayang ampa.. Heheh.
♥♥♥ (Kasik loves tiga bijik)

Nak donlod lagu Miley Cyrus ler. Macam boring lak dok layan blogger ngan Fesbuk saja.
Ingat sal nak balik kedah 2 hari lagi, terus jantung dupdapdupdab. I will miss home. Sabarlah hati.


P/S:Comey tak header baru aku? Wakakaka

Monday, June 21, 2010

Sonny



Counting days. Ada empat hari lagi aku bersenang lenang di rumah. Lepas ni, berusaha belajar dan kumpul ilmu. Sebab aku ada baca kat mana entah, mural kat dinding masa ikut mami urus hal harta pusaka kat Machang yang bertulis--: Nabi suka melihat umatnya bersusah payah dalam sesuatu. Oh. Aku mesti akan rindu Sonny Munroe. Sapa SONNY? Hehe. Tulah watak citer yang menjadi addiction buat aku. Sonny with a chance. Oh. Best gilerrrrrr. Leh lawan citer Hannah Montana. Em.. Aku memang ler minat citer ni. Citer jenis remaja pelas kanak-kanak. Biarlah orang nak kata " weh, budak jek tengok citer camtu" Ada aku kesah?? Tak dak!! Hehe. Demi Lavato ler yang main character utama. Oh.Comey sunggoh kalu dia senyum. memang ler. citer ni Pasal geng the So Random! versus geng Mackenzie Falls. Diorang ni macam pelakong geng drama yang tinggal aras lain-lain. So Random! ni macam geng yang biasa2 je. Studio pun biasa nak lawan geng seberang The Falls, memang tak terlawan. Sebab The Falls ni rata-rata femes dan kaya.. Hehe..

Oh....Comey.. Dua watak aku paling suka, Tawni Hart : Pompuan yang memang wajib tengok cermin dan sukakan lipstik jenama cocomoco (kalau tak silap) dan Chad Dylan Cooper (CDC): Mamat yang senyap-senyap minat Sonny (Demi Lavato)., Chad ni hensem tau... Heheh.. Nama real dia Sterling Knight.....


Oh. Latih dok ulas. Bek le Korang tengok sendiri.



Aih, Mesti, kompom ko tak paham. Alah.. Gi layan je lah kat astro Disney Channel.. 615... Malam ni kot sampai hari Kamis. Pukul duabelas..

Oh. Latih dok ulas. Bek le Korang tengok sendiri.


P/S: Aku rasa menyesal lak letak Feedjit tu.. Hem..:20:

Sunday, June 20, 2010

Kawan, Mok dan Rumah

Aku dah semakin gemok.
Aku tak kisah. Oh... Aku kisah sebenarnya. Part yang paling montel op kos le perut. Wah. Hate this soo much. Rasa macam tak nak makan nasi je kat umah ni. Kang, balik kedah dok stress ingatkan makanan kat kampung pulak. Life is so not fair.


Aku malas update blog. Fes of all, seminggu ke dua minggu bil tenet aku tak bayar. So, sah-sah memang tak ada internet la. Ilek. Harams jek aku nak pinjam laptop kakak. Of korse banyak je dia nak nagging macam mak nenek.


I do miss my friends. Yummy, Yuse, Aten. Oh.. Many more. Wah. Mesti dio orang kejung tengok ku yang semakin beso.
Weeee..

I dont care. Em. Malas den nak layan. Slow le internet broadband kat sini. Kelantan. Bukan lagi area 3G asenya. Sadis. But. still ok.

Nak gi masak.




End.



Nanti, aku visit blog ampa semua. Been very lazy=busy
~moi-mua~

Friday, June 4, 2010

Saya nak baby.

Baru celik mata dengan laptop. Dua hari tak on laptop. Okey. Tipu. Saya on semata-mata blogwalking dan juga komen je. Malas nak pos entry. Malam tadi tengok Imam Muda di Astro Oasis. Oh. Hensem betul sorang-sorang. Wakaka. Sorang-sorang kat dahi tu berbekas lebam tanda kuat semayang. Memang mengancam la. Ada bakat nak jadi imam sorang-sorang. Tapi saya macam tak setuju je, program Iman Muda ni. Sebab pihak ASTRO wat program ni macam ala-ala Akademi Fantasia, Mentor, dan sebagainya sebab ada part singkirkan orang.

Alamak, Come on people. Ni program ISLAMIK. Bukan program realiti. Kalau tak nak bagi menang semua pun, bagi le, semua habis belajar, then, at the end of the show, pilih je the best among the best. ADIL dan SAKSAMA.
Kan?

Pastu topik perbincangan IMAM MUDA malam ni, pasal PEMBUANGAN BAYI. Oh. Melihatkan bayi ramai sangat kena buang, sampai mati mungkin sebab tu topik ni diwujudkan. Dan ada juga kat tempat saya yang kena bakar!!!. Aduh. Malu dan rasa rendah diri sangat. Saya rasa kawasan area rumah saya takkan ada benda-benda macam ni, sebab it's more to the kampung. Tapi. MasyaALLAH. Lagi kejam!


Kan bagus, kalau mak-mak yang buat dosa berganda tu, taknak baby dieorang, bagi je saya. Saya da lama takda adik kecik. Adalah dalam 13 tahun. Lama tu. Mak sedara ke sepupu ke yang ada anak kecik, tiap kali bawak their babies mesti pegang babies dieorang tu macam lah babies dieorang leh lari sebatu. Come on le! Hem. Kalau tak dapat baby betul. Baby ni pun Ok la. NOTAKAKI: Doakan saudara islam di GAZA.

Wednesday, June 2, 2010

Wei, belog saya bukan belog porno!

Aiyo.. Short update. Saya dok check out nuffy ku yang seciput, then tertekan lah, tab 'KEYWORD'.
Nak tahu apa yang keluar? Nak Tahu? Ok..


Jeng-jeng-jeng.. NAH amek le..



klik untuk IMAGE yang lebih jelas**





Ish. Tak senonoh. Ada ke patut. Belog saya ni suci dan tak pernah dinodai lagi. Oh My!

Klik sini untuk dapatkan kepastian.

Bagi pandangan samada entry itu porno tau tidak!
Ish. Pi tenangkan fikiran.. -_-"



BTW: Siapa kah anda Wondering Shadows? Saya tak leh pi le website awak.

Anak gadis sekarang goblok ke apa?

Kalau muka comel macam ni taim kecik, mesti kite tak syak dia akan perangai shial macam ni..

Tadi saya baca paper (Utusan) kot tak silap la. Remaja perempuan curi barang kemas mak sendiri pi jual dan estimation value tu kira-kira Rm13,000.00. Oh My! Tiga-belas ribu tu, boleh wat simpan dalam akaun bank, boleh upgrade dapur jadi dapur simen, boleh wat pi umrah dan sebagainya lah.


Oh. Anak yang saya boleh panggil bahalol juga sebab duit yang dicuri tu bukannya untuk wat bisnes ke apa, tapi untuk beli motor kat pakwe. Euw. Tolong lah. Kalau curi setakat Rm100 tu takdalah saya rasa macam tak puas hati. Ni tigabelasribu. Tak ke malang sorang ibu dapat anak yang memang senang guna pakai duit hasil penat lelah kita untuk diberi kan pada individual yang belum tentu lagi confirm jadi suami kau!


Satu lagi. Sorang lagi perempuan lagi. Nama punya la cun. Perangai pun sama goblok. Waduh. Boleh lari ikut pakwe. Mak die ni lagi la dok sedih campur sentap dok mengadu. Ai. Anak jenis apalah kau ni ye. Memang tak reti berterima kasih langsung. Sanggup le kau wat mak ko camni. Aiyo. Kalau saya jadi mak dia la, maybe wat tak tahu je. Biar, rasakan sikit. Apa kau ingat hebat sangat ke perbuatan lari dari rumah tu. Lanjut di SINI.



Tolong-tolong. Ok. Nak cari page/group "Aku benci anak jenis derhaka!" I wish. Kalau ada, terus saya klik like atau Join.



Wallahualam. Salam.

Kakak ku dan kucen Part 1


Im not a true cat lover. Bagi sesetengah orang akak Zie dan akak Tediber , kucen tu macam anak atau adik. Saya besa-besa aja. Tak dak kucen pun ok. Ada kucen pun ok. Sebab. Ayah memang sejak kecik lagi tak berapa nak gemar le ngan kucen ni. Sebab dulu. Pernah la ada seko. Letak le nama TOM. Walaopon kucen ni perempuan, tapi, sebab mase zaman tecik-tecik dulu katon TOM and JERRY show ni la kami adik beradik dok ngadap hari-hari, maka kucen gelandangan yang datang umah tok ni kami panggil ngan nama TOM (adoi. Syahdu betul). Tom ni dok ngan kami dari single sampai jadik mak bunting sampai le jadik ibu tunggal. Sadis betul masa tuh.


TOM ni tak da laki. So, masa kali pertama TOM beranak, semua anak dia (ada lah dalam 4 ekor) mati semua. Tak tahu nape. Mungkin sebab masa dia beranak, port tak bagus. Dia beranak dalam bilik tido. Open port. Bukannya bawah katil ke apa. Saya yang tertengok ni, tak lalu makan 3 hari. Euw.
Pastu kali kedua TOM bunting lagi. Hebat tau. Masa ni, kami adik beradik semua memang harap memanjang anak-anak TOM mesti, harus, wajib hidup. ALHAMDULILLAH. TOM beranak lagi. 4 ekor lagi. Saya pun tak pasti laki ke perempuan. Kami letakkan nama setiap sekor Mulan, Weasel, Belang dan Tompok. Entah le. Semua anak TOM lain warna. Ada warna oren, hitam, kelabu campor puteh. Pelik sedikit, tapi sebab kami ni anak kecik, jadik warna ini tidak memberi efek penting pun pada kami.


-Oh. Sorry tak dak gambar nak tepek. Dulu masa kami kecik-kecik, baya-baya sekolah rendah, mana tahu apa telepon berkamera. Semua pakai jenis filem. Yang filem ni pulak memang wajib guna taim RAYA, pi PANTAI, HARI JADI, BBQ. Kang saya gi amek wat tangkap gambar anak kuceng kang dilempang mak saya. Wakakaka.


Pastu sampai satu tahap, TOM jatuh sakit. Bermula apabila ayah saya tersilap gusteng (reverse) kereta beliau sampai terpijak kaki TOM. Entah lah. Luka sikit je. Tapi TOM macam tereksa. Semua benda dia makan dia muntah.

Kami dulu macam eksyen. Jarang bagi TOM makan nasi. Bagi makanan kuceng yang macam Whiskers tu(ni tiruan) , kadang-kadang je beli whiskers betul. Pelik TOM, dia tak makan Whiskers betul. Dia suka makan yang tiruan. Anak-anaknya pun kami bagi makan sampai gemuk- berisi. Ok. Pasal TOM muntah, dia muntah bukan sikit. Paham-pahamlah, kucen. So, setiap kali dia muntah Tok la yang paling letih dok cuci. Kami kecik lagi. Tak reti.



So, mami rasa kesian ngan Tok, soh dadi kaut semua kucen ;TOM dan anak-anak dia pi buang kat Pasar Tani. Malam tu, kami adik beradik menangis teresak-esak. Pernah jugak lalu kat pasar tani, intai-intai. Kalau ada kucen nampak macam kucen kami dulu, balik je rumah mesti dok havoc cakap, "Weh, mulan da besar tau!" "Weasel gemuk gila!" dengan muka excited sedangkan, kami bukan seratus peratus kompem tu adalah kucen kami.



bersambung..... (entri khas buat penggemar kucing. Macam ala-ala hari kucen sedunia) :38:

SEMUA PICTURES ADALAH IHSAN GOOGLE. takdaq pun gambar TOM and Family

Beachy Theme bukan bitchy!

Sedikit euw. But considering i havent been to a perfect family vacation to any of beaches in malaysia, jadi anggaplah, temporary template ini sebagai pengubat rindu. Wah. cantik tak? hehe. Currently watching sonny ape entah di Disney channel bersama adikku. He wouldnt talk to me sebab saya panggil dia poyo. Dia selalu bawak kereta dadi belikan untuk kami dua orang sisters. Tapi mami selalu tak bagi bawak sebab mami risau kami dua orang gadis yang ada licenses ini bawak secara TOO FAST TOO FURIOUS, so kereta hijau tu terbiar sepi depan rumah. Tanpa diexpect kan, adik saya pulak yang ke hulu ke hilir bawak kereta tu, macam lah dia da ada lesen. Oh my. Well. Kita tengok setakat mana dia nak gado-gado manje. :) Nites

Tuesday, June 1, 2010

Berpindah. Soon

Saya sangat rajin update malam ni. I dont know why. hee. Mood rajin sangap sekarang ni.
.Ok tengah mencari layout yang comel lote. Wakaka. :) See u soon.
Akan meng-upgrade juga belog ini. Walopon orang membaca nye hanya seciput. Tapi. Ill be happy as long as it is. Wah. Very da vom

Bikin gua marah!



Ais. Geram betul. Sekarang ni, tengah dok tengok tv ngan anti, kakak, mami dan diri sendiri. Ok. Sape tengah tengok Tv sila ke channel 104 astro RIA. Tajuk cerita nya ialah Benci Bilang Cinta. Waklu. Benci pulak saya nak bilang cinta sama ini drama. Ei. Geram-geram. Ada ke patut orang indon ni gabung semua cerita korea feveret saya dalam satu cerita. Dah lah cerita dia ala-ala sama. Banyak sama adalah dicilok dari cerita Princess Hour. Oh my god. Sangat geli ok. What The Fish. Benci.. Perkara yang dicilok:




  1. Watak Hero BBC ni, memang ala sama dengan Prince Shin. Oh. Rambut memang ala-ala sama. Beza nya, prince PH ni, lagi hensem dan jalan lagi terkepit macam si aw. Si Baim ni ok sikit. Muka je ada jerawat.


  1. Watak heroin pulak ok sebab si Marshanda ni comel lak jugak. Ada la iras-iras Chae Kyung. Ok La. Tapi bodoh marshanda ni kadang-kadang menyakitkan ati.
  2. Watak hero ketiga ni, pun em, so so je. Poyo seleleh aje. Dalah tak berape nak hensem. Aih. Tak boleh langsung nak imejin putera kedua dalam PH tu. EUwww (patploh kali)
  3. Heroin keempat, aka si perampas, tu beza ngan PH ni cuma field belajar je. Dalam BBC dia ni amek subjek biola, dalam PH perempuan ni, amek ballet. Hampasss
  4. Bilangan ahli keluarga dua -dua belah pihak sama jek. Oh my GOodness. Rasa nak lempang je producer.
Dah lah, masa iklan citer ni, tagline takley belah ialah: SINETRON PALING POPULAR DI INDONESIA


waduhh. gamat je. Ok. saya nak gi mandi, hilang kan rasa stone nak marah ni :7: wekkkk!




The end. Muka marah

Entry Best!