Monday, July 26, 2010

Kawan-untuk sehidup

He. Sangat gembira hari ini seperti bertemu Justin Bieber. Yes. Thanks Kawan-kawan yang telah banyak menahan sabar dengan aku selama 2 setengah tahun kita bersama. Sabar babies, ada 3 more years kita bersama. Dengan perangai aku yang gila baran macam lembu gila, dengan mengada-ngada aku macam baby baru lepas menyusu walopon badan macam mak beranak 2 (-_-"). Thanks all. Muah. muah. Sini nak letak lagu special untuk korang semua...

Shamimi ZF, Anis Nabila I, N. Faten Shafiza, S. Mariam, B Jia Yi, Norhatiqah, Syafiqah Z, Nur Ayuni MI, Ainur Yusra N, Sakinah, Kala SD,

Awe, Azraf, Asyraf, Azrol, Ho, Akemal, Faris Y, Falak, Alip, Paan. (aku harap dieorang tak tahu pun aku letak nama-nama ni dalam belog ini)

Terima lah lagu sepecial dari Cik Qib--






And I never thought I'd feel this way
And as far as I'm concerned
I'm glad I got the chance to say
That I do believe I love you

And if I should ever go away
Well then close your eyes and try
To feel the way we do today
And then if you can remember

Keep smiling, keep shining
Knowing you can always count on me, for sure
That's what friends are for
For good times and bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for
Well you came in loving me
And now there's so much more I see
And so by the way I thank you

Oh and then for the times when we're apart
Well then close your eyes and know
The words are coming from my heart
And then if you can remember

P/S: Kualiti video sangat tidak memuaskan. Enjoy

Sunday, July 25, 2010

Doakan beliau

Adik aku mau operate kelmarin. Tapi aku takut nak tanya daddy sebab daddy masih assume aku tak tahu apa-apa about this whole accident thing. So, i would just stay quiet. Dan please doakan adik aku supaya operation bubuh besi dekat paha beliau berjalan seperti biasa dan doesn't end him up being tempang. Insyaallah..


P/s: eh, kalau masuk besi, ada tak chance dia nak jadi tempang??

Friday, July 23, 2010

Aku nangis, muntah pening dalam sehari

Hari ni dalam sejarah, aku mengalami tekanan emosi yang maha dasyat. Aku mula-mula bukak fesbuk dapat tau dalam wall aku, kakak aku komen dekat status aku berbunyi:

Since when ur forgetin ur family, huh?

Aku tetibe jer naik emo rasa nak marah macam lembu tunggu azab sembelih. Sesuai la dengan kontest semalam yang aku masuk tu. Emo face contest. Aiyok. So, rasa nak marah jer, aku pulak leh menghantar sms kepada ayahanda tercinta bertanya perkara sebenarnya:

Daddy, napa Kakak asyik marah-marah pinqib?

Daddy pun jawab ler.

Daddy tak tahu. i dont know anything.

 Boleh?

Pastu, aku balik tu dengan emo dan tetibe akak aku leh lak anta meset yang sedih tahap gaban wat aku mengalir ayaq mata sambil dok sembunyi bawah bantal-busuk-paling-besar-dalam-dunia... Dia boleh cakap, 'I am sorry'. Boleh? Oh.. masa dok nangis tu, dia kol lah. Mula-mula aku taknak angkat. Pastu mengalah gak. Kang dianggap adik derhaka kang. So, cakap-cakap dekat 12 min, rupa-rupanya aku dapat tahu adik aku eksiden sampai patah tulang paha. Dah lah eksiden ngan teksi. Adik aku bawak motor. Pastu aku dapat tahu one more benda sedih lagi , ayahanda jatuh kerusi sampai luka kat pinggang and kaki. Kesian daddy.

Masa daddy kol aku, aku purak-pura tak tahu anything, so when i asked him, iz everything Ok at home? , he said,
 "yes it iz. Semua sihat."
Daddy, mengalir jer ayaq mata tang-tang tu gak. Daddy tahu, aku dok jauh, sebab tu he tried so hard hiding everything from me.


P/s: Akak aku marah sebab, aku selalu off tepon, aku pening sebab aku menangis, so sebab aku seteres , aku makan banyak dan aku muntah balik sampai sakit perut. The END.

Thursday, July 22, 2010

Emo Face Contest!



Hai kawan-kawan. Aku sorry banyak-banyak, aku bizi, tetapi, Oke, ada TETAPI sebizi-bizi aku, aku sempat menjoinkan diri aku kedalam satu kontest iaitu Emo Face Contest. Hebat tak? Macam ada super power jer. Em. Aku join ini wat second time rasa nye, first time aku join, kalah. Takpe, adiah tak best pun. Kali ini, aku tak tau hadiah apa so aku suke benda-benda misteri ni. So, jom cekidout!





Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut :

* WarganegaraMalaysia(senang nak bagi hadiah)

* Kena Follow beliau supaya senang korang tahu gambar korang terpilih atau tak..

* Gambar mesti Home Alone..Maksudnyer tiada gangguan orang lain..harap maklum..muahahaha..

* Gambar korang tu edit boleh,tak edit pon boleh..

* Korang kene buat satu entri khas untuk contest ni dan ceritakan mimik muka apa yang korang tengah tunjukkan tu..

* Jangan lupa letakkan banner yang boleh didapati di sebelah kanan blog Lin tu di Blog anda..(Link kan banner tersebut ke Blog Lin)

* Due date untuk menghantar gambar anda berakhir pada25 Julai 2010 ..so...cepat hantar..!!

* Bila korang dah bersedia nak submit gambar tu,sila paste kan link korang kat comment box beliau keyh..^_^

Selepas dari tarikh tutup tersebut,beberapa peserta akan terpilih ke peringkat seterusnya..Sesiapa yang terpilih akan dimaklumkan pada entri Lin yang akan datang..

Pemenang akan menerima (_______________) hahaha..rahsia..!!syhhh..!!

(COPY N PASTE JER DARI BELOG BELIA

***********************************************


Hm. Ok nilah gambar tak seberapa macho dari aku. Nampak menggediks gile. Emo, emosi aku ialah tahap sedih kerana aku ngah wat post ni masa pukul 2 lebih tak dapatido sebab omwek tak habis wat.


Dan gambar ni menceritakan kesedihan aku yang memang tak dapat elaun nak masuk 2 bulan dah. Oke, aku tipu. Nak dekat sebulan.

Elaun. Aku nak elaun. Tolong lah.. Emo ni. Emo-emo! Kill Die-die!

Bos, jadi tak emo saya. Saya berani jer wat gaya ala-ala pose emo, berposing sambil pegang jantung yang berdenyut dup dap dup dap sebab emo marah sangat!

P/S: Cewek pink manjer, memang camtu. Emo jer nangis.

Wednesday, July 21, 2010

Hujan




Salam entry kali ni, nak cakap sikit sal kehebatan, dan ke'wonder'an Allah Subhannallahuwata'ala.. Hujan, aku suka hujan. Bagi aku, kalau hujan turun, maksudnya, haba hari ni, suddenly akan hilang. Masa hujan lah aku dapat rasakan mood kanak-kanak aku menjengah macam aku tetiba dapat kuasa super power rasa super senang nak tutup mata sambil bergomol dalam selimut. Best nye hujan.



Kalau kat kelantan, asal je hujan lebat mesti banjir. Sorga woh kalau kat umah nenek masa tuh. Rumah nenek macam kat tanah rendah sikit. So, tiap kali banjir mesti semangat setia kawan tu mau nye ada. Gi angkut barang elak kena hujan, gi amek gayung wat tadah air kalau ada bumbung tiris. Oh. Bukan semua tempat ada camni. Hee. Best kot

Ok. Sebenarnya bukan sebab hujan. Tapi aku rindu rumah dan rumah nenek kuat-kuat! I WANNA GO HOME~







P/s: pening macam ada darah tinggi -_-"

Sunday, July 18, 2010

Wo ai ni.


Salam ^^. Letih la hari ni. Aku asyik dok ulang alik pi kelas ngan sorang member aku. Ontheway jer, patah balik, sebab kelas canceled. Tak ke bengang? He. Berpeluh ketiak aku. OmaiGoat, bermakna musim berpeluh sudah tiba walopon acap kali sudah hujan kat sini!! He. Aku memang alah giler pada peluh. Tapi aku kuat giler berpeluh. Dah dekat banyak tahun dah, aku pi kelas mesti, wajib bawak hangkercif. Oh. Kalau orang pompuan lain, beg mekap wajib, aku mesti wajib bawak benda cinonet tu. Best wo. Rasa macam BFF jer ngan hengkercif tu sebab dah lama guna sampai bertahun-tahun ( tak penah tukar) ... Sampai kunen dah..


So, sementara masih tunggu baju batik tengah dibasuh dalam mesin dobi tu, meh aku bersifat terbuka sedikit bercerita tentang kegemaran aku, whether it is about hobbies, stuffs, food dan semua lah. Meh, dekat-dekat, rapat-rapat akak-akak yer, abang-abang, jauh sikit. .Oke.



Benda pertama aku suka ialah, confectionery atau erti kata lain, benda manis macam candy, sweet camtulah. Cake pun aku suker. Gila, rasa nya memang aku boleh K.O kalau tak dapat benda tu waima dalam sehari. Aiskrim tu kira macam desserts la bagi aku. Entah lah. Aku pun kadang-kadang pikir, macam body aku punye sistem macam selalu dahaga kan benda manis, macam haus nak ayaq gula, tapi maybe aku orang kelantan yang memang dah biasa ngan manis, kira macam acceptable:23: lah kalau aku ni kalau tak dapat benda manis sehari boleh jadi cam VAMPIRE lapar darah manusia .. WERK...Kedua haruslah aku minat tengok movies, dengar lagu, baca buku. Yep, dengar lagu tu macam dengar lullaby yang leh wat aku lentok. Baca buku pun. Sampai aku pun kadang-kadang ter'imaginasi' ada orang bacakan bedtime story untuk aku sebelom aku tido walopon sebenarnya, aku lah yang dok baca sorang-sorang sambil mata sepet dok kelip-kelip tunggu switch off. Aish. Kalau buku, op kos ler yang aku layan tu ada sedikit sal artis, komik dan novel. Cintan cintun yang cliche macam biasa (kawin kontrak, cinta remaja), aku kurang sangat, so, untuk selamat dari terbeli novel cliche camni, eloklah, ampa pi POPULAR beli satu novel inggeris. Lagu pulak, aku layan yang sweet, sentimental ;dan aku cukup menyampah kalau ada orang pasang lagu hardcore taim-taim aku dok syahdu-syahdu layan lagu slow rhythm. Ewah.

Aku suka nangis, gado, marah. Oke. Ni sikap semulajadi aku. Sebab aku pun memang anak bungsu pompuan dalam umah, kira kalau ngan akak aku tu, gadoh jer mesti daddy menangkan aku. Agaga. Kalau gaduh sangat susah nak bercakap. Kadang-kadang sebab aku rasa menyampah atau pun malu. Mostly sebab menyampah lah. Boleh aku gaduh sampai bertahun-tahun. Kadang-kadang rasa takut gak, sebab dosa tau tak cakap ngan orang lebih dari 3 hari.


Dan akhir sekali, aku paling sayang ngan deodorant aku yang berjenama Rexona for woman/passion. Dia dah jadi super BBF aku sejak aku form 2 lagi. Tak boleh lepas dah. Terai la guna apa pun, yang melekat di hati hanya beliau..



Rex, ai sayang yu tau. So, tolong jaga ketiak ai. Ok. Wo ai ni. Kalau basah gak, ai nak mintak berek-ap!!!




P/s: baju da siap cuci. Nak gi solat. Assalamualaikum. Salam di petang AHAD.

Friday, July 16, 2010

Sapa nak tahu real Bvlgarigirl?

Salam.. Ermm.. -_-"

Aiyok. Dalama kot aku pendam rasa nak wat entry ni. Lama dah. Tahun 2008 ke awal 2009 dalama dah aku memang rasa sangat gatal nak menaip atas papan keyboard nak wat entry ni.Yep. Aku tau memang semua kenal la awek ni. Aku pun start kenal dia masa aku setart wat blog which was on the year 2008. Hee. Lama sangat la tu. Kira memang aku ngan kawan aku, masa tahu sal belog Bvlgarigirl ni, memang tak sah lah kalau sehari tu tak bukak. Kira macam budak-budak happy-sangat dan tak boleh blah sampai kitorang macam rasa wajib ker godek-godek dari entry beliau from yang mula-mula sekali. Kira sesuai lah dengan tagline Arianna ni
You have to read the whole story to understand me...


Chewah. Macam kira wajibbulghunnah la baca dari mula. He. Aku ni mula-mula idok la layan ngat. Sekso nau masa laptop aku memang tak leh nak detect wireless. Kira cam ngidam jer nak baca belog-belog orang termasuk belog dia. Macam zombie lak dok jeling orang sebelah baca belog ke, update ke. Sampai aku pernah kot cakap kat kawan aku:


Pikuchi, ko tolong 'save page' kan belog bvl yer. Aku nak baca nanti.. Pelisss T_T!


Boleh?

Agagaa. Oke. Straight to the point. Awek ni memang perahsia ler bab muka dia yang cun tu. Tapi yang korang tak tahu, aku dah pernah tengok dah muka dia!
Haha. Korang mesti tak caya. It's not even close that i've met her personally. Tapi, masa tahun 2008 ke 2009 lah aku tak ingat, dia ada post satu entry pasal buah hati dia Kevin, tapi dia delete tang-tang tu jugak. Aku ni kira lucky la sebab sempat nengok. Dia memang letak pic dia full kot macam gaya ala-ala ceeramoon yang ngah duduk bersila lutut kat atas sambil tengok langit tu..
Nak tahu muka Bvlgarigirl camna???































Nilah muka paling iras ngan beliau. Wah. Comel tak. haip, Ni bukan bvlgarigirl ori tau. Yang ori masih misteri. Kalau tengok jer Inka Noverita ni mesti ingat dia. Haa. Comel jer. Aku rasa ada lah dalam 50 % sama. hee. Jangan marah Yanna yer. Sajer wat entry taim boring.


P/s: Entry ringan-ringan. Jangan pulak pasni aku kena gi court. T_T


update  Latest

Thursday, July 15, 2010

Salah bontot ke selipar?













Adoi. Lima hari aku tak mengepos kan apa-apa kat sini. Masyaallah. Bizi dan perasaan membuak-buak malas tak dapat dibendung:23:. Aku rasa malu sendiri. Yer. Adoi. Mengidam nak makan cheese kek:15:. Hish. Kalau da ada mixer ke, oven ke dalam bilik aku, mau nye aku bertukang malam-malam ni. ( GILE TERUS LARI DARI TOPIK)





Oh. Sebenarnya nak bercerita sikit. Kejadian yang sedikit memalukan pelas(plus) menyakitkan buat aku pada tarikh limabelasharibulantujuh ni. He. Aku bangun baik punya lewat hari ini. Aiyo. Pokol 7.10 pagi. Pastu gi mandi. Dalam tandas tu, aku asyik dok main ciku cak jer ngan ayo. Maklumlah, sejuk nye sampai naik meremang bulu roma aku. Pastu last-last surrender je ngan air. Pastu siap mandi nak dekat pukul 7.30 pagi. Oh my god. Memang lama giler la dalam jamban tuh.



Pastu yang tak best nyer, masa nak keluar jer dari tandas buleh pulak selipar aku ( aku jumpa) menggelincirkan diri beliau! Dan instant tu jugak aku jatuh terduduk. Thank God, towel aku masih menutup 'kekurangan' aku. Hehe. Gila kuat bunyi sampai dari luar leh dengar aku dok mengaum-ngaum macam rimau sambil mengcoverkan malu:




Aku: Sakit-sakit. Aduh sakit ponggong! (sebenarnya sakit sikit jer)
Rumet: Qib, sakit ka?? Takut nye qib. Ok tak??


Haha.. dia pulak melebih-lebih mengaum sekali. Wakaka. Aku bangun, pastu terus decide nak pi hospital, sebab kawan-kawan dok sengaja nakutkan aku:


Qib, entah-entah peranakan ko jatuh, tak beranak la ko camni.

Qib, entah-entah, hati ko pecah kot, sebab tu ko rasa senak jer.

Qib, entah-entah jatuh tu wat urat kentut ko 'terjaga' sebab tu ko asyik ken--- jer.


Hee, gi sepital, dia bagi aku ubat gastrik dan panadol jer :25:

End.

p/s : Salah bontot ke selipar? Hee. Aku rasa bontot berat sangat sebab tu
, 20 % menyumbang kepada kejatuhan. Aagagaga! Adoi. Memang betul ler, urat ken--- aku da bangun. Asyik nak ber-- dan ken--- jer. Aiyook.


Saturday, July 10, 2010

Nyah kau!

Ok. Memandangkan ada lebih dari tiga pengomen suruh aku buang, aku mengambil keputusan drastik untuk membuang baby baru aku ini. Oh. I am going to miss you baby. Takpa. Korang hanya akan mendengar desiran bunyi kipas laptop dan ketukan keyboard sahaja ketika bersama dengan blog aku.


Ok. Happy sabtu. Jom beriadah!

Friday, July 9, 2010

Perlu ke tak perlu?


Celamat pagi..



Hee. Hari ni, amek chan bangun lewat sikit. Ni baru lepas mandi. Aku kan ABC. Alhamdulillah. Syukur. Masih bernyawa lagi sampai hari ini. Lapar lah pulak. Aiyoo. Kawan aku pun baru mandi sama cam aku. Kurang-kurang dalam pukul 12 gitulah aku and the geng akan kuar gi cari dan tumpang rezki dari Allah yang merata atas bumi ni. Syukur. Ha.. Aku ada nampak.. Sebungkus Papa Roti atas kain printer. Rezki express.
Oh. Ni short update jer..VERY EXPRESS one.. Eh! Ada dengar tak lagu dalam belog ni? Ada? Ha, Tu lagu dari UTADA Hikaru. Aku minat kot lagu ni.

CAMNA LEH TERMINAT???

Ok, once upon a time....
Mase dulu-dulu, masa family aku ada bukak cyber cafe, aku ada jugak amek port jadik jaga kat sana, jaga pc lah. Kontrol sapa-sapa yang nak bukak porn sites ke, aku terus putuskan connection pc dia dari meja aku. Hebat tak?. Walaupun orang yang guna pc tu umor dekat 2o-an dan aku umur 16, nampak cam gengster kan? Orang masa tuh panggil aku akak, LOL :36:.. Agaknya muka aku tua sangat. SO, masa jadik jaga gengster, aku ni selalu asyik dok pasang lagu jepun ni, kira macam lagu official kedai tuh. Part yang tak best nya, pernah aku kena tegor sekali oleh pengguna (remaja --__--" ). Boleh dia cakap macam ni kat aku yang gengster ni:

"Akak, tak de lagu baru ke? Asyik lagu cina jer!"

What? Lagu cina?? Hello. Ni lagu Jepun ok, sang by Famous Japanese Singer. Bengong betul ler. Tapi aku wat derk jer. Kan gengster. Gengster kena cool.



END



Melebih pulak bercerita. Straight to the point please!!!


| Oh. Nak tanya ni. Lagu kat belog aku ni, patot buang ke tak? Bukan apa. takut korang terganggu ke apa.|

OK. Chiow. Selamat pagi jumaat. Dua hari, sekolah.. T_T

Thursday, July 8, 2010

Takdir tuhan



Selamat petang, kamis..



Sob-sob-sob
Semalam saat genting bagi aku kerana perasaan stress hingga menitikkan air mata yang amat mahal untuk dititikkan walaupun aku memang cewek cenggeng. Aku nangis kerana external hard disk aku yang bertotalkan kapasiti 320 gigabite telah rosak. :'(
Sedih wo. Aku tak pernah rasa sedih lagi sebanyak tu dalam minggu ni (-__-")/
Yelah kot.Banyak lagi movies dalam HD (hard disk) tu yang aku belum layan. Manyak woo. Dekat 90 gig aku rasa aku dah guna. Tak sangka tak sampai setahun gua guna, dah ko. Entah lah. Maybe aku akan pi anta kedai, gi repair. But not now la, elaun gua belum masuk lagi. Aku nak bayar ngan apa nanti? Pasir? Tisu?

Pengajaran nya, aku kena jaga baik-baik benda aku lagi. Jangan senang-senang nak bagi orang lain guna. Kalau adik beradik kau guna takpalah. Nak suruh ganti tak pa. Tak merasa segan semua. Kalau kawan, camna? Malu lagi, segan lagi. Takpa. Aku anggap jer lah ni dugaan Tuhan. Suruh aku bersabar.
P/S Dalam minggu ni, pendrive 4GB dan external hardisk 320GB semua rosak. A total breakdown for me. Sedih woo..






Sorry lama tak belogwalking.. Sapa yang bagi awards tu semua thanks yer. Nanti sayer amek. Arigatou gozaimasss. Pic edward kulen tu saja aku tepek. Nak wat semua korang ngidam nak tengok movie dier. Agaga!

Monday, July 5, 2010

Tips menjadi comel (bacaan gadis)


Salam kawan-kawan. Heh. Namaste, and nandayo. Hari ini, aku akan berpura-pura serta bertoya-toya mengendalikan sebuah rancangan tips-tutorial menjadi comel, memandangkan aku sendiri merasakan diriku comel!. Oke, seperti yang kita sedia maklum, menjadi comel memang menjadi kemahuan, malah, ada yang menjadi terdesak untuk menjadi comel! Simptom ini hanya terjadi kepada gadis remaja malahan, kanak-kanak bawah umur pun terkena gak jangkitan wabak ni.. Ok, selaku pakar kemenjadian comel ni, aku ingin kongsikan tips-tips comel untuk korang semua. Ini serious kot working, sebab i've been in this 'comelness' for twenty years (poyozzz -_-" ). Agaga. Tips ni paling berkesan kepada makcik sebab makcik ni da mature dan boleh (hampir boleh menjayakan semua tips akan saya nyatakan sebentar tadi. Oke. Tips comel:


Pertama:

Pakai topeng transformers! Oh no! Takdalah. Bagi aku pertama sekali, untuk menjadi comel, anda harus memiliki figure yang comel. Comel disini bukan bermaksud anda harus menjadi GEMUK atau KURUS, tetapi cukuplah sekadar anda merasakan diri anda comel dengan saiz seadanya. Sekarang, aku yakin semua akan mengatakan begini:

"Comel lah minah tuh, CHUBBY jer!"

"Alahai comel nye, mamat tu, putih melepak! Geram aku! EEeeee!!!"

"Wauu., comel nye, minah alim ni. Mesti tak da boyfriend lagi"

Oke, disini, comel tak semestinya, putih, gemuk, alim. Yang tak alim, gelap kurus kering pun leh jadi comel ok. So, kalau kau rasa ko gelap sangat ke, kering sangat ke, jangan risau.. Mesti ada sesuatu dah yang membuatkan kau comel. Tak perlu, korang pi kedai London Skin Solution ke, mayfair ke, nak jadi kurus putih. Tak payah. Stay as what you are.




Kedua:

Memiliki nilai humor yang tinggi atau mudah melemparkan senyuman. Pandai bercanda is good. Ok. Bagi aku lah, memang orang yang pandai wat lawak ke, leh tertawa dengan mudah ni lah orang yang paling comel. Cube ko bayangkan ada minah lawa yang elegan lalu depan muka kau pastu kau terai sengih, dibalas dengan jelingan yang lebih kepada:


"Eleh, muka entah pape, nak ngorat aku. Buang karen aje!"


Kau pun dah dapat se das dari minah lawa ni mesti:

"Eleh ( berbalas eleh), minah poyo nih. Harap muka jer lawa, perangai macam hantu air! Apa kau ingat kau comel????"


Ha, macam tuh lah. Cool tak?? Tak kan??

Pastu, minah ke teruna yang suka wat lawak ni, mesti disukai orang ramai. Ok. Ini tidak ditujukan kepada sesapa. Ini adalah daripada my observation yer. Aku tak katakan ini adalah aku, atau sesapa anu pun. Aku ramai kawan comel yang memang suka wat lawak. Memang orang memang minat diorang, especially lah lawak diorang. Contohnya, dengan figure yang 'comel' macam kawan aku cik M ni.Dah lah kecik, suka wat lawak, memang orang asyik dok gini jer dalam kelas:


" M comel ler. Eh. Geram betul! Comel!!"


Ketiga:

Jangan menjadi palsu. Ok. Ada tau yang jenis poyo nak jadi comel. Bagi aku lah. Tak salah la ok. but , dont try too hard. Ada yang jenis nak jadi comel melalui clothing, way of writing, way of speaking dan sebagai nya lah. Boleh. Tapi dont cross over.

Biasalah, gadis, suka shoppin, diorang pasti akan beli jenis baju yang ketat, comel, color colorful memang orang tengok pun akan cakap,


" Comel memang comel, tapi..."


That's not the way we want comel to be. Biarlah kena dengan gaya hidup islam yang sebenarnya. Wat pa nak pakai baju ketat, nak tunjuk body shape, sedangkan Allah dok tengok kita dari atas. Kalau kita tak malu le nak pakai baju 'adik' kat orang asing, malu lah ngan ALLAH.

From the way of speaking, orang prefer, cakap ngan suara gedik, pastu mulut (macam gaya kawaii jepun)ada herot merot sikit.Ni masalah sikit. Suara yang sedikit jantan pun leh berubah. Oh my, bahasa yang nak nampak comel mesti camni ngan sore yang ala-ala budak baru masuk tadika:

"Tadi,Kitew kan, pegi pasar jumpa kawan kamu. Eh, malu kitew tau. Kawan kamu puji kitew comel. Heh. Kamu jangan jeles, eh!?"


What? Stab me, please. Heh. Em. No extra comment. Pikirlah sendiri kang ada yang kena sepak kat sini kang...-_-".





Akhirkata, kalau, tak berjaya gak jadi comel dimata orang biasa, cubalah jadi comel di mata Sang Pencipta, ALLAH. Insyaallah. Aku tak comel.

Saturday, July 3, 2010

Pink and jealousy (pendapat)




Selamat pagi. Salam di pagi sabtu. He. Sorry yer aku dah lama tau tak jalan blog korang. Yesterday amek feeling jap cuti-cuti malaysia. Memang tak da watpa pun. Asyik dengan The Sims, movies dan internet. Entah lah. Aku tak tau maybe aku kuar outing kot (siyes aku takut nak tulis outing kat sini sebab aku dapat rasakan mummy dan akak aku ngah baca belog ni -_-" )
Oke, post kali ini, aku nak tanya pendapat korang lah. Tentang warna kesukaan aku dan hatta jutaan lagi individu lain di dalam duniawi ni. Warna Pink! Yes Pink! Aku nak tanya, perlukah korang merasa jeles kat kawan kau yang minat gak wana ni? I mean, macam kalau, kau memang minat sangat lah, tetiba, kawan kau ni pun makin menunjukkan minat beliau jugak ngan wana Pink ni!



Oke. Ni contoh situasi yer:

Dalam kelas ni, ada dua orang lah paling obvious minat pink. I dont know, maybe it's two or one. Tapi, korang ada rasa sentap tak kalau macam ada je matter pasal pink, kawan-kawan pun cakap:


"Haa, pink tu J lah. J kan? J kan suka menda pink!"


J tu kawan aku, which is pun minat wana pink.

Aku yang terminat nih, pun rasa jer ada green monster ( perasaan jeles mengikut pribahasa orang puteh), sebab terfeeling sentap jeles ( cewek pink yang nak dalam dunia ni sorang dia jer minat wana pink) and nak orang relate dia sorang jer ngan wana pink ni. Korang paham takkkkk???? Ke macam keling dah aku cakap ni?


So, soalan aku, patutkah kita untuk merasa jeles because of this small matter sebab setahu aku takda akta untuk melarang kita untuk berkongsi warna kegemaran, or is this normal to a person like me?


Oke. Tu je lah aku nak tanya. Hehe. Ni post untuk hari jumaat!

Pecah paku, pecah gelas,
Sudah baca, harap balas.




P/S: Nak gi mandi, chiow.....

Thursday, July 1, 2010

Durian basi



Salam. Hehe. Hari ini aku sangat happy kerana mengidam untuk makan durian lembik tercapai. Entah la, aku pun tak tahu, sekarang ni musim durian ke tak. Rasa-rasanya dah banyak kot durian kat tepi-tepi jalan. Lebih-lebih lagi durian siam. Tadi lah, rasa feeling nya macam dapat sekotak kfc pulak masa classmate aku hulur satu Tupperware hijau tutup putih. Masa sampai jer tupperware tu kat tangan aku, semerbak bau durian keluar. Panik sekejap takut melekat bau kat baju.
Pastu , sebab pose lagi (-_-"), terus cepat-cepat cakap kat kelas:

"Tawan-tawan, nanti kita makan kat bilik sama-same ye!"


Dasar cewek kedekut. Takut kawan-kawan bedal, mencekik durian ramai-ramai. Kang takda leftover kan menangis aku. Pastu, sebab ramai kawan-kawan tak makan durian, which is a good news, geng aku ni, pakat dok chop nak makan extra durian, macam kira tolong ganti makan la durian lebih tu. Memang gila berkobar-kobar lah. Sampai kat mana-mana pun asyik dok cakap camni:

"Weh, Anu ni tak makan durian. Chop!! Aku makan part dia!! (Dialog diikuti dengan mata terjegil dan percikan air liur yang laju)"




Dan dialog ulangan ini diulangi dengan perbezaan cuma nama si ANU je yang kerap ditukar ataupun diulang.




So, lepas je berbuka puasa dengan nasi tomyam nya aku terus..... Ke surau..
Hehe.. Malam ni kan malam jumaat. Malam baca Yassin. Bukan malam jumaat seperti.... TET.. Agaga @_@".


Lepas je balik terus gather semua girls classmates dan pi makan ramai-ramai. Bukak je tupperware hijau tu, semua rasa macam nak muntah hijau. Busuknye. OhmayGold! T_T. Nangis kot hidung aku. Pastu, busuk-busuk pun, still, berebut lagi dok cekau sorang satu. And the part, semua dapat rasa,... semua rasa terkedu, kejung etc.


Durian semua masam macam basi. Masam! Nyesal semua tak makan tadi. Namun apakan daya.. Durian sudah jadi ta#i, sebab satu tupperware tuh habis masuk dalam anus dah. END.

--------------------------------------------------------------------------------------------

He..I got two awards, dari Cik Minie dan Cik Pearl. Sorry lambat sikit cekau awards. Thanks yer. --____--


First award:


1. Anda mesti memuji si pemberi award.

Thanks to Cik Minie dan Cik Pearl kerana bagi aku awards walopon aku tak layak. -__-"

2. Bagi award ni kat 10 blog yang lain.

Hem.. Susah lah. Nak wat pilihan. Semua blog bagus-bagus. Nah, korang amek lah semua. Pakat amek!!!

3. Beritahu mereka mendapat award.

Da semua aku bagitahu... Jadi, kira halal la yer. Korang the best!

4. Bagaimana anda digelar blog yang best & great ?

I dont know, maybe sebab aku nih jenis suka blogwalking dan komen. Hehe.. :)

SEKIAN

Second award dari Cik Minie

PS: Mengidam nak makan lepat pisang. Mana nak cari lepat malam-malam buta ni??

Entry Best!