Monday, August 30, 2010

Hukum tengok orang gusti

Aku sekarang ngah teman daddy tengok WWE jar channel Astro supersport. Tengok jejantan pakai sepender. Badan tough-tough. Aku tak minat sangat. Leh lah. Layan dua tige minit, pastu baik masuk bilik wat hal sendirik.

Abang, takda ker cerita romen?

Mamy tanya..

Alah, takpe lah. Kita tengok mat saleh jadi bodoh sekejap.. Gadoh same-same.

Daddy jawab pulas..

Pastu, abang pun sama la cam diaorang.. Tengok dieorang..

Mamy jawab cara halus..

.....

Daddy terkedu.


Hehe.. Aku nak tanya ni, adakah berdosa kiter tengok aurat depa, walaopon kita tengok depa tanpa rasa tercuit pun kegersangan tu.. hahaha.. Depa tu ahli gusti mat saleh yang tak-da-bulu-kaki tu.




P/s: Amboi. Baru tau, tenet kat umah nenek aku laju.. Esok jer la, i see u guys. Arigatou. Aku pura pura bizi dan berlalu pergi..





Love,

Budak-budak pun dah tahu berzina?

Serius. Semalam aku tengok picta ni, terus aku rasa seram sejuk. Rasa tak mo beranak pun ada. Gila. Memang dahsyat la. Memang kita sah sah dekat-dekat nak kiamat. Sebab apa? Sebab orang sekarang dah tak malu nak berzina. Macam tak malu nya keldai berzina mengawan.

Dulu pun da ada pic, budak-budak wat romen kiss belakang kereta. Alah.Yang macam hape tengok tu. Kira kalau macam kita tengok yang tu pun dah geleng kepala. Apatah lagi yang ni? Rasa naik pening dok geleng-geleng lagi. Masa tulis ni pun aku takut kot..



"Yu, i da ready ni!"

Kalah pro budak ni.



Aku tak tau mana jantan, mana betina. Pink tu nampak jantan.


Wah.. Mak adik mimpi ngeri!


Processing...


"Ada orang tengok tak?"


"Aku cakap kat mak pak ang!"

P/s: Kredit to borakkosong.




Hari kedua PBS ^^



Hai kawan-kawan. Ha. Nak cepat gak ni. Dalam bilik disleksia lagi. Sebab lepas ni, i am going to meet another maths teacher. Kena cepat sebab ada kelas pukul 9.15 am. Semalam was a very bad day. Today also. Semalam sebab aku tak wat apa-apa pun. Kira datang lapor diri jer. And today, boleh pulak aku luper nak bawak kamera? T-T.. Wuwuw.. malang lagi lar...Hari ni, aku pi masuk kelas pukul 7.45 sampai 8.15 pagi. Okelah tuh. Sekejap. Kang cekgu rasa annoyed pulak tengok aku kat belakang. Macam orang nak observe dari Menteri Pendidikan.


Hari ni, works to be done, masuk kelas lagi, pastu jumpa kerani sekolah. Tanya sal maklumat sekolah. Wah. Jam dah pukul 8.41. Takpa. Fuuh fuuh.

Semalam, i nearly gave up. Rasa nak nangis sambil lempang-lempang diri sebab rasa macam tak yakin sangat jadi cikgu. Aku boleh ngadu macam ni kat daddy masa nak semayang tarawikh.

Daddy, tak mo jadi cekgu!


Semua memang perasan lah, aku ni memang malas betul nak wat PBS kali ni. Most probably because ak tak pi sekolah dihantar daddy. Aku pi ngan antu anti aku. Nak restu, nak restu (salam ><)

Lepas tu, masa nak berbuka poser semalam dengar dari radio, cakap:

Buat lah sesuatu kerana ALLAH. Walau macam mana benci sekalipun, banyak dugaan pun, buatlah sesuatu kerana ALLAH.

And now, i am doing it because of HIM. Thanks ALLAH


p/s: Mulut bau derian. Huh. Nyesal ikot cakap daddy soh makan durian =(..

kawan-kawan. esok merdeka, esok sekolah cuti, leh la saya pi lawat belog kamu, habis sekolah nanti. I swear, if ....... (ala-ala lagu westlife)




Love,

Sunday, August 29, 2010

Quick UpDATE


Sorry guys. Baru dapat line internet laju. Oke. Broadcasting live from Sekolah Kebangsaan Kuala Krai. Aku now dalam bilik budak-budak disleksia. Amboih. Bising noh. Haa. Aku baru tau letih nya jadik cekgu sebab nampak mak sedara aku (cikgu disleksia) dok tarik hembus nafas. Sebab nak marah budak budak mane boleh nau. Anak orang wo.. Nasib la ni kelantan. Kalau KL, da lama kena saman.

Oh. Sekejap jer aku update. Aku nak cakap kat sini, AKU sorang -sorang, takda kawan. Macam awkward gila. Wuwuwuwu. Nak wat camna, aku lah satu-satu nye cekgu Maths kat sini (eh, bakal)..

Orang lain semua ngaja Pendidikan Khas (budak budak gifted) Bm pun ada gak. T-T.. Nyesal nye tak ikot wat ngan kawan aku. Wuwuwu.. Sabar lah ati.


P/S: If i have real free time, then i'll visit ur blog. Kalau tak.. Em... Masa raya lar. Oit. Aku gurau jer. K, wish me luck.I am real scared here. Macam musafir pun ada.




Love,

Wednesday, August 25, 2010

Kek beluberi untuk stress



Haa. Ni entry basi sebenarnye. Tapi aku nak tulis gak. Ha. Sebab minggu terlalu stress ngan esemen bagai. I was willingly to spend Rm60 for this marvelous kek beluberi. Beli online ni. Ngan akak cekmekzue. Sedap waa cakap lu. Cookies dia kat bottom cake tu, nampak tebal, tapi still sedap. Yang heavan gua boleh kasi tau, gua managed simpan cake gua wat berbuka poser for the next day!

Power tak? Walaopon duit tak daq, esemen banyak, memang terbuktilah, kek beluberi ni mampu wat gua tersenyum sampai meleleh lioq basi taim tido.

P/S: Ni bukan nak promote entry ke apa yer. Eh, pasan tak bloggergeng tak leh masuk?

hahah. Nites, esok da start kat umah. I can lawat ampa more frequently. Tu pon kalau daddy tak saun aku.


Love, night,

Men suck, i guess



Aku masih dalam keadaan terkejut. Macam dalam rancangan Ripley's Believe it or not!

Yep. Aku prejudis. Aku prejudis. Dan hari ni. Membuktikan bahawa men are suck!


Firstly, they...






Then, they...





P/S: This is damn true story! Mygoat-mygoat!!!! Help me!

Tuesday, August 24, 2010

Cicak!


Euw. Aku baru ternampak sekoq mak cicak kat dinding dekat loker aku. Oke, nampak macam mak, tapi sebenarnya bebi cicak. Wuwuwuw. Aku benci gila cicak. Sejak peristiwa terpijak tahi dia yang basah lembap busuk ngan tapak-tangan-kanan-wat-makan-nasi ni.

Busuk. Tobat busuk. Sebab tu lah, aku trauma. Yang kering busuk, yang basah lagi lah busuk. He. Geram nyer. Serius. Cicak pun macam tau jer, aku tak suka dia. Memang lah, banyak kali dah dia boleh gi lepas taik dia atas kepala aku. Kering la. Kalau basah, mau nye aku menyumpah sampai rini.

Tu masa ngah wat satay. Masa dok peram-peram cucuk satay tu, terasa something jatuh dari muka jatuh dalam besen rempah. Telek punya telek, rupanya taik cicak kering.

Cinabeng lu cicak. Wa manyak mencik sama lo.

Cicak beng masih dok kat loker. Aku takut nanti aku ligan, lagi dia kasik tahi sama aku punye katil, baju etc. It's just so dumbass.


P/s: Bunyi kucen mengawan kuat giler. Bulan poser leh wat maksiat gak yer. Wakakaka. Aku tak tau nak tulis apa. Oh.

Now i do remember. Nanti aku post story sal kek bluberi cis sedap yang aku beli online. Hahaha

Monday, August 23, 2010

Awak pandai


Aku: Awak, awak pandai.

Dia: ....

Aku: Awak, kalau awak tak leh jawab soalan met macam ni, ni kan lagi saya.

Dia: ... Boleh tak awak jangan cakap macam tu? I hate that kind of people yang cakap saya pandai.

Aku: ..... (Tersentap)

Dia: Semua orang cakap macam tu. Budak laki pun. Ni awak nak jadi sama macam budak laki!

Aku: Sorry awak. Saya cakap betul..

Dia: Tak, saya tak kisah betul ke tak. Kalau saya pandai, tak yah la saya pi belajar! (marah)

Aku: .....

Dia: ....

Aku: .Sorry awak. I really meant it. Saya tak puji awak untuk perli-perli. IKHLAS ni.

Dia: Saya tak suka. Kalau orang puji saya pandai, saya takda kawan. Ramai yang kena puji macam ni, tak da kawan.

Aku: Sorry awak. Saya janji tak kan cakap macam ni lagi dekat awak.

Dia: .....

Sorry awak. Sorry for who I am.


P/s: Belog sape lagi aku tak lawat? Mai habaq sikit?


Loves,

Sunday, August 22, 2010

I belog 2 komen (to friends)




Leh tak. Aku busy super giler. Hehe. Esemen bhai. Kalau bizi pi melancong, ampa semua dah boleh buat flying kick dah kat aku. Oke. Aku cadang, nak singgah , letak dua komen jer satu belog. Dulu, kalau lama tak baca, sekali baca belog, mesti komen nak banyak. Sekarang tak sempat dol. Hee. Ok. Sorry yer. Tunggu la lawatan hari raya aku, sat gi.

P/s: Komen sambil kelik iklan yang memang ada lah. Kalu tak nampak, harap maaf.

Love,

Saturday, August 21, 2010

What?




Gila lah. 6 hari aku jadi single kejap. Tak post apa-apa kat belog. Kesian belog. Sorang-sorang. Aku busy la kawan-kawan. Ngan esemen lagi. Ngan batuk lagi. Super busy. Aku rasa sem ni lah aku paling busy. Dah lah esemen Pj aku teranto lambat. Eh. Dah la lecturer aku da pesan awal-awal; anta sebelom pukul 3.30. 3.33 aku sampai, meja dia da kosong! Gila punctual. Redha jer la.


Oke. Pastu hari ni, ada sorang belogger ni. Dia meh ketuk pintu FB aku:
M: Salam. M ada wat belog

Aku: Eh, yeke M? Wah. Da advanced yer. Bak URL! (eksaited)

M: Ni. http://tekantulistakdapat.blogspot.com/

Aku: Oh. Oke. Nanti tengok.

M: Qib tak de belog ker?

Aku: Eh, tak de.

M: Ye ke takde?

Aku: Ade. Tapi cam malu lah pulak.

M: Alah. Takpe la.

Aku: Belog shayer bukan bentuk agama. Ngarot je!

M: Belog saya memang awal-awal agama, nanti pun ngarot gak. Heheh

Aku: Em. Takpe lah. Ok, shayer pro sikit. Nah. http://momoelovepet.blogspot.com/. Jangan gelak tau baca nanti.

M: Ok.

Lama sikit

Aku: Dapat tak? Sebab rasa macam dah private belog. Hehe

M: Dapat-dapat

Pastu


M: Haha!



?????


P/S: I think, i should be more discrete about my blog.><"

Saturday, August 14, 2010

Demam lagi

Shayer demam..


Hah, memandai jer cakap diri demam. Ye kot demam. Sebab dari semalam lagi masa dok solat terawikh hingus dok meleleh jer. Hingus yang warna jernih. Tu semalam. Sekarang dah warna hijau pucuk pisang (euuuw). Stress. Dok semayang keluar. Dok wat esemen keluar. Mungkin sebab dah dua malam kena terbang dalam hujan.

Terbang dalam hujan?

Aah. Ye la, sebab kat sini, aku ngan kawan-kawan pi solat terawikh kat surau maktab. Tak dalah jauh. Tapi kalau jalan tu, ketiak buleh basah lah. Pastu asal jer habis solat witir, berderu jer hujan lebat turun. Dah lah payung tak bawak. So, kalau nak balik bilik mesti, kompem wajib kena lari sambil kain sembahyang pun macam kain superman yang dok berkibar-kibar tu!

So, macam biasa, semalam hujan lagi. Pastu, rasa macam nak tunggu. Kira bagi can la hujan reda dulu . Tunggu dalam sepoloh minit dalam surau, last-last pikir kan esemen kat dalam bilik ngan laptop nye terbukak (ada kilat, guruh dan petir) terus amek keputusan nak balik gak. Kira aku dan kawan-kawan redah hujan lah. Bukan semalam, tapi dua malam. Shejuk!

Pastu, setart la macam ni, dah la kerongkong sakit, hidung meleleh ngan hingus, air lioq pun asa macam cair macam nak muntah jer(pagi tadi dah muntah sekali), suara pun dah jadi sengau. Au au..

Tu lah update aku yang terbaru sejak dua menjak busy ni. OKe. Have a nice day. Thanks for the comments. Nanti Aku aka Pinqib lawat belog anda semua. Mekasey!

Emo tak entry ni?



P/s: Esok nak ponteng tak? hehehehe. Kaki shejuk. Dahi pun start panas.

Thursday, August 12, 2010

Allah kan ada?


Kadang-kadang aku terpikir jugak, Allah terima ke ibadah kita, Allah dengar ke doa kita. Tapi sebab selalu rasa diri happy kadang-kadang ada juga beberapa momen kita lupa pada ALLAH. Pastu ingat balik waktu solat jer. Sebab tu tertanya-tanya gak diri ni sampai ke doa aku kat Allah? Pastu kalau solat jer, mesti doa tu panjang. Rasa malu nak mintak tu takdak langsung. .Doa biar panjang, baru puas. Macam makan, kalau makan sikit tak kenyang. Macam tulah.

Tapi aku selalu cakap kat diri aku:

Aku ni dah lah buat jahat macam banyak giler. Menggunung!

Rasa macam doa aku lambat gitu Allah dengar. Macam dulu, aku mintak nak dapat 3.5 dalam exam semester lepas. Aku doa ala kadar jer. Doa tak bersungguh. Doa pakai mulut 2, 3 hari nak dapat result. Last-last dapat 3.3- lebih jer. Pastu ada C lagi. Macam tak logik pulak sebab aku memang kompem sangat senang ciput la subjek tu masa aku jawab ritu.

Pastu baru teringat, aku baca artikel mana entah:

Kalau hambanya ingatkan Allah, Allah komfem-komfem akan ingat hamba-Nya.


Takpalah, kalau sedih mana pun aku sekarang, aku hanya nak ALLAH aja. Maybe, this is already fated for me. Takpa. Redha. Orang tak suka, takkan aku nak gesel-gesel.


Takpa. Esok dan hari seterusnya, aku mahu tamak dalam berdoa.. ^^.. Selepas membuat pengakuan, now aku rasa lega. What a relief. I'm gonna be much better for my self and people i do love. God bless.





P/S: total emotion break down. Be happy qib.


Wednesday, August 11, 2010

Ketumbit di bulan puasa.

Pemakaian tudung style ariani, menyebabkan muka tembam, mata sipit (tanda-tanda ketumbit)


Adoi. Sakit nyer mata. Mata sakit. Uwaa. Sakit. Oke. Setop. Aku mengada. Mata aku dah nak naik ketumbit. Sakit nye. Belah kanan. Aiyoo. Kenapa ni. Yannadey? Dah lah hari ni bulan puasa, hari kedua. Dugaan. He. Kalau esok bengkak sampai takleh bukak mata, aku tak pi kelas kot. MALU SHAYER.

Dari tadi lagi dok rasa sakit. He. Semayang pun sakit, macam darah pi tekan salur darah mata aku. He. Paham tak? Macam ko tengah sakit kaki sebab terkepit pintu, pastu tetiba orang pi pijak-lompat atas tempat sakit tu. Tapi aku punyer ni macam hiperbola sangat. Takdalah sakit sampai macam tu. Sakit sikit jer. But the pain is growing tau. Sekarang nak kenyit mata pun tak leh. Macam mana aku nak jalankan misi-cari-suami nanti? Susah hati betul.

Tadi baru tau, ada beloger nama Azwan Hensem buat entry nak soh aku jeles. Eleh. Takdenye nak jeles bagai. Aku kan kuat. Lagi hebat.Nuffnang tambah lagi dua BE (buffered earning) dalam belog beliau. Apa? Dua? Ye, ye, dua lagi! Aku ni dok dua sejak dulu lagi. Tak bertambah tak berkurang. Nuffnang, oh Nuffnang? Bila lah saya nak dapat BE lebih sikit. 5, ke 6 biji iklan lebih sikit daripada beliau ni.. Ternyata, taktik beliau nak wat aku jeles gagal, Failed! Huh! I'm shorry. Hehehe..


Oke. Sebenarnya aku jeles gila. T-T


Jeles sampai mata ketumbit dok denyut-denyut lagi. Hee. Takpa ah. Nak wat semayang hajat biar esok ke lusa ke tulat ke tuling ke, ada BE baru dalam belog pink ni.



P/S: Aku takut mata ketumbit. Muka comel jadi 'comel', nak gi kelas pun malu. Nasib esok last day. Cuti dua hari ni boley baik tak??

Tuesday, August 10, 2010

Menu poser you?



Salam. Seribu kemaafan sekiranya kepada semua Bloggers sekiranya sepanjang membaca belog pink ni korang berasa menyampah dengan kosa kata aku atau pun rasa nak marah jer tengok muka toya shayer. I'm Sorry.

Esok poser sebab tu aku mintak maaf. He. Sorry kawan beloger. Sebab hari ni, sehari aku tak belog walking. Bizi, kelas ada sampai tengah hari. Pastu aku tido lepas solat zuhur sampai lah pukul 6. Pastu semayang, gi makan dengan kawan-kawan. Bizi tak? Bizi tak? He. Macam tu lah. Pastu, pergi pulak surau kat maktab ni wat solat terawikh ngan budak perempuan muslim kelasmet aku. Alhamdulillah. Semua sihat. Takda yang uzur. Yang laki aku tak tahu lah datang semua ke tak. Takkan aku nak pi selak tirai kain kat surau tu nak intai sorang-sorang berapa orang yang mai semayang. Tapi insyaALLAH, semua lucky-laki datang.

So, sebab esok kan kiter semua pose. Jadi, kita kena sahur. Aku dah janji kot ngan diri aku sendirik nak cukupkan korum sahur 30 hari poser ni. Yelah dulu, kalau pilih sahur, shahir, shahrukhkan aku memang kompem-kompem akan pilih tidoq. Tapi tahun ni, NO No NO.! Aku kena bersahur gak.

Aku pilih menu roti atau kokokeranch jer pose kat sini. Mudah mudahan kenyang dan mampu isi perut montel sampai waktu berbuka.


Eh, sahur ngan Kokokeranch jer?


Apa ko ingat aku nak masak tomyam dalam bilik ostel nak wat bersahur?


He.. Oh. Dah pukul 12.23 am. Mo tido. Esok sahaja aku belogwalking ke belog kamu yer. (Matang tak aku tulis, umo dah 20 tahun kan.)


Terima kasih pada yang wish birthday saya. I Love u semua. Salam ramadhan



P/S: Apa menu sahur anda?

Happy birthday to meself




Hari ni, aku genap umur 20. Euw. Nak tulis 20 pun setil geli. Tapi. Alhamdulillah. Allah panjangkan umo aku lagi sampai waktu ni. Amin.

Suka umur menginjak. Rasa cepat jer. Walaupon diprank lombat diwished. Aku redho. He.Mekasih you semua. Aku nak doa jer (cheh, toya)


P/S: Doa kan benda baik-baik kat aku. Biar panas baran hilang ke apa ke. He. That's all. I am leaving. Chow

Sunday, August 8, 2010

Jejaka idaman ( entry panas)



Oke. Aku gave up. Aku pening giler. Tolong help me. Aku dari tadi tak jumpa bahan yang aku berkenan untuk esemen English Proficiency. Macam mana ni? Tolong. Oke. Aku tak tahu samada aku kena minum susu dutch lady seterobery atau pun makan beger daging dari cik hanis ayuni? (rupenya takda) Itu pun aku keliru! Pelish. Oke. aku nak tidoq dah pasni. Aku sambung esok jer cari bahan tuh. Da lah mata aku sebelah macam nak naik ketumbit.



Sebab seteres sangat, aku nak redakan perasaan kacau bilau aku ngan tengok muka jejaka hensem-memang-bukan-jodoh-aku yang aku rasa kalau masuk dalam mimpi kompem akan rasa nak nangis jer kalau terbangun.




Fes jejaka yang aku harap ngat masuk mimpi basah aku ialah Jensen Ackles. Ohmygoat-ohmygoat! Hensemnya. Comel nye mata dia, hidung dia. He. Suka giler watak mamat ni dalam supernatural ngan Jared. Giler. Walaupun dalam tuh dia memang play character giler seks, badboy, aku rela kot amek dia jadi pakwe. Toya tak? He, kadang-kadang aku terpikir gak, napa lah Jensen ni bukan Melayu, kan senang gak aku nak communicate ngan dia, pasal artis mesia ni sangat friendly. Mat salleh jangan harap. Berkali-kali aku antar kat wall FB deme pun, deme wat derk jer. Sadis tak?


Sumpah nebes tengok body kau.
Second nak jumpa Justin Bieber dalam mimpi aku. Oh. Comel molek budak 16 tahun ni. Aku dok layan lagu dia, rasa bagus lah. Lagu-lagu mat jiwang tapi takda lah perkataan kurang sopan.'Kiss' 'hug' tu biasalah. Takda benda tu, tak dipanggil lagu jiwang lak. Hee. Bagus lah budak ni. Memang dah lah comel, sopan santun, memang hormat orang tua la. Cheh, ayat macam aku dok sebelah rumah jer. Kan? Kan? He. Walaopon the world kutuk rambut dia yang macam penyapu tutop muke ker, sore dia macam pompuan tak baligh ke, aku tak kire, aku nak dia gak. Hee. Justin, walaopon jarak umo ko macam adik aku yang tingkatan tiga, cuma tua setahun jer, aku masih suke ko lagi.

Sumpah rasa nak nak jer jadi mude sesame


Ops, aku rasa cukup lah. Nanti otak aku sendiri kompius sapa dia nak pilih antara dua orang ni malam nanti. Key, chiow tapi napa belog aku macam sunyi jer hari ni?


p/s: Aku menunggu '2' hari lagi.. Toya lak countdown camni. -_-" (aku letak link Twitter, kalau nak add, meh la)

Gamat gagap!


Salam semua. Yeeha. Entry cepat (quick update) sebab hari ni baru aku tahu assignment-yang-aku-langsung-tak-buat tu sebenarnya kena antar hari kamis ni! Ohmygoat-ohmygoat! Macam mana? Hee. Nebes-nebes. Nak terkeluar anak kerongkong aku masa aku dapat tahu kena antar 12 ogos ni!

Oke. Relax, tarik nafas. Pejam mata. Tido. Weh.. Aku tipu. Oke. Adrenalin dah start naik. Aku kena post sesuatu beru aku leh wat keje. Nyesal nye dua hari cuti tak wat pape. Piat telinga sendiri -_-".

Oke.. Tawan-tawan wish me luck yer. Kena ada doa baru berjaya. Paling afdal usaha aku sendiri. Oke. Nak berusaha dah ni! Fighting! Champion!

Malam ni free baru aku pi belogwalking noh. I love you ( cheh, geli sendiri)



P/s: Pening lagi lah. Semalam dah minum sunquick. Napa tak jadi lagi-hilang loya, Uruchimaru?

Saturday, August 7, 2010

Lucky day ( Juara dan Big Apple)



Yes, Alhamdulillah. Aku happy banget hari ni. MasyaALLAH. Rasa nak terlompat-lompat pun ada. Thanks. Yes. Giler banyak esemen-tapi-langsung-tak-buat dan aku masih lagi nak wat gaya senyuman model ubat gigi Darlie pastu lepas kan ciuman daun tu. Shuke-shuke.

Oke. Hari ni, aku happy banget sebab aku aka Pinqib menang contest. Hee. Menang? What? Yes, menang! Aku menang. Jadi Johan. Johan memang cemerlang. Oke. Aku dah start wat muka toya. Aku menang contest Emo Face tu. Dapat tempat pertama yu.. Okelah tu. Aku dah bagi alamat umah kat tuan contest Lynn. Harap harap adiah tu sempat jenguk umah aku.

Pastu kan, yu all, aku dapat lagi benda best hari ni. Aku dapat satu donut big apple dari Fyka tuan belog pink. Walaupun satu jer, aku puas hati.

Hee. Mekasih awak. Macam awak tau jer hari ni, saya mengidam nak makan Big Apple..



Shedap. Oke. Nak sambung cari bahan untuk esemen. He. Sape yang terlioq, waima sebiji donut ni, silalah tahan diri anda. Jangan bertindak ganas dengan menjilat skrin laptop sendiri.


P/s: Thank u Allah. Alhamdulillah.

Blogginng = Radiasi


Salam di pagi sabtu. Oh my Goat. Suke nye bangun pagi ni, sebab pagi ni hujan. Tak lebat dan tak jugak slow. I missed the unique smell of the rain. Sebab tu aku kata best walaupun orang lain akan kata leceh kalau hujan sebab banyak aktiviti akan tergendala. Wah.

Dah dua hari aku biar telepon aku tak bertopup. Leceh la tepon. Aku suka lagi laptop. Probably sebab tepon aku cikai dan tak leh guna WIFI walaupun dengar lagu tiptop sebab tepon aku memang khas untuk walkman. W850i beb. Tepon antik. Mana ada orang guna dah sekarang. Aku penah jumpa due orang jer sama ngan aku. Hebat tak? Kan? Kan?

Oke, back to the point of straight line. Oke. Semalam, frankly aku nak mengaku kat sini, aku on laptop sampai pukul 2 lebih semalam dari pukul 12. Lama tak? Lama tak? Aku pun tak tahu napa aku berani sampai macam tuh. Well, sebab orang lain maybe akan bagi laptop dorang off jap before bukak balik, tapi aku, onnnnn jer. Memang lah laptop acer 4315 ni dah tahap leh bagi adik-adik bawah umur main, tapi laptop ni lah da bomb sekali bagi aku. Sanggup aku biar berpanas macam tuh. Pastu aku lak leh mengadap benda ni hampir sepenuh nya (dekat sangat ngan laptop).



And now, aku rasa kepala aku berdenyut. How come? Macam mana ni? I dont want to get c-----. Kawan-kawan, ko rasa sakit kepala aku ni pasal radiasi ke pasal tak cukup tido? Sebab malam hari jumaat tu aku tido dekat pukul 5, dan semalam lagi aku tido dekat pukul 3. So?



P/S: Pening la. Ase nak nangis pun ada. Weaaaeeaaa.. Awek cenggeng rindu sama mommy and daddy di Kelantan. And now, Kepala aku semakin sakit!

Friday, August 6, 2010

Magibon-makhluk comel mata besar


Aku tertarik nak berkongsi cerita tentang salah satu makhluk ciptaan Allah yang amatlah comel dari sudut pandangan mata aku. Walaupun beliau bukan seorang islam, tapi kita semua tahu, Allah is the Creator of everything. So, tak salah aku nak refer dia sebagai makhluk Allah. Kan, kan?

Aku terjumpa ni dalam Youtube. Masyallah. Comel betul minah ni. Mata bulat, kulit mulus. Aiyok. Cukup indah, but only satu jer, gigi Magibon ni bertaring. Tapi taring dia ni, tak dalah comel macam taring orang biasa. Pelik sikit, sebab muka dia lawa sangat dan of kos aku expected dia flawless dari atas sampai ke bawah. Pastu semua video Magibon ni, hanya tunjuk ekspresi. Kalau bercakap pun, hanya sepatah dua kata. Tu pun dalam bahasa Jepun. Magibon ni orang puteh. Dalam erti kata lain nye, mat salleh. Cakap inggeris fluent, cakap jepun pun fluent.

Cume yang tak best nyer, video-video Magibon ni selalu kena kutuk. Sebab Magibon tak suka cakap omputeh, Magibon suka cakap Japanese. Gaya minah ni pun Japanese. Tapi Magibon totap Magibon. Hee. Maintain jer. Overall jumlah views video Magibon is 78 Millions. Semua yang dok kutuk magibon rasa shial sebab Magibon punye Video banyak orang view, so kalau banyak orang view, manyak lah income Magibon ngan Youtube. Hehe..



Magibon pun turut dijemput ke Jepun sebab femes sangat sebab gaya-gaya anime mata-besor dia tu. Adoi, korang patut terai pi kat youtube, then type Magibon dan klik search.

Oke, layan lah gambar Magibon-makhluk-comel-umur-23-tapi-muka-macam-budak-11-tahun






P/s: Jangan ko cari posing lain, sebab ni jer keadaan Magibon dalam semua Video nyer. COMEL kan, kan? Geram nyer. Klik sini nak tengok video Magibon super comel!

Tips kekal cool



Oke. memandangkan esok hari jumaat dan boleh lah aku tido lewat sikit memandangkan esok tak ada kelas. So, bangun pun lewat sikit. Tapi takpe, sebab Allah bagi aku cuti lebih sikit hari ini. He. Da dua malam aku tido sorang. Kadang-kadang rasa best jer sebab aku leh switch off the lights whenever i want to. Tapi, kalau ada rumet,pun Ok gak. Takdalah sunyi ngat walopon aku ngan rumet aku tak banyak cakap. I mean, bilik sunyi but i know there is someone living with me together.


Oke. Semenjak aku rasa stress giler sampai aku rasa semua post entries aku berunsur gothic dan sampai aku terima anon yang komen kat aku nyer FS: tak tahu ler sebab dia tak letak nama, cakap dia menyampah samada ngan muka toya aku atau entry aku pun aku tak tahu. Tapi aku Ok Jer. Bak kata Pearl Apple-->

Senyumlah walaopon seisi dunia menyakiti atimu. Wah DaBOMB!



So, lepas dengan kemunculan tips menjadi comel, aku muncul pulak dengan tips menjadi cool. So, kalau kau rasa stress diejek, diumpat, di ceber, ikutilah langkah tips ni, kau pasti akan rasa lagi baik.



Sekiranya kau berbadan besar dan diejek (happens to me)

Dont worry sayangku sekalian. The world is with us. Kau anggap jer orang yang hensem-kurus-cantik-sangat yang dok ejek-ejek kau ni macam semut api tak pun kerengga yang kecik besar kecik besar je ko tengok. Sampai satu tahap ko rasa jer nak picit-picit 'semut' tu ko pikir lah macam ni:

"Geramnya ngan semut-semut ni, kang aku picit kang ALLAH marah!"

Simple. The best way is to keep silence and ko akan nampak cool automatically.


Sekiranya kau diejek kerana kau nampak terlalu 'hebat'

Memang adat dunia, orang tak suka kalau orang lain hebat dari orang lain. Biaser lah. So, kalau kau rasa kau ni asyik kena perli ker taim kat kelas, macam ko jawab soklan ciput senang tetiba seluruh, i mean 2/3 kelas cheer for u, then it's not normal right. So, bagi aku lah, kau balas balik tepukan tak-ikhlas tadi dengan senyuman tahap toya dan tepuklah sekali biar diorang cakap:

Aih X ni, takkan tak perasan kot orang dok kutuk dia.


Last sekali ( aku nantok)


Sekiranya kau tak tahan sangat dengan benda ni, dan being cool is not what u want

Then, it;s better for you just to mencarut, menjerit, create a blog dan terus menulis entry emos dan macam-macam lagi dengan kadar segera sebab kalau tak dirawat stress ni, boleh jadi giler tau tak.




P/S: Sekiranya stress lagi, selalulah bersujud pada NYA. He's the one, where we should go to. ( Font kali ni besar. Penegasan di situ -_-" )

Thursday, August 5, 2010

Aku lepok sekoq-sekoq, baru tau!

Oke. Fuh. Relax. Tarik nafas, keluar kan nafas. Oke. Done.
Currently listening to Muse, Unintended. Sodap, shahdu. Adohai terasa sebak tetiba -_- . Sebenarnya, aku dah start rasa down giler jer sejak dua menjak ni. Aku stressed. Yes, i'm feeling a little unease having people teasing me in class or whenever they see me. So,sebab rasa stress sangat aku kadang-kadang rasa nak hempok-hempok jer kepala diorang ngan apa-apa jer kat depan mata. Macam contoh, kalau, diorang dok ejek-ejek aku kat pusat sumber, maunyer aku amek kamus Oxford tebal tu, pi hempok atas kepala biar berfungsi sikit otak weng-weng depa yang suka dok ejek aku.

Aku kadang-kadang rasa nak jer mencarut tahap giler babeng kat depa. Tapi, sebab aku dah janji nak mencarut sekalipun, jangan depan diorang, aku tahankan ajer semua dalam hati.

Boleh depa dok ejek-ejek aku camni:

One hundred 20 pound .... (ala-ala nak welcome wrestler atas gelanggang gusti)
Berat qib mesti 82, tak pun 84 ye tak.
Qib, macam mana bissness Jusmate 5?

Bodoh! Kau tau tak bodoh. It's just so dumb ass stupid! Giler, if they know how much i hate it, i wont promise they would stop.

Harini pun boleh diorang dok ejek aku masa lecturer ngah mengaja. Bhai, why so immature? Ko dah masuk semester 2 tahun satu degree. Aku pun boleh jugak tahankan kalau sekali dua bhai-bhai sekalian ni nak ejek aku. Ni tiap-tiap hari apa kes? Dulu, maybe aku boleh terima, now, sikit-sikit ko tengoklah apa aku akan wat. Sekali lagi ko ejek aku, sumpah, suatu hari nanti pulak anak-anak beranak ko kena ejek sampai depa akan rasa benci kat bhai-bhai semua ni sambil dok cakap


Diorang dok ejek aku, time aku kat Yan sampai lah dah seminggu berlalu.


Napa lah ngong nye bapak aku ni dok ejek kawan dia dulu, sekarang aku pulak jadi mangsa ejek. Aku insap ---_---"



P/s: kawan tetap ada batasnya. Never say never. Whenever you knock me down, i will not stay on the ground!

Happy birthday, MOK nak!




Hari ni, 5 ogos, kembar bulan aku dalam kelas , Norhatiqah Che Hamid diprank. Dua orang sahabat kelas mai-mai bilik aku, disapunye muke moknak ngan bedak tracia. Em. Harum sekejap. Apa lagi terkejut beruk lah minah sorang tu. Pastu semua pakat bawak adiah, nyanyi lagi.

Gamat sekejap. Anyway, aku tak marah pun. Walopon kejadian bingit tu sedang berlangsung dalam bilik aku. Probably because, aku masih lagi dalam lingkungan umur 19 dan aku sedang celebrate perasaan riak dan takabur dalam hati aku dan boleh mencebik lagi kat moknak sebab dia da tua 5 hari dari aku.

Aku kena enjoy lima hari lagi before aku sendiri join the twenties club. Moknak dah jadi wanita. Aku masih gadis. Tinggal berapa kerat gi dalam kelas aku, gadis. Lain-lain dah boleh jadi mak orang.

OK. To Mok Nak.



Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday Dear Hatiqah
Happy Birthday to You.

From good friends and true,
From old friends and new,
May good luck go with you,
And happiness too.




Semoga ko berjaya DUNIA dan AKHIRAT. Aku sayang ko, sebab ko lah kawan dari kelate yang paling baik sekali dengan aku dalam kelas. Sebab ko takut ngan aku ( tu aku suke sekali), sebab kita punye favy same. Sebab kita pernah dok sebelah, sebab ko selalu datang bilik aku, sebab ko selalu tido ngan aku, sebab ko selalu balik kelate ngan aku. So, aku sayang ko.

Semoga jadi guru yang baik, anak yang soleh, hamba yang taat kepada NYA.
Jangan takut andai belum berpasangan, takutlah andai imanmu berkurang.

SAHABATKU, semoga, pertambahan umur yang seterusnya, dapat kita bersama lagi. INSYAALLAH.

I sayang u lebih la moknak.

Tuesday, August 3, 2010

Aku memang sedikit unlucky dalam bersahabat

Quick penutup hari ini. Oke. Aku sangat down sangat malam ni. Nak story sikit. Em. I always wonder why. Aku selalu unlucky dalam bersahabat. Well. I dont know, maybe aku yang salah. Yes. Sejak dulu lagi, i mean, bukan nak mengungkit apa, i was the one yang macam melebih-lebih. Ok. Aku suka memaksa sampai sanggup tau macam keluarkan rasuah. Macam. Contoh. Nak tengok movie. Ok:

A, jum tengok movie.

A pun jawablah:

Tak naklah.

Aku pun pujuk:

LOL, takpa. Aku belanja.

A:

Ok. Aku ikut.


Em. Entah lah. Kadang-kadang aku rasa sedih gak. Asyik kena guna teknik ni wat kawan do something together ngan aku.

Macam rasuah pulak. But. I dont know. Sampai, kadang-kadang aku naik bosan dengan benda ni. Teknik aku senang jer. Teman aku = aku belanja. Macam tu jer. Memang akan ada partner. So, it's so just dumb ass.


Aku mesti kena muhasabah diri sendiri. Jangan selalu macam ni. Diri aku sendiri yang merana.

Napa tak leh komen? OPs

Ops. My bad. Aku menggatal nak guna yang butang reply tu.


Alah. yang tiap kali kita nak balas komen kawan-kawan senang jer. Hem. Last-last memang tak leh komen. Thanks ler sape yang kasi tahu tau. Kat Formspring semua tu. Thanks arigatou. Sekarang aku dah buat balik macam biasa. Tak kuasa den.


P/S: Esok dah start kelas -_-" . See u tomorrow. OK

30 Hari Mencari Cinta

Oke. Dalam usaha memastikan aku sentiasa post entry waima pendek sekalipun, aku bercadang nak masuk Cabaran 30 Hari Mencari Kebenaran yang aku cedok dari belog Blogger Girl. Hee. Toya tak? Sejak keinginan nak pi layan movie tak dapat ditunaikan/dilunaskan aku rasa macam nak merajuk jer pastu rasa nak bukak laptop jer layan internet. Macam down ler. -_-"

Oke. Cabaran untuk hari pertama yer kawan-kawan.

DAY 1: Something you hate about yourself.


Pssst, this thing will go on for a month, please bear with me.

Hem.. Something i hate about meself?


ANGER:
Aku benci ngan perangai aku yang super baran. Oke. Aku sangat mudah marah yer tawan-tawan. Ni aku paling benci ngan diri aku. I think i should go for anger management session. Ko boleh bayang kan. Hari tu, kan, kan, aku keluar ngan 2 girlfriends aku, tapi sebab diorang lambat ngat bersiap, sampai aku rasa can aku nak tengok movie terbang, aku buleh tak bercakap sepatah pun ngan diorang then pastu boleh aku naik teksi sorang-sorang tinggal depa. Oh. Memang tahap adrenalin aku paras abnormal lah. Kira kalau tahap membunuh pun macam boleh jer. Hehe.


TUMMY:
Aku benci tummy aku. Yes. Sebab because of tummy la, aku makin montel. Agaga. Yes. Kawan-kawan ( boys especially) asyik dok main-main api jer ngan aku dok ejek-ejek aku macam aku ni wrestler WWE. Haip. Nasib aku takda kudrat ngan hati jer nak lepok-lepok kepale sekor-sekor. Kalau aku ni ada jenis sikit ke'tomboi'an tu dah lama kot aku bagi terajang. Ni, aku amek pen jer wat serangan attack. Cikit jer. Kalau nangis, aku tak tau ler. PONDAN LER.

FEET:
Kaki aku besar. Macam kaki barbarian. Aku ikot belah daddy. Semua dok beradik kaki besar. Bukan besar. Em. Macam mana ceq nak cakap yer. Oh, kaki cheq lebar. So, nak pakai heels memang tak merasa kot. Penah pakai. Tapi it looked so, ------ untuk aku yang comel ni. AGAGA..


Last but not least.
ADDICTION:
Kalau aku addict with something, i will get it. Tu kalau aku rasa macam tak boleh nak survive lah. Aku suka gila ngan aiskrim, tomyam, movies, lagu, tido, buku, internet, tv, makan and PINK.. rasa incomplete jer kalau tak der benda tu dalam seminggu aku idop.

Wahh.. Panjang ler. takpe. Kasi lengoh sikit urat mata korang baca. Aku nak pi siap pi pasar malam ni. Wat cari makanan bukak pose. Tak koser nak layan belog lame-lama. Daa.


P/S: Entry ni, tak dak gambar (entries dulu pun same). macam malas giler nak tunggu upload pic. ;(

Monday, August 2, 2010

Elaun dah hangus

Oke. seminggu genap tak post apa-apa. Yes. Rekod baru semenjak masuk semester 2. Aku memang pemalas. Biarlah. Letih kot. 3 hari lepas aku ikut program Pencinta alam sekitar. Entah, sejak bila aku jadi nature lover pun aku tak tahu. Mungkin sebab nak ponteng kelas, that's why.

Well, the trip was awesaucesome! Serious. 3 hari aku pi, makanan aku ditaja. Ha. Macam artis pulak la kawan-kawan. Aku dapat baju, dapat merchandise bag satu. Best woh. Rasa macam tak mo balik. Kang kalau tak balik, mahu degree aku hangus.

Sorry kawan-kawan. Lama tak gi melawat. Nak wat camna. Den ada sindrom baru. Sindrom tak leh tengok skrin laptop lelama. Maybe mata atau mental aku ada masalah. I dont know. But aku gagahkan diri jua melawat belog yang tah apa-apa ni.

Ye, elaun dah masuk. Sikit jer. Rm 1030 jer. Ciput ler. Rasa nebes jer pi cucuk kad semalam. Dan for the first time dalam hidup aku, aku bayar duit ASB aku sendiri which sebelum ini disupport oleh mummy and daddy ku. Alah, senang jer.Sapa nak soh aku bayarkan/ ajarkan meh sms aku yer di 019XXXXXXX.


Sebelum aku tutup cerita belog ni pada hari senin yang lagi mulia ni, nak kasi tau sikit. Kan hari tu, kan, aku  join masuk sensajer contest Emo. Aku masuk topten. Tapi aku nak mintak lah kengkawan tolong lah kasi support dengan meng'vote'kan diri aku yang super mengharap ni. Aigoo (ala-ala korea tak jadi macam Pearl Apple)  Sila ke link ini (emo kontes) untuk mengevote. Ingat tu. NOMBOR 10 tau!
.
Please yer. Sapa vote, ai sayang u lebih. Nanti kamek pi belog angpa yer. Daaa. Nak tengok Karate Kid baru beli semalam.


P/S: Cd pirate, tapi gambar manyak baguish wooo.

Entry Best!