Thursday, September 30, 2010

Kena tindih.


Haa. Sorry. Baru sekarang aku dapat tekan keyboard lama-lama. Auh. Rindu woo. Rasa macam terharu jer. Haa. Lepas je exhibition aku rasa macam tentiba dapat kepak sayap terus rasa nak terbang. Oh. Hehehe. Tapi,.. kegembiraanku akan berakhir esok pulak, dan malam ni pulek. Oh. Disebabkan esemen yang masih ada dalam genggaman. -__-"

Oh. Hari tu lagi sebenarnya nak cerita sal aku kena tindih. Hee. Scary jer. Tapi, sebab aku dah penah kena so, takdak lah takut sangat. Masa fes kena tindih takut. Lepas jer habis jer aku kena tindih, terus amek Al Quran letak tepi. Tapi, kali kedua ini releks jer. COOL gitu.

Aku kena tindih lepas terbangun pukul tiga. Aku tertidoq awal, so, bangun pukul 3 tu cadangnya nak semayang isak. So, releks gi, gi jamban sambil dalam pale otak dok pikiaq

Mampus lah akun kalau tentiba ada minah rambut panjang gosok gigi sensorang dalam toilet.

Lega. Takda.

Pastu balik, semayang, sambil dalam otak dok pikir nak semayang subuh...

Pastu, lepas pasti kunci, tutup pintu terus lompat atas katil.

Tentiba!

"Semayang subuh dulu...." Pompuan berbisik dekat telinga kanan aku. Terus aku rasa cramp. Aku sebut "Aaaallah" Susah giler. Sekali lagi, dengan penuh perasaan, aku jerit "Allah" pastu terus rasa ringan bhalik..


Pastu aku terus tidoq.ZZZZZZZZZZZZ

bersambung....

P.s blogwalking now.

Saturday, September 25, 2010

Nak cepat!

Sorry guys. I am really in hurry. Tak leh nak watpe. Dah nasib jadi pelajar. Kalau aku doktor, senang jer sambil tunggu patients leh gak jengok belog angpa. Key, esok kalau sempat, aku jengok. I will try okay. Oke. I really miss to write something. Kena tindih ngan pompuan yu all.. K, daaa

Thursday, September 23, 2010

Yahoo, esok raya!


Yoohu, esok raya. Den suko. Den suko. Tapi sebenarnya sedih. Manyak keje kena wat. Tapi at least i can have break from serious learning session. Thank God. Huh (sigh). I am currently listening to Auburn- Perfect two. Jangan salah anggap, aku masih dalam keadaan waras untuk tidak berlagak jiwang. Oke. before menutup kata untuk hari ni, Salam hari jumaat. Nikmatilah hari esok, sekiranya, kau masih mampu menikmatinya.

P/s: You are the straw to my berry - strawberry, um, yummy. Daa . =)


Sapa yang aku belom lawat tu, just wait for my arrival. have a grave day! Muahaha (gelak syetan)

Gua tahu itu siapa.



Bengong betoi. Boleh pulak aku tersalah pandang tarikh. Hahaha. Oke-oke, sebab hamzahian dengan sendiri nye mengomenkan diri kepada aku terus saun aku yang mata rabun ni bahawa kontes masih berjalan, aku nak join lah. Dah orang tag. Haruslah aku join kontes ni kan.

Oke berdasarkan pemerhatian mata rabun tahap sipit aku ni, tengok muka hamzahian yang cube bersopan santun, cakap pun macam slow jer, tangan pun, terletak baik punyer atas meja, haruslah aku rasa yang dok bercakap ngan dia tu, mesti orang tua.

Tapi kalau tengok sekali lagi, macam tengah ngorat aweks pun ada. So, macam mana eh.


Em, aku dengan tawaduk nye, menyatakan dengan teliti lah, bahawa si hamzahian ni tengah cakap sensorang sebab mengikut pengamatan aku, takdak bayang dekat badan dia, so dia tengah mengelamun kat makwe dia sharabunga.

Ye tak hamzahian. Yey. Aku rasa jawapan aku benar benar tepat!
yerlah yerlah aku tag, asyik kena saun jer ngan si hamzahian ni. Stress aa.. T-T

Aku nak tag,


Hah, jawab jangan tak jawab!!

Kurang asem!



Ha, mai cek nak habaq sikit. Hari ni, aku rasa nak marah sangat sambil rasa nak kentot kuat-kuat. Ah, aku tak kira. Hari ni, aku nak marah jugak. Tapi aku nak say sorry to Cik Shabah, sebab terlewat buat tag kamu. Alih-alih nak buat tertengok kat blog hamzahian, dah dateline. So, tak dapat den nak buat.


Oh, nak cerita ni. Aish, tak nak cerita kan, jadi dendam rindu pulak, so kena cerita gak. Tadi, dalam kelas, aku ni, orang dok kalut dengan bakal exhibition yang kitaorang akan wat next week. So, ada beberapa orang ni jalan-jalan lah, kat tempat sapa-sapa kelasmet macam tengok lah progress apa kami dah buat, so, masa dok intai intai orang sebelah aku ni, ada dua ekoq dok berhimpit-himpit dekat sebelah aku yang tengak duduk ni.

Aku yang tengah gunting something pun terasa lah bersentuhan bagai kat belakang aku, so, aku pun tunduk lagi. Pastu bersentuh lagi, tunduk lagi. Sampai lah aku rasa nak jer lesing kepala sekoq sekoq.

Der, kelas punyer besar, tempat aku juga ko nak berhimpit-himpit?


So, aku pun saun lah

Woi, tepilah, aku nak duduk ni

Depa jawab,
Alah, qib ngan kami pon nak berkira!

Aku pun sensajer nak gurau lar.

Ah, ko busuk, aku tak selesa.

Pastu salah sekoq dari depa pun menyampok

Ko lah busuk. Busuk sebab ada banyak lemak. Dah lah dok pakai sweater. Meruap jer bau.

Aku (dalam hati: Haktui, manusia! Pfftt %$^&*^^&*&^%$#!@#!!) Walo aku tau aku tak busuk. Mamat ni sajer nak bagi hiperbola melebih-lebih. Aku pakai deodoran bodoh!

Ah, suka ati kolah nak kutuk aku ker!!! Suka ati!! Aku tak kisah!! (sound volume tahap ke lima , sambil belah dari tempat duduk)

Semua senyap... (-_-)"



p/s: Bodoh ar. Aku tau ar, Kau lah manusia paling bodoh bangang atas muka ni, Tak reti jaga mulut langsung. Ei, kalau ko tu anak aku, dah lama aku lempang biar jadi bisu. Kan? Nasib gak dia bukan anak aku. Tapi ko patut berterima kasih lah sebab aku ni hati manyak baik. Aku kira aku dah layan budak kecik tak baligh gi. So, harap ko pi bersunat esok.


Hari ni nak stat blogwalking larh. I love u sayang. Muah. Gelis

Wednesday, September 22, 2010

Bila si adik gila facebook



I love u



Ehm.. Adik mad aku sekarang suker sangat ngat ngan fesbook ni. Aku pun tak paham apa jadahnya dia suka sangat ngan facebook. Tiap kali aku sound dia, dia stat ar wat muka toya sambil jelir-lidah macam tenggiling lapar semut.

Tiap kali tu lah, aku rasa nak lesing jer kepala dia tu. Adik aku tuh nak exam besar. PMR. Aku ni pulak kakak dia. Tiap kali aku mengajo dia wat latihan ker, aku on jer la laptop. Ngadap belog kate kan. Tapi tiap kali tu lah, dia akan cakap

Qib, sekejap adik mad nak guna laptop buleh?

Menmuler leh la aku cakap

Em, ameklah. Guna sekejap jer tau.

Pastu aku bagi jer, benda pertama dia bukak ialah menatang fesbuk tu. Dah lah dok main main mesej ngan budak pompuan mana entah. Inbox asyik ada mesej baru jer. Rasa macam nak marah jer lah sebab umur baru 15 dah gatal loklak.

Sekali lagi pastu dia mintak,

Qib, sekejap adik mad nak guna laptop buleh?

Aku bagi sedas,

Mad, ang tu nak exam. Watpa ang nak layan cewek-tak-genteng ni? Dah lah dok men ikot mesej fesbuk. Qib rasa gelis jer. Ker ang ni gila pompuan?

Haa. kan bes sedas dari aku. Sebenarnya dah banyak kali aku bagi, tapi mad ni macam kalis lut peluru apa entah. Stress lah. Aku harap sangat dia dapat A untuk metematik yang aku dok ajar sambil dok piat telinga.

Tiap kali bagi mesej pengharapan,

Mad, make mummy and daddy proud
.

Dia jawab dengan sengalnya,

Jangan risau, adik mad bawak 9As untuk depa. (cheh)

Mad, mad. Adik ni aku paling kuat gado. Sebab dia manjernye ngan daddy sama up ngan aku. Cheh. Ngan adik sendiri nak berebut kasih sayang. (-_-)". Ingat mad, buat semua latihan dalam buku yang ko beli se-tan tu.

Jangan beli jer banyak,
buat nyer idak



p/s Harap betoi la semua tu. Amin. Akak qib sentiasakan doa untuk mu adik ku. Ya Rabb dengarlah doa amba mu ni. 9A!!!




P/s: Malam ni, cheq tak leh pi belog walking. Esok kot. Sorry yer.Bizi

Lelaki hodoh perempuan cantik dan VV

Aku selalu gak perasan benda macam ni terjadi. Macam contoh, cikgu sekolah aku dulu. Fulamak, punyerlah ensem, last-last bini dia macam makcik dia sendiri. Kalau perempuan lak, ek eleh, lawa nye tak leh belah, muka pakwe juga macam orang pecah rumah.

Kurang asam betol kawan aku kat maktab ni. Hari tu, masa tengah turun tangga:

Dia tentibe tegor aku:

Qib, ang ni mesti satu hari nanti dapat pakwe ensem
.

Aku pun rasa nak up sikit cakap

Eh naper pulak?

Dia memang dengan kurang asam garam nyer boleh jawab

Sebab, kau tak....

Aku tersentap tentibe

Takper arr. Aku tahu arr aku ni hodoh. Tak yah lah nak jaga ati aku. Terus jer arr cakap aku hodoh
.

Dia pun rasa cam besalah jer

Takda qib. Betoi. Aku nampak benda ni everywhere. Kalau minah lawa, pakwe sengkek. Kalau mamat hensem, minah gemok..

Ohhh.. Sedih tapi nak wat camna, aku bukan nyer leh sumbat kapas dalam mulut die.

Aku jawab dengan sarcastic nyer.

Takper lah. Aku tunggu jodoh dari Allah jer.






Sebelum dia belah, dia cakap camni

Woh qib, ang bukan hodoh, ang tak sempurna jer.. Hehe.



Aku pun.

Kurang asam, pfft @#$%^&*!!



P/s: anda setuju??

Tuesday, September 21, 2010

Takut sampai ada nightmare



Wah, hari ni, boring yang amat kawan-kawan. Straight kelas sampai pukul lima. Lama tu lenglui. Lama, sampai boleh tido lena pukul 2.20 tadi pastu terkejut sampai dah bermimpi dah bila kawan-kawan kejut pi kelas pukul 2.30 (-_-"). Letih ya ampun. Aku ni tak tahu lah. Nak kata bizi tak juga, kerja banyak bukan takda, bertimbun, tapi macam rasa diri tu hebat sangat sebab tu sampai hari ni kerja tak pernah siap.

Em, hari ni gak lecturer macam syak aku tak wat esemen same-sama ngan partner. Aku bukan tak nak wat, tapi sebab partner aku dok jauh, pahang. Aku dok hujung sana, kelantan. Takkan nak berulang alik pi Kelantan ke Pahang. 11 Jam tu wei. Boleh paralyzed punggung dan kaki aku. 4 jam pun aku rasa macam nak cakap benda kurang asam jer kat drebar bas, ni kan pulak 11 jam.

Entah lah. Aku harap sangat partner aku dapat A untuk esemen ni. Kalau dia tak dapat, em, aku akan blame diri aku for the rest of the semester. Takpa lah kalau aku dapat A-, harap kawan aku tu dapat A. Hehehe.

Aku harap, sangat-sangat semua kerja siap, Aku ni bukan apa, jenis yang mudah dapat nightmare. Kalau terlalu pikir sangat mula lah mengigau nye, mimpi nyer, mengiau nyer. Ish-ish.

Selalu jer, kalau aku, tido, pastu kawan aku datang bilik gerak bangun, aku tak bangun. Pastu lepas aku sedar, aku pi marah kawan aku cakap


Napa ko tak gerak aku????? !@$%^&*

Sambil kasi pelempang

Woit, yang ko bukak mata sambil dok kelip-kelip, pastu menyambut jer aku panggil ko bukan dah sedar ke?


Tak ke ko rasa nak pfftt jer.

Bukan aku lah tu woi. Antuuu!!


Sekian

P/s: sebab letih sangat

Monday, September 20, 2010

Tahi itik? Mana tahi?



Tahi... Itik..
Tahi Itik sedap. Lembut. Ah. Aku suke, aku sayang, aku heart tahi itik!
Alah, taik yang bau gula, wana kunen emas, lembik lembik separa keras ngan rasa manis boleh wat orang tersenyum ceria jer. Bukan macam tahi yang lembik panas, busuk kaler hitam tu. (hah, macam mana boleh tercerita pasal tahi ni)

Wah, sedih pulak biler dapat tahu yang taik itik akan kena tukar nama sebab orang cakap kotoq lah, benda lah. Napa lah orang nak tukar nama. Aku selama ni dah makan tahi ni dekat doploh tahun. Oh, syorge tau. Sapa tak tahu tahi ni? Ko pi kelantan, jumpa makcik dekat pasar Siti Khadijah, pastu tanya,

Mak Cik, sini ado dok taik itik?

Kompem, wajib makcik jawab.

Ado. Mu nak wat make ko?


Haha, em, sejak dapat tahi tahu nama taik itik akan diubah, rasa macam sentap jer. Yelah, makanan bukan-ruji tu macam dah jadi nestum taim kecik-kecik. Tak ke pelik tentibe, nak mintak ngan mummy makan tahi itik:

Mummy, nak tahi itik!

Then, mummy pulak jawab:
Napa ngan ko ni? Makanan lain banyak gi. Napa najis binatang tu jugak ko nak baham?

Macam, mummy pun tak tahu lagi nama tahi itik. Lama, lama, tahi itik sendiri akan fade dari muka dunia. T-T (giler jauh imaginasi)

Ah, nak makan biskut rayer saki baki. Sentap sensorang. Nak letak nama baru apa eh tahi itik ni.


P/s: Duck poo?




Poyo sangat lu


Haiyo. Hari ni manyak benci. Aku sakit ati equal to menyampah. Ada sorang mamat ni korang, gua cakap lu, terlebih jual minyak. Macam kalah lar sultan brunei jual minyak. Memang kalau lu orang ade kat tempat gua, mesti cakap benda samer.

Aku wat lah presentation ari ni. Nak belajo jadi cekgu, haruslah kena bercakap. Pastu, dah lah power point aku buat ( besama sorang lagi minah identiti tet). Tetibe mamat ni pulak nak mentoyakan diri melebih-lebih dalam presentation. Kira macam nak tunjuk know-it-all lah!

Boleh bayang tak? Boleh? Dah ar masa type power point tu hujan kemain lebat woo turun. Shejuk. Kalau tido dalam selimut sambil dok gesel-gesel kaki kan best? Ni, aku dah lah makan pun cepat, semayang pun ala kadar jer sebab nak siap. Tak dapat nak zikir-zikir dulu. Cheh. Ni semua sebab power point yang tak dibuat dengan kerjasama dan keikhlasan yang tak cukop rasa.

Tentibe kan, dalam kelas, masa aku nak bercakap, boleh lak dia menyampuk bagai. Mamat, mamat. Kalau hebat sangat ko buat lar benda ni. Ni, cakap jer pandai, haprak pun takdak. Kalau ko pernah type ker, pernah hulur tangan ker tolong, boleh lar. Ni, ILLEK! Nah, aku dah lepas dah bahasa harian aku!



P/S: Beware, entah la, semakin hari semakin menyampah jer gua tengok lu! Macam HamzahIan lak bergua-gua lulu ni..... aku ni nampak jer jenis tak kisah, makan dalam loo.

Sunday, September 19, 2010

Konapun! Mainan Imaginasi

Masyaallah. Obses. Giler obses. Aku dari tadi dok layan youtube. Dok tengok video Konapun ni.Cantek lah. Konapun, ni macam permainan masak-masak. Tapi yang tak syok nya, benda ni tak leh makan. Eh. Korang dulu main masak-masak; benda yang korang main tu, korang makan tak?Heheh.

Konapun ni, ya Ampun. Kalau korang tengok, boleh rasa nak menangis, sebab rasa memang orang Jepun ni hebat sangat reka cipta benda yang nampak jer kecik, tapi fun yang kita dapat tu berlipat kali ganda tau.

Guna Konapun ni, semua benda-benda ni asal dalam bentuk powder yakni debu, pastu, korang kena tambah cecair (macam ayaq pun ada). Pastu ada uli, ada goreng, ada kacau, ada rebus, bak kata astro, semua ada, Tapi dalam bentuk miniature lah. Kecik-kecik. Kalau korang tengok akan asyik dok kata

Comel, ampun, comel, nak makan. Ah.. tak kira, tak leh makan pun nak makan gak!!

Aku dah tengok video Konapun ni, dekat semua la, ada yang masak spageti, masak ayam goreng, masak beger, wat eskrem, wat biskut, wat pizza, semua ada lah. Ya Allah, dengan sound effect minyak sizzling tu, dengan efek ayam goreng kembang kena celup minyak, fuuh, memang dabomm!Ni sneak peak pic dari video Konapun dari youtube!!


Ni waktu nak goreng tempura. Ohmygoat, berbunyi 'minyak' tu
!
Ni masa nak wat eskrem. Sedap pulak. Yang ni edible punyer. Bukan bawah Konapun la, Konapun look a like!
Ni masa nak wat fish roe tu. Alah yang teloq ikan letak atas nasi shushi tu!
Ni, aku tak tahu apa benda tapi dia letak atas sushi la..


Nah dua bijik video untuk dilihat sendiri atau, pi sendiri ke youtube!!











Kedah at last



Sampai Kedah pukul 4.11 a.m. What a relief! Stress giler dok dalam bas. Walopon bas baru, tapi sebab hidung jadi sakit pedih bau wangian freshner dia kuat sangat! Sakit sampai rasa nak terbersin darah. Walopon aku pasti, aku tidoq dengan lenanya dalam bas.



Kesian betul daddy and mummy semalam. Dari pukul 9.40 p.m. drive dari rumah pastu sampai pukul 10.30 p.m. Pastu kena tunggu pulak bas aku sampai pukul 12 am. Kesian lol. Aku niat jer nak soh mummy balik. Tak payah risau aku kat stesen ni sorang-sorang walopon berduyun manusia. Harap mummy and daddy paham aku ni memang dah boleh berdikari, tapi mulut aku sendiri terkunci. Nak terkucil pun ada. Tu baru part imagine aku tunggu bas sorang-sorang.

Belum tunggu sorang-sorang betoi-betoi.



Pastu sampai maktab terus kemas bilik. Nasib la rumet aku Si Kecik bukak pintu. Kalau tak mau nyer aku tido dalam jamban pukul 4 pagi! Kemas sampai pukul 5.30 am. Memang davomb la semangat nak kemas bilik. Most probably sebab tengok tempat tido sebelah kemas jer. Pastu tido yang rasa macam lima minit pun diberentikan. Sebab dah pukul 6.45 am. Subuh gajah lar.




Letih. Rasa macam nak sambung tidoq Zzzz

Saturday, September 18, 2010

Update | Tutorial Letak Button 'Like' di post entry

Tutorial ni di request oleh Messy, gadis pepel.

Ehem-ehem. Ni tutorial pertama dari aku. =)
Aku pun baru letak jer button ni. Macam best jer. Kan tengok orang dok 'Like' entry kita sambil baca entry (walopon aku tahu, tak da orang 'Like' pun entry aku T-T)

Pastu click get code.
~Pastu ke Dashboard > Design > Edit Html~Tick 'Expand widget' (pastikan yer)
~Pastu tekan Ctrl+F cari kod

<data:post.body/>


~Pastu just copy code bawah ni dan paste jer di bawah code pertama tadi


<iframe allowTransparency='true'
expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=l
ike&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden;
width:530px; height:60px'/>


~Biar jadi camni.


~Kalau nak tambah ayat merayu ker paksa orang like pun boleh.

~Cuma tambah kod <br> DIIKUTI AYAT ANDA : Cth |Kalau suka, boleh LIKE| sebelum kod <iframe

~Pastu tambah lagi kod </br> di akhir hujung kod. Tak paham. Tengok ni




~Kod baru setelah ditambah ayat ayat mengada:





~Save dan cube preview. Kalau ada probs, gitau yer!

Selamat mencuba

Thursday, September 16, 2010

Followers Pinked. I laveyu





Ops, kepada followers, em, aku lebih suka panggil kawan larh, aku nak tumpang tanya ni. Aku ni, memang lah suka sangat pi belog walking, namun disebabkan aku tak leh dah nak masuk Gengblogger lagi sebab aku pun tak tahu kenapa, aku harap sangat, sensape yang nak belog dia aku lawat, meh lah letak nama link korang kat sini sebab aku tak mampu nak follow yu all sebab line tenet kalah semut api naik batu, selow nyer. Aku tanye ni, sensapa yer. Kalau tak nak tape. Jangan nangis shudah.

Syarat nyer, korang haruslah yang jenis hapdate selalu, baru berbaloi aku nak pi lawat belog ang shemua. Cis lenggang kangkung ( aku pun slow giler kalau bab apdate)




P/S: Nak wat belog khas untuk rakan-rakan beloger. Meh join-join. Kita exchange link!!




Yey, dapat pakwe baru!

Salam. Selamat petang semua(sebenarnya dah malam).. -_-" Dah minum teh panas? Dah makan cekodok pisang panas? Dah buat semuanya yang orang bese buat pada waktu petang ni hah? Adoi. Bizi nye. Sebab dah mule terpikir nak buat esemen masuk jer maktab hari ahad ni. Kalau ada masa, pulak, hujung minggu depan, akan balik kelantan lagi nak tolong adik, mummy mintak hulur budi sikit.


Kih-kih. Soryy la kawan-kawan. Yer. Sebab baru dapat pakwe baru. Pastu masih rasa malu-malu kucing siam sebab tu tak leh jadi kick lagi. Nak pegang-pegang pun control-control lagi depan daddy and mummy. Nama pakwe baru aku cam best jer; Mat Acer bin Aspire. Nama saje, mak aih, macam Mat Salleh, tapi, hitam kaler nye kalah buntut sup bunjut kuali!


Haha. Okei-okei. Aku perkenalkan pakwer aku. Pakwe dimana hubungan kitorang baru berjalan selama satu hari. Harap-harap kekal sampai lima tahun lagi. Thanks to mummy and daddy yang perkenalkan mat acer ni. Memang parents paling da bomb dalam dunia ni. Hehe. Aku tak keluarkan sesen pun duit yer tuan-tuan dan puan-puan.



http://www.waybeta.com/uploads/img/20100630/1021/2010063010542168.jpg

Laptop Minah Acer kaler pink cover tu, aku sedekahkan kat bro aku bawah aku. Harap-harap orang tak label dia pondan pulak kalau dok kilik laptop kaler pink tu. Hik-Hik. T-T

Okelah. Aku nak siap-siap pi mandi. Kawan-kawan, nanti malam ker, aku lawat lah ampa..yer. Mucuk-mucuk. Jangan nangis. Lariks!


P/S: I wished it was pink in color. I did! Nantilah, bodek-bodek mummy sikit masa gi kalau dah buruk Mat Acer ni, boleh lah amek Minah Pink pulek. (ceh banyak duit ko)



In love,


Wednesday, September 15, 2010

Aku Raba Fatin?

Kalau kurang makan sayur, tekan atas gambar untuk clear view

Hah? Aku meraba lagi? What? Tak sangka lak. Dulu, memang agak hit citer aku meraba dan diraba. Oh my goat. Apa dia ingat aku ni suka kepada peraba? Meraba dan juga diraba? Aha. Repetition melampau disitu.

Haa. Sajer jer. Aku bukak nuffnang aku yang naik ciput-ciput macam gas nak habis tapi tak habis-habis. Tetiba tengok lah keyword minggu ni. Semua nak lucah. Adoi. Nasib lah bulan poser dah habis, kalau tak, tak koser aku nak layan semua ni.

Yang paling pelik bin ajaib nyer, dia punyer paswod tetiba tertulis

raba fatin

Oh. Rasa nak ternangis syahdu. Aku tak tahu fatin mana. Fatin kawan aku ker, fatin liyana blogger ke, fatin atiqah budak sekolah aku. Oh, i dont know. Haha.

Pastu kan, pastu kan. Hari ni, rasa nak nangis shahdu lagi sebab teringatkan nak balik maktab dalam 4 hari lagi. Wuwuwu.. T-T, hilanglah my beauty sleep pasni, sebab hari-hari kat maktab kena tido lewat bangun awal. Tua awal lah aku. Pastu jadi andartu, pastu dok sorang-sorang sebab takda orang nak.


P/S: Nak lari masuk bilik nangis macam pondan.




Benci betul orang macam ni




Tadi.. EH. Assalamualaikum.
Haa. Sorry.. Yer. Lama tak berapdate. Hari ni nak start daily update lah. Weh. Nak tanya, gengblogger tu jadi ke tak? Aku masuk asyik malware detection jer. Jadi takut nak masuk. Takut kena infect.

Oke. Pagi ni, masa jalan-jalan tengok belog, mostly yang aku ada follow, tetiba tertengok lah, satu belog ni. Ohmegi betul. Boleh dia ugut orang untuk follow dia. Weh., shishoma? Weya? Why ? Why?

Sebab nya, ada orang tanya tutorial, pastu amek tutorial pastu tak komen and follow. Pastu terus nak marah, nak keji-keji orang. Pastu, eh banyak sangat pastu.. -_-" Weh, blogger otai pun tak macam ni. Orang amek tips triks ker takda lah nak meroyan. Berangin jer aku baca. Nak komen pun macam tak nak lah jadi hot tetiba. Aku baca terus aku belah. Oh, selama ni, kalau aku komen ker apa, tak dak lah nak komen balik. Tetiba nak meroyan. Ops. Aku tak dah la sangap nak sangat komen dia. Tapi ingatlah, give and take. Dah ko tak nak give, jangan lah harap orang akan give jugak kat ko.


Em.. Betul kan betulkan? Ish-ish.

Sebab tu kot, aku takdaq ramai followers. Sebab aku tak guna tektik ugut orang untuk follow!
Oke, semua yang baca ni, kalau tak follow gi, cepat follow!!!! Ni serius!! Jangan lempang aku! Lariks!~

Saturday, September 11, 2010

Raya tak macam raya


Haa. Rindu aku tak? Rindu tak? Aku hilang selama seminggu. Sombong kan? Biasalah. Dengan laptop dengan virus beribu, dengan bil tak bayar tiga bulan. Wah. Memang perfect nak buat orang rindu. Aku memang la. Haahaha. Sebab nak tambah ram, terus cakap kat daddy, laptop lambart bagai. Terus sekali daddy up to 4g RAM. Power tak?

Hahaha.. So, aku rasa tak terlewat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya, to all my friends, belogers, kawan sependapatan dalam arena blogers dan semua la. Maih lah umak nenek aku dekat kelantan ni kalau nak feel beraye true kampung punyer. Dekat rumah aku tak best. Rumah aku campoq-campoq papan and batu. Nenek aku, semua papan. Hahaha. Tu baru feeling baik punyer.

Okelah, Disini, aku nak pohon selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
walau tak pernah bersua, harap yang terasa apa,
dimaafkan semua (wah, terel betul aku punyer pantun)


P/S: Sorry tak dapat belog walking. Memang bizi melampau. Esok-esok yer. Salam..


Maaf,

Sunday, September 5, 2010

Letter for adik

doodles Pictures, Images and Photos

Tadi baru ajar adik matematik. Adik cepat belajar. Cepat jugak wat salah. Orang cakap, terburu-buru. Aku naik menyampah. Aku piat telinga dia. Sekali, dia tahan. Dua kali pun dia relakan. Tapi kali ketiga dia setart mengelak. Aku libas dia ngan towel aku pegang nak pi mandi. Tu dia tak terlepas. Aku naik risau. Adik aku nak PMR tahun ni. Orang kata batch akhir PMR, sebab PMR dah nak lupus.


Adik, oh adik. Napa lah aku ni kakak mu pulak yang nebes. Adik ko kena buat daddy happy. Buat Mummy gelak sakan masa amek resalt PMR ang. Jangan daddy tersenyum kelat, mamy terkedu sekejap. Nak harapkan Amar, dia tu baru 14 tahun. Pmr pun dah tak daq time dia. Asyik dok pi berjalan ngan moto daddy. Akak nak cakap lebih-lebih takut ang stress. Ang tak leh wat exam pulak.


Oke adik. Malam ni, kita pulun matematik. Lepas tu sejarah. Lepas tu geo, lepas tu sains. Lepas semua tu, baru leh kita releks sakan. I lobe u adik. Kalau kau tak dapat A matematik, SIAP!!! Akak yu ni ajar matematik, mamy yu ajar matematik, yu pi tusyen english. Apa lagi yu!??


P/S: pic takda kena mengena..


Loving u,

Saturday, September 4, 2010

Header baru Vs Lama

>Haa. Semalam sesajer. Free sangat lah, walopon esemen baru type 5 muka surat. Ha. Aku wat kepala header baru..

Konon, lepas wat header baru, tengok muka sendiri kat header, terus semalam takut nak tido dalam gelap, sebab muka ada iras-iras ju-on. Pastu, pasang lampu gune henfon, macam table lamp. Sedar-sedar pagi, nak tengok jam, bateri dah takda. Boleh bayang lah, semalam suntuk guna lampu. -_-"

Serios, buat pertama kalinya dalam hidup aku, i was scared of dark. Macam tak logik. Sebab dulu nak tido kompem kena tutop lampu. Tapi lepas tengok header baru terus takut nak tido, sebab rasa ada orang tengok walaopon sebenarnya, ianya hanyalah tuala yang tergantung dekat
tingkap!!! Gila pondan kan aku?

Pendek kata sebelum aku pi masak kat dapoq nuh, (cop hari ni menu: nasi-goreng-sedap-terlampau) meh cepat wat undi, dalam banyak-banyak header saya, mana yang paling sedap dilihat?


Photobucket

Header ni, macam nak tunjuk riang ria seorang dewasa yang tak cukup matang. Barbie pun aku bedal kan? Kan?

Photobucket

Ni pulak macam malu sikit sebab kat tangan tunjuk pegang henpon-murah-sangat-malu nak dilihat. Sebab tu cepat-cepat tukar.

Photobucket
Ni macam muka Ju-ong. Mata tu, ripit jer. Haish. Bila lar nak besaq mata cheq ni. Sebab tu asyik nak tidoq jer.

P/s: Oke, aku tahu semua header aku hodoh.. Wuwuwuwu.. Sekurang-kurangnya, jaga lah hati aku. Bulan pose ni kan..

Friday, September 3, 2010

Daddy?

Suatu malam, orang dok ekspect malam tujoh likur...


Ada sorang anak dara pemalas, dok baca novel tebal karya norhayati anak ibrahim. Sambil dok diperati oleh bapak nya dari belakang...




Lepas tu, tanpa disangka.....



Tak kusangka daddy ku cakap macam tu. Ingat nak hamun apa dah tadi. Hahahaha...



Thursday, September 2, 2010

I do believe in hantuuuuuuuuuuuuu

Orang kata, satu budak, hilang kepercayaan kat fairy, sekor fairy mati. Aku percaya. Boleh tak? So, orang lain harus percaya. Sebab benda ghaib camni, of kos, memang ada, dalam dunia. Tinggal pernah tengok atau tak.

Kalau, aku tanya, ko percaya antu? Ko mesti cakap ko percaya. Tapi pernah nampak tak? Mesti ko sipu-sipu malu pastu terus wat cerita konon-konon ko pernah nampak antu yang ala-ala gigi taring macam drakula tu.

Ah. Semua bo'ong. Aku sendiri pernah nampak antu tak pernah nak havoc-havoc. Aku siap tegor lagi walopon memang dah keluar cerita "JANGAN TEGOQ". Aku tak kisah, sebab antu tu memang tak macam antu pun. Antu macam orang biasa. Aku panggil nama dia, sebab dia muka macam kawan aku..


Anu!

Dia wat derk.

Anu! Weiya, shishoma niyaoushema..

Dia jeling tenung. Aku dah start naik andrenalin nak kasi penampo lipan.

Anu,suka ati ko jer nak wat bodoh yer. Takpe-takpe. Ada ubi ada bas, ada hari aku lepas.

Pastu, aku balik bilik, upenya kawan aku si anu tengah tido terbongkang? So? Do u believe in antu now?

Aku percaya, Tapi, aku masih, nak tunggu kemunculan antu yang menakutkan lagi. Tapi masa tengah godek-godek internet, aku terjumpa video ikan duyung. So, aku sekarang percaya ikan duyung pulek. Adoi. Memang aku ni doif. Sekali orang tipu, memang bulat-bulat aku percaya.


Tengok perhati slow-slow, ko akan nampak ekor ikan duyung warna hijau mengibas atas ayaq.






P/S: Sorry guys. Aku selalu janji kosong. Seriyes. Today is the last day for school and i am feeling great. Aku janji aku jalan-jalan la belog korang. To my seven new friends. Welcome to this pink belog. Nanti aku usha belog korang yer. Haaaa.. Ni betoi. Bukan tipu sunat dah..


Chop, do u believe in gos?


Muahahahah,

Entry Best!