Sunday, October 31, 2010

Header baru untuk PinQib


Kih kih, sejak dua menjak ni, asyik aku buat header untuk orang jer. Kali ni merasa buat untuk diri sendiri. Biarlah, aku buat aku punyer biasa jer. Kat kawan, aku kasi sepesel. Kih kih. OH, ada seorang kawan baru yer tuan tuan dan puan puan, beliau ni menanyakan kepada aku,

Gimana gue mengedit pic, gunakan software apaan?
Oke, aku menjawab jujur.

Two main softwares aku guner ialah Photoscape and Adobe CS. But currently, aku lebih soka guna Adobe. Senang jer. Korang boleh tengok tutorials on How Using Adobe photoshop dalam youtube banyak. Tapi kalau korang rasa susah sangat nak edit gune adobe, korang guner lah Photoscape.

Tapi aku paham, korang mesti tak nakkan background gambar korang termasuk sekali dalam header, so korang amek inisiatif dan cut gune paint. Oke, aku paham sebab aku penah juga buat camtu.

Tapi dengan adanya adobe, korang bule buang background dengan senang. So.....



.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.




Beli lah software adobe sekarang. Any adobe will do. Hehe, adakah jawaban saya menjawab soalan??



Saturday, October 30, 2010

Yuhu!

Kelate mene. Thanks ALLAH. Alhamdulillah.

Kelante Ke Nogori?



Bola pink ni dimainkan oleh perlawanan antara mexico dengan sapa entah, rasanye tahun lepas.


Tsk. Mintak mintak lar kelantan menang. Ada 15 minit lagi sebelom lawan. Ya ALLAH, bagilah kelantan menang. Dulu nogori menang. Sekarang kelate la. Baru adil kan. Hehe. . Aku tak tengok pun match. Hanya tunggu result akhir jer.



Korang sokong sapa?

A. Kelantan
B. Negeri Sembilan





Nervous,

Lawak tengahari Sabtu





Demam la kawan kawan. Selesema plus batuk kuat giler. Sampai kadang kadang rasa nak jer balik kampung sebab rasa sakit ni tahap serius giler dah. Tsk. Apa nak jadi lah. Hehe. PAGI ni dah la bangun lewat. Tak terupdate pulak. Kali ni, nak bagi tiga lawaks sekaligus. Oke tak. Cheh, aku cakap macam Zoey dalam Gerak geri gasing. (--_--")

Nah baca ni


Lawak satu:

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Lawak due:

Seorang lelaki terlihat papan tanda di dalam sebuah restaurant makanan segera yang bertulis "SARAPAN PAGI ISTIMEWA", dan lelaki tersebut tertarik dan memasuki restaurant tersebut.

Pelayan membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dia pesan. Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut "Apa SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini? "Lidah ayam bakar", pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga!
"Lidah ayam bakar??
Lelaki itu terkejut seraya berkata ! Tidakkah kamu tahu bahawa makanan itu sangat menjijikkan?
Saya tidak akan sesekali makan apapun yang keluar dari mulut seekor ayam!" kata lelaki tersebut dengan nada sombong.
Kemudian pelayan tersebut bertanya "Kalau begitu encik mahu sarapan apa? Lelaki itu menjawap "Bawakan saya telur rebus!" jawab lelaki tersebut. "Itukan dari datang 'bontot" ayam?? " jawab pelayan tersebut dengan selamba.


Hehehe. Happy reading. if you find these funny, please leave me comment!


p/s: Okey jum belogwalking. Thanks sapa drop komen tu. Love muchas gracias ^^

Friday, October 29, 2010

Cara nak senyapkan orang berdengkur





Hehe.. Ni tutorial tak rasmi. If yu happen to have a rumate, (lelaki) yang kuat berdengkur, ni tutorial cara nak stop dengkuran yang kadang kadang boleh bagi panda eye kat mate korang. Bace:

Ada seorang pelancong singgah di sebuah pekan kecil dalam keadaan kepenatan. Beliau berhenti di sebuah hotel untuk menginap semalaman. Tetapi hotel itu sudah penuh ...

Pelancong: Encik..saya tidak kesah tidur di mana..asalkan ada katil..tolong carikan untuk saya... "..rayu pelancong itu kepada pengurus hotel tersebut..

Pengurus Hotel:Kalau encik tidak kesah boleh berkongsi bilik dengan seorang penginap... dia dan kamu boleh bahagi dua bill hotel ini nanti..

Pelancong: Phh..bagus..saya setuju

Pengurus Hotel: Tetapi ada satu masalah sedikit dengan penginap tersebut..beliau amat kuat berdengkur apabila tidur... kadangkala menggangu penginap di bilik sebelah..Adakah encik tidak kesah?

Pelancong: Tidak mengapa...

Keesokkan harinya pelancong itu turun ke loby hotel dengan wajah yang segar dan ceria..Pengurus hotel itu melihat pelancong tersebt lalu berkata...

Pengurus Hotel:Lena tidur malam tadi encik?

Pelancong:Sangat lena..terima kasih..

Pengurus Hotel: Encik tiada masalah dengan penginap yang berdengkur kuat itu ke?

Pelancong:Tidak lansung..saya telah mendiamkan dia...

Pengurus Hotel: Bagaimana encik melakukannya?

Pelancong: Sedang dia tidur sambil berdengkur kuat... saya datang kepadanya dan mencium pipinya lalu saya kata kepadanya "Selamat Malam... sayang"... lepas tu dia terus bangun dan berjaga sepanjang malam...


Love,

Header untuk Mariatul Nadiah




Ni header yang diminta oleh Mariatul. Aku bagi tiga sebab aku tak tahu mana dia nak. Dia pm (private message) aku pun sekali jer. So, hope, this can be accepted lar. Oke, time to rest. Sapa yang aku belom visit belog, sila angkat tangan.(--_--")

Study study qib! Apa nak jadi la ngan ko ni. 4.0 pointer tahun ni tau. Cheh. K. have
a nice day. So, what do you think of these headers?


1.



2.



3.

Lawak pagi Jumaat





Sekarang pukul 2.35. Aku habis study-main pukul 1. Isk. banyak giler blog tak habis visit.
Hehe.
Nah senang citer, lawak spastik tak menjadi. Kihkih.

P/s: I am so happy, viewer aku sekarang tiap hari dah lebih 100. Sikit jer. but i am happy. Happy reading!


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : 'saya adalah yang paling malas'

Raja pun bertanya : 'apa tahap malas awak?'

Lalu jawab lelaki tersebut :'kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya'.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : 'Saya lebih malas lagi dari dia tuanku'.

Tuanku pun bertanya kepadanya : 'sampai mana pulak tahap malas awak?'

maka jawabnya : 'Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan'.

Maka raja pun terdiam... ..

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata: 'saya adalah yang paling malas tuanku'.

Raja pun bertanya: 'bagaimana pula tahap kemalasan awak?' budak itu pun menjawab : 'Nak cite pun malas'...

So apalagi, pergi wat keje. Malas jer! please leave me comment if you find this funny!

Thursday, October 28, 2010

Makcik yang ingin dirogol

Ni aku baca memang lawak kasi pecah perot punyer.. Nah.. Sapa nak baca. Yey, kelas dah abis. Abis awal pulek. Tinggal 5 hari lagi nak exam. Aku banyak lagi tak baca. Taper, malam ni, aku kasi stay up sikit. Sebab malam malam takda ternet. Kalau ada ternet aku tak leh studi.


Ni kisah lawak nyer. Komen ko rasa lawak ke tak.

Alahai Mak Cik... ... ... Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer. . Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la.. Malam tu.. Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung.. Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi.. Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi... . Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu.. Kali keduanya pun kantoi..nak ngendap nie.. Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning.. " Kalau makcik ngendap saya sekali lagi... saya rogol makcik!!!" Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...

" JANJI TAU..!!"..
Tsk.. Makcik makcik (--_--")

Wakakakak..

Sorry


Aku sekarang Bizi. Ada kelas sampai pukul 1. Later i blogwalking. Daa. Thanks yang baru follow, yang baru singgah. Aku kompem lawat balik. Thanks, muchas gracias. Aku lom sempat approve komen. To Alinac, sorry gak. Hehe.

Ni yang baru saya baik pulih, anything just PM me. thanks


Memang pelangi agak lari. Tsk. Nyesal tak simpan dalam bentuk potosop. Tape, tak puas ati, saya wat baru hari ni.

Wednesday, October 27, 2010

Babi halal?




Sekarang, ni ramai tak tahu mana haram mana halal. Kira pakat bedal jer. Sila lihat situasi di bawah:

Kawan A - Wei, apa yang kau makan tu?
Kawan B - Kuetiaw sup
Kawan A - Sedap ke?
Kawan B - Sedap la
Kawan A - Halal?
Kawan B - (merenung kawan A dengan muka konpius)
Kawan A - aku tanya halal ke tak?
Kawan B - kau minum beer tu halal ke tak?
Kawan A - tak halal...
Kawan B - habis, ni kan kedai Cina bukan muslim lak tu, dah tentu le tak halal...
Kawan A - Kau makan babi?
Kawan B - (diam dan teruskan makan)
Kawan A - woi, babi tu haram, tak boleh makan! (dgn suara yg kuat)
Kawan B - (agak bengang dengan kata2 kawan A) habis, kau minum air tu tak haram?
(sambil tunjuk pada air cap sauh)
Kawan A - ni memang haram tapi tak najis... yang kau makan tu najis mughollazah,kena samak tu bai! gila kau takkan nak minum air tanah... kau tak belajar agama ke?
Kawan B - (dah bengang)

Apabila kahwin dengan Programmer



Malas nak tulis entry, aku letak citer lawak jer


Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa... .. Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found...

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied...

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters...

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It's by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use ... Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. "

Tuesday, October 26, 2010

Header percuma

Aku cadang nak wat amal. Aku rasa nak test skill wat header transparent secara percuma kawan kawan.

But i will only pick three first pengemel ke alamat emel ku.

Nyatakan ciri ciri header, kalau nak letak pic pun boley. Cakap yer, kaler apa, anything. Tapi jangan lah melampau pulak, sebab aku baru belajar.

Kira korang ni macam lab mice aku lar. Oke. Ingat! First three person!

mailto: qiblancelot@gmail.com

Yang dah pro tak payah mintak!

Happy Birthday Evanna


Hari ni hari jadi evanna, aku tak sempat pun nak wish, gara gara lambat bangun, and hari ni langsung tak da chance lagi jumpa dia. Pelik betoi, sebab aras sama jer, bilik pun selang selang jer. Rugi tido awal semalam sebab depa kata BIRTHDAY budak ni ada kek. Tsk.

Anyway, camat ri jadi, may God bless you, panjang umor and murah rezki. Semoga bersama gak dengan 'orang' itu.

Sorry lambat wish, i hope aku sempat sebelom tengah malam ni. aiyaiyai

5 Buffered Earning Campaigns! I am so excited!



Klik pic untuk clear view



Wahaha (oke, aku boleh gelak dalam bentuk tulisan jer (-_-") dan notice tajuk panjang tak leh belah, toya jer.
Aku check check Nuffnang terus tertengok, lima BE sedang beratur dalam queue. ohemji, sayang sungguh Nuffnang dekat saya.

Bukan tak pernah dapat banyak camni (ceh), paling banyak pun empat jer. But five? Tsk, tsk. Rasa tentibe malas study jer. Haha. Rasa nak tergolek golek T-T pastu tido dalam angan angan. Heaven!

Thanks Nuffnang, you made my day. XOXO

Alhamdulillah

SICK



Aku sakit. Barely giving out voice when speaking T-T

Monday, October 25, 2010

Mall World

Ni kedai aku sebelum dimasukkan wallpaper. Euw
.

Entry terdahulu pun asik dok citer sal game dalam facebook. Sekarang pun akan cerita sebab aku dah discovered satu game lain. This one is more suitable to girly people. Heheh. Tajuk nye, Mall World.. Taraaaaa..
Game penuh bersifat kewanitaan, ciri ciri yang nak jadi bisneswoman, macam akak Ardinihumaira.
Wah, baru jer main terus jatuh cinta. Boleh tak?



This is where you customized your own avatar. Ko nak pakaikan baju apa, kaler rambut apa dan sebagainya lah. Aku, always the blonde girl. Tehee.


Basically, this game is all about managing ur own boutique where kau kena handle every single thing dari order baju, pakaikan customer baju, susun baju, kasut (etc) atas rak, decorate ko punyer boutique dan etc.



Sini pulak macam ko order baju untuk stock balik boutique ko. Macam designer clothes lah. Hehe. Tengok nama designer tu, nasib bukan Stephanie Meyer. wakaka.



Ni jangka masa penghantaran sebelum sampai boutique aku. Canggih kan? Lepas eksport tru plane, terus naik van pulak.

Manyak tak kejer kena wat. that's why fun dan memeritkan dan ko akan belajar cara bukak kedai macam Linda Onn tu. (eh tentibe)



Ni kedai aku setelah sedikit penambahbaikan. You can see the shoes on the shelf, and the COFFIN too! Kan nak halloween! Muahaha. Cantik tak? Semua PINK!


P.s; Yu could try and play this whole bunch of useless game if yu want to! Like me!





Cafe life


Wah, sekarang aku makin giler. Giler dengan game. Em, tak tahu nak klasifikasi kan sebagai game budak budak ker, game orang tua. Sebab mostly orang tua main, tapi nampak macam seswai ngan budak budak. Ah persetan kan, aku masih budak budak. Nak cakap tak baligh, tipuu pulak. Anggap jer lah, budak budak yang matang.




Ni keadaan kedai aku. Sekangkang padi lagi. Duit pun, tak masyuk gi. Pelan pelan..


Oke, game ni, pasal kite bukak kedai macam cafe (walhal da memang tajuk CAFE kan). Aku main pun dua tiga hari lepas. Lepas bosan. Sebab da tade citer best nak nengok. Duit pun tade nak beli makanan. (-_-"). Tengok makanan sendiri dalam cafe, tetibe jer wat diri rasa kenyang.

Baiklah, tuan tuan, game ni, kat kafe ni, kite sebagai owner akan ada seorang employee, masa nak naik level 6 baru leh ko tambah sorang lagi. kite kena hidang some desserts together with the drinks. Banyak jenis desserts ni. Ada cupcake lemom, cupcake cherry macam macam lah nak habaq.

Ni menu makanan. Semua ada, ni yang dah aku unlocked, yang belum unlocked banyak gi..


Ni menu, aisk. aku teringin nak buat yang perisa jellybean rainbow tu, mahal siot, pastu kena tunggu lama pulak tuh.

Pastu kalau drinks ada cappucino, ada EKSPRESSO, ada macam macam jugak. Nasib lah tak leh makan, kalau tak dah lama aku bagitahu korang semua macam mana rasanya.

Ni menu drinks. Perasan tak mocha tu macam kite minum masa kat pizza hut. Eh.



Ayaq pun macam teringin nak jual yang Zombie punch. Haha. Macam la aku boleh terai rase. kan kan? (-_-")

Aih.. tak sabarnyer, nak tunggu duet cafe ni naik mencanak canak, leh aku expand, pastu wat semua kaler PINK. Meja nak pink, wallpaper nak pink, kek pun nak pink. Oh, heavennn! Melampau betoi imaginasi aku kan?





Sekarang tak mampu lagi. wallpaper pun cume kaler oren ada labu antu. Kena lah, sebab halloween kan da dekat.
Sapa sapa nak join aku, jum ke Cafe Life sekarang. Add aku, kite jadik jiran. Meh, meh

Craving (part 2)




Adoi. Dengan tekak sakit macam apa, pedih nye ya amat. Nak kata ada kahak takda. Pedih pedih sakit gitu. Pastu dengan takda duit sebab kad giro hilang mailah pulak keinginan mencanak canak nak makan sumtim sepesel for my tummy.

Dasar tak sedar diri. Aku hanya ada Rm60 for this whole three weeks, before balik kampung for good. Tsk. Rasa sentap tetiba sebab dah takley makan tomyam hari hari macam dulu (-_-")
Baru jer terpikir nak makan piza lah apa lah (kalau kakak ku baca kering aku kena bantai sebab makan macam nak hebat jer kan)

ah, tak kira, tak kira. Takda duit pun nak gak makan. Taper. Aku makan secara fantasi, erk imaginasi, erk khayalan. Em, apa apa lah labu. Asal aku tak amek hanger baju wat makan sebab tibe tibe nampak jer hanger tu macam bread sticks kan.

AKU NAK MAKAN

*Pizza.
Ohemji. Cedapnyer. Cedapnyer. Sapa tak suka pizza. Takda & aku berani jamin. Kalau ada, meh kerat kuku tangan aku. Dengan sup masrum, dengan roti bawang, dengan piza daging ketam. Oh very da perfect untuk merawat rawan di hati sebab tak leh jawab exam hari tu.



*Kek cis.
Sedap jugak. Kira makanan aku pilih ni memang dari setok bawak darah tinggi ngan sakit jantung. Cis kek. em, sebab hari tu beli satu slice dari Just Bread, terus rasa nak nak nak senantiasa. Lebih lebih lagi biler da stat main Cafe Life. Tsk T-T




*Tomyam.
oke. aku dah makan semalam. Hari pun akan. Esok tak tahu lagi. But benda ni jugak aku dok crave hari hari. Addicted weii bai. Sapa tak adict. Cube habaq mai??


K. bai. Nak tito dalam fantasi

p/s: Share with me, what food are you craving for ^^

Sunday, October 24, 2010

Saya blogger baru..


Oke, aci tak. Sebab aku start berblogging 2009 and paling aktif skali semester ni, which is stating from June. AH, tetap juga aku nak kata kat Abang Ben Ashaari aku blogger baru, blogger pucuk pisang lagi kalau nak dibandingkan dengan dia.

Dengan dua tahun nak amek masa 200 follower. Penat lelah tu wei. Orang lain 3 bulan seribu follower. Aku dua tahun 200 orang, pun ,lepas lepas pagar baru sampai.

Mungkin, sebab belog ni pink sangat, aku pun tak tahu. This belog is where I write about daily things happen in my life, kira boleh dikira macam novel Diari Seorang Guru lar memandangkan aku sendiri akan jadi cekgu in 3 years time.

Aku harap orang yang bakal masuk blog aku leh lah jadi virtual friends paling awesome sebab aku kadang kadang tanya soklan dalam entries aku where aku akan need opinions from bloggers. So, kadang kadang otak kawan sebenar tak leh pakai, kita terai pakai otak kawan kawan alam maya.

Betoi dak.
Akhir kata jum, folow saya, ikut saya, kawan saya dan happy together. (geli, dowh)

Exam dan ikan keli masin




Wuhuu. Exam dah habis. Dapat den wat tarian tanggo jap. Yuhuuu lagi. Aku lah orang pompuan pertama kua lepas exam tadi. Bukan nak cakap aku terel inggeris ker apa, giler kertas senang takkan nak tunggu 1 jam setengah. Sejam buat pun cukup lah. Hehe. Lega.Yang tak leh belah nyer, kertas Literasi bahasa payah giler.

Oker, kertas LB ni kertas macam cara nak ajar budak pemulihan nak membaca nak menulis. Mak oih, payah giler, kalau bagi aku 4 jam pun belum tentu habis buat. Tapi dia begi juge ket den 1. jam setengah. Aish. Tak adil betoi.

Pastu sebab semua bizi-takut-nak-exam, pi kafe pun cepat cepat jer, tapau nasik. Aku ternampak sekoq ikan keli gemok gemok comel sedap. Terus amek sekoq. Pastu tape, simpan dulu, lepas paper kedua, baru makan. Sekali kan, kan, makan masin nyer makkkkkkkk. Rasa nak terkucil. isk. Macik kafe ni, dah la aku ni darah tinggi. Ke nak soh saya 'berangkat' cepat. wuuuwuuu T-T.


Overall, paper exam ni,

Numerical is a little bit tricky.
Literasi bahasa, em.. (-_-")
Inggeris- Wuuuuuuhuuuu! (paham paham jer lah)




Oker, nak belogwalking puas puas.



Love,


Exam three papers sekali gus.


Tengah memorize di bilik sebelum exam pukul 10 ni.

Wish me luck. Babai

Ya ALLAH, bantulah aku. Permudahkan urusan aku dalam menjawab peperiksaan.

Saturday, October 23, 2010

Happy Birthday Bunga!

**Click here to go to her personal blog!**


Happy Birthday sayang. May ALLAH bless yu. Jaga diri ko. Walopon ko tua jangan anggap diri ko tua. Amek masa untuk bersenang lenang dan jadi muda. What? Ko ingat fun ker jadi tweentees. Oker, aku mengaku aku suke jadi tua sebab time to take to finish my degree will become shorter. Hoyee, sebab aku akan dapat pegang duit sendiri dan say no more to EXTRA CLASSES!

Tehee, sayang. i love you. end (-_-")> -garu garu kepala

P/s: Nah, header satu, wat hadiah, erk, i mean e-hadiah. Bhahaha. T-T (yes, im pathetic)

Shane, Jutawan Internet



Sejak minggu lepas lagi aku dok giler tengok Si Shane ni. Comel jer. Dengan rambut ala ala tutop mata sebelah, pastu sore ala ala pondan. Masyuk Betoi. serious. Aku tahu pasal si Shane ni pun masa bukak paper. Well, aku dah tahu dia lama, sebab tiap kali aku bukak youtube, mesti ada lah kenawajib ternampak video dia, tapi aku wat dunno jer sebab aku rasa macam tak best jer kan. Lagi pon aku bukak youtube pun niat nak donload lagu jer.

Sekali, terai bukak, fulamak, wajib wei asik nak tengok jer. Mostly, his video is randomly about himself, how he thinks about others dan macam macam lah. Artis yang selalu kena hentam wajib si Milky Miley Cyrus and Justin Bieber. Kalau Miley asik dia dok kutuk jer. Bieber lagi lah. Cara dia buat video pun memang unik, kira macam he only talks with his camera, jarang jer ada orang lain dalam vlog dia.



EM, aku agak mesti korang tanya

video dia macam tak best jer-nampak boring jer-pasal apa-etc

Well, you just have to watch it. Especially the way he talks. Alamak, teringat Michael Jackson lak. T-T

Mostly Shane's Vlog punyer viewer up t0 500k. SO, mestilah there's something about him that you dont know kan.

Tapi, ko kena tahan lah, sebab Si shane sangattttt suka mencarut. Perkataan biasa dia sebut

bitch, fu*k, orgy, douche, vagin* dan etc.

Pendapatan tahunan adalah $315000. Cantik kan. Dok rumah jer, dapat duit. em.
Dalam top ten artis Youtube, he's ranked number one, above The Annoying Orange.

Jum tengok video lawak ni.



P/s: Klik sini nak tengok series of Shane Dawson's video (channel 1)(channel 2)

Friday, October 22, 2010

Kau ni tak up-to-date larh



Meh, nak jadikan cerita, malam tu aku and the group kena wat perbincangan pasal nak wat pameran and masa tu kitaworang kena edit and modify barbie. Barbie murah yang harga 3 ringgit satu tu. Kawan aku ni dok jahitkan seluar untuk sekoq barbie ni. Pastu dah seluar tu kan ketat dan bewarna KELABU, aku pun cakap lah

Eh, macam jeans la. Barbie pakai jeans.

Pastu kawan aku yang ngah menjahit tu pon cakap lar,

Weh, ni bukan jeans tau. Ni legging. Nampak tak ketat tu?

Pastu ada lah sekoq laki ni menyampok. Oh, i mean dua eqoq,

Entah, legging la ni weh. Ang ni, tak up to date langsung.


Woi, aku mana lah aku amek tahu pakaian yang jenis jenis tunjok susuk tubuh macam makwe ang dok pakai pakai pastu pi tunjuk depan semua orang. Hello, aku bukan jenis macam tu oke. Lagipon aku tahu tu legging and aku just cakap macam tu sebab wana dia yang kelabu. Bongoks.

Aku bagi sedas,

Takpalah.. aku tak uptopdate dunia, aku uptodate syurga nanti.


p/s; hell you.

Teknik Seks; ikat dan di raba.




Kim beom main cikucak di pagi hari ngan aku. Cikuuucakk!!!
Tsk, asik kimbeom jer. Walaweh. aku harap, Kim Beom pun mai tengok belog aku. Hit giler keywords kim Boem ni. Wakaka. Agaknye, kalau aku cakap, Kim Beom Pakwe aku, orang percaya tak?


Klik gambar untuk tumbesaran pada yang tak makan sayur


Wahaha. Dulu pernah gak aku cakap, aku tak nak dah benda benda raba ni ada lagi dalam
belog aku, namun masih ada. Tape, aku reda. Asal korang tak buat benda tak paedah, tape lah. Tapi yang tak leh belah nyer, ada gak orang cari belog aku gune keyword 'Kena ikat dan diraba'.




What? hello? Apa korang ingat ni, belog ajar teknik seks ker apa. Kalau teknik lain aku tahu lar. Wakaka. Aku just kidding. Em.. Nak belogwalking. sapa yang aku tak mai tu, mai sini piat tinger aku.


Thursday, October 21, 2010

Design pertama guna Photoshop!


Salam. Sorry kawan kawan. Thanks yang bagi nasihat dan pandangan daripada kes kad giro aku. Nih. Wahaha. Terharu and speechless T-T.

Nanti aku belogwalking. Kadang kadang rasa malu pulak, sebab asyik cakap nak blogwalking, tapi bayang aku tak nampak pun kat belog korang kan. Sorry. Ni lah, dah lah ngan internet probs, and also, time. Aku punyer time management sucks giler. Sumpah. Tsk. Kadang kadang rasa jer nak hire sorang PA untuk aku. cheh..

Ni, header baru. Sebab nak try gune Adobe. Sekali boleh lar. takdalah cun sangat. Kira first trial. Haha. Explore benda adobe ni fun. So, korang rasa macam mana. Kemas ker tak aku punyer header.

Eh, pasni dah boleh bukak bisnes wat header lah. (POYO)

Ni options. Pilih tau

A: comel jer
B; Kemas
C; pink sangat, geli
D: suka ati ko la labu.


P/s: Semua masih salah lagi tekaan makanan tu. Cepat ada can lagi ni..
Ni pun contoh header aku make up. Ni dari belog Hamis.



Kad Giro Hilang!




Ohemjiohemji.
Serious, i am broadcasting alive from my bed dengan keadaan nervous dan kesah gelisah. Semalam, aku keluar, pergi beli tiket balik kampung untuk akhir tahun. Cucuk lah duit sikit nak wat beli empat tiket bas transnasional. Chop! nak iklan sekejap, bas ni best woo, dah la on time. Cepat pulak tu, kalau bas pukul 10.15, pukul 10 tu walopon ko nak kencing tahap apa ker, tahap berdarah ker, memang takkan berani lah nak tinggal port depan stesen bas tu. Sampai macam tu sekali gua cakap lu. Sebab takut tertinggal bas. Kalau bas XXX , tiket pukul 11, 10.59 pun berani lagi nak buang.

Pastu, habis dah bab iklan, terus pi ke port stesen and i bought 4 tickets, 2 untuk aku and kawan, and 2 others for other friends. Ha. Macam minah ulat tiket kan. Aku jual harga asal lah. Tapi amek la 10$ cas. Harga 29.90, takkan aku nak mintak 29.90. Lagi cun kalau dia bagi terus Rm 30. Ker, aku dah gune riba ni? (-_-")

Then, pi pulak pasar malam. Amboih, menyoping tu macam anak jutawan jer. Semua kedai nak tengok, semua rasa nak beli. .. The day ended dengan aku terbongkang atas katil kenyang-sampai-tak-leh-bangun.


ONE day afta dat...


Mana kad mana kad mana kad mana kad mana kad mana kad.....




It went missing........

P/s: Rasa rasa orang yang curi(kalau kena curi) tu boleh tak paw duit dari aku punye bank account?

Wednesday, October 20, 2010

TekaTeki:Aku nak makan ..

Apa yer. Cube teka.
Kalau boleh teka aku bagi korang request satu tutorial atau apa apa lah. Hehe. Okey tak?
chow. Cin cau

klue:
Lembut lembut, keras keras, bau sedap, ada cecair, ada lauk, garing tak garing, lambat tapi puas.

I am okay now



Bersemangat balik lepas tengok pic Kim Beom.


Sorry tawan tawan. Aku hilang semangat sekejap. Dengan dugaan nak exam, dengan dugaan kelas berlambak dengan dugaan duit banyak habis-tak-tahu-pi-mana dan sebagainya lah. Aku rasa letih sangat macam aku ngah diet jer. Well, life is hard for those who think so. Aku salah seorangnya. Em.

Oh, sapa nak tolong belikan aku CD THE SIMS 3. Please aku nak sangat tu. I hope, dengan ada nya cd tu, aku boleh main dengan jayanya dan it can make me forget about food dan aku akan kurus tak lama lagi (-_-").. Camna ada tak. Pelis, beli dan aku bayar termasuk wang postage. Pelis. Kat sini harga mahal gilak RM 30 something. The Sims 2 pun murah lagi. Tsk. Pelish. Anyone?

p/s: later larh aku belogwalking. Internet kat sini sucks kena selanggara. Sampai broadband pun dia tarik sekali. Dah la sedih, salah satu buffered earning aku dah kena tarik jadi metered. Or should i be happy? Tak tahu larh. Anyway thanks Nuffnang sebab sayang aku banyak banyak. I love nuffnang back. Wakakaka :)

P/s: Read the links i bold-ed atas tu, tu read aku punyer stories bersama dengan The Sims

Monday, October 18, 2010

T-T



I feel like crying now. Untuk mengurangkan kesedihan aku, check out on the most hilarious videos on YouTube by ShaneDawson.Yep, it really works, especially when you are feeling down so much like this. Take care.


No blogwalking. (;

Sunday, October 17, 2010

Hipokrit?


Salam. Masih velogwalking. Manyak giler. Hehe. Banyak gi tak sempat nak gi. Tape, amek masa, tarik nafas, lepas nafas.

Em, aku dah lama sebenarnye nak kongsi benda ni. Pasal HIPOKRIT. Hipokrit dalam erti kata lain, tikam belakang, talam dua muka, pretender, banyak ar. Bagi aku, being a hypocrite is okay. Sebab it is one way you can take care of people's feelings dan banyak gi. Sebab kalau menipu pun dikira macam hipokrit gak. Contoh:

A: Cantik tak I hari ni?

B: Cantik sangat lah u. (walaopon dalam ati opposite thoughts)

That's why being hypocrite oke. Betul tak. Lagi pun bukan semua buleh terima pandangan , kita. Kang contoh situasi di atas si B mengaku cakap Si A ni hodoh tak ingat hari tu, kang tak bertegor dua tahun. Kan..

So, what says you? Oke tak jadi hipokrit ni?

Lagu nangis

Ni lah lagu yang buat aku nangis. Semalam nangis, hari ni nangis. Bukan nangis tersedu sedu tu. Tapi nangis yang sebak di kalbu berdenyut di hati. Ni serious, aku macam dah lupa terus lagu Justin Bieber aku kan. Rasa tenang jer jiwa. Terus rasa cinta pada Nya pun makin membuak buak. Memang lame lar sebab aku tahu ramai dah tahu. Lama dah tahu. Me also, but masa dengar sekali lagi tu terus dapat rasa kuat nyer effect dia dekat aku. INSYAALLAH.



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way
Insya Allah we`ll find the way

Saturday, October 16, 2010

Wanita pelahap




Wanita pelahap, nak ke orang amek jadi bini. Em, kalau aku lelaki, aku on jer asalkan dia reti jaga diri. Well, makan kan salah satu function idop, so, tak salah kalau nak jadi pelahap asal reti jaga diri. Aku pun pelahap jer, pelahap sorang sorang. Takdalah depan orang nak tunjuk. As long masih nice dipandang pun oker.

Malam ni, aku belogwalking, oh, petang tadi buzy giler, kena jadi urusetia. I m loving it. Sorry tawan tawan, lama tak belogwalking.

So, kalau pakwe ke makwe ko pelahap macam mana? Answer me ;)

Friday, October 15, 2010

Mata palsu


Salam Jumaat.
Rasa macam lama gila aku tak post apa-apa walopon sebenarnya baru sehari. Rasa semalam macam merajuk jer. Sebab kawan-kawan tak leh nak main samer samer dalam facebook sebab wireless maktab macam langsung tak berguna. Connected, tapi tak da apa apa. Life is so unfair kepada aku yang ada broadband ni. Ada broadband pun macam sedih jer. But at least aku buleh cari wat Isl minggu ni. Orang lain? Takda.. Kufur nikmat betoi kau ni..

Hari ni macam hari gedik sikit sebab aku memang takdak mood betoi nak study. Maybe malam sikit lar. Aku pun Tahu gak rasa bersalah kalau tak study ni. Tu pun macam kufur nikmat. Yerlah, Allah da bagi peluang aku belajar kat maktab buleh pulak aku wat main main kan.

Haha.. Tengok lah, masa diri ku takdak benda nak buat. Amacam editing aku? oke tak? Ke nampak too fake mata song hye kyo ni. Trial ni.

Wednesday, October 13, 2010

Mari kenakan hamzahian!




Wakaka. Tarakucaca. Aku kenakan hamzahian ngan buddy aku dekat fesbuk. Menmuler tak tahu lak si hamzah ni online, tentibe dia pun masuk gak dalam sistem mesej berangkai ni, terus lah kitorang kenakan dia.

Nah tengok meset meset hamzah ian yang kalau kite tengok muke die depan mesti muka macam pussy dalam shrek sebab tak tahu ape ape aku ngan Mia Blopp cakap aper. Haha. Nasib lar ko terkena ngan dua orang minah Kelate ni.

Masa ni memula start start meset-meset



Masa ni, hamzah try cover line cakap mak dia orang kelantan kunun (walhal aku tak tahu betoi ker tak) Heheh. Sebab dia makin tak paham. Aku ngan Mia tahu dah dia tak paham. Hahaha.



Masa ni hamzah dah boring dah nak layan kebengongan aku ngan mia. Wakaka. You need some patience lar. Nasib ni internet, kalau depan depan memang kena lempang lar. Sory incik yer.



And, yes, my life sucks, sebab aku terpaksa menyamar jadi heroin Full House semata mata nak dapat kawan dalam Facebook.

Jawab Tag. Sapa yang kena!



Salam. Adoi. Malas bebenor kalau bab kena jawab tag. Tapi sebab Oren Limau baik punyer dekat dengan aku, aku redhakan ajer. Lagi pun sebab satu lagi malas sebab em.. Paham paham ler, soklan baik punyer cit. Memang tak kena langsung woooo.. Oke, meh meh meh meh aku jawab lar..




Untuk seisi kelayakan,
kena la jawab soalan-soalan yang diberikan.
Mari menjawab.

1. Apa yang sedang bermain di fikiran anda sekarang.
Napa ada kelas pasni. Kalau boleh tido kan best. Kalau boleh kroih kroih kan best. Kalau boleh kuaq ayaq basi kan best. (Cop, semua sama ker? Em, maksudnye, aku nak tido sekarang -_-" )

2.Apakah nama samaran anda.
Qib, ee, manjer, comel intan, em semua aku hentam. Tentibe ari tu ada blogger panggil aku eira, em, terkejut noks. Wakaka. Adakah aku ni Eira Syazira?

3.Senaraikan 3 nama org yang anda sayang
Mummydaddy, Adikkakak, Tokmekdanfamily. Oker ni dah tiga nama. Dah Wakakaka!

4.Panggilan untuk si dia?
Si dia? Sapa? Sapa? Em, takdak, aku ngaku arr. Oke, kalau ada, aku panggil lah nama dia. Nak panggil apa lagi kan?

5.Hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa
Dari Daddymummy tak mau apa apa sebab dah dapat laptop baru hari tu, tapi nak diorang bagi kebahagian diri depa kat depan mata aku, baru aku leh bernafas dengan lega. Sweet tak?

6. Belog mana yang paling suka visit?
Every blog that is featured on My PeopleonPinked List. Go and check them Out if you want to be listed as one of them ;)

7.Tag 15 blog

  1. Hamzah
  2. Pickuchi
  3. Pearl Apple
  4. Fyka
  5. Teddyuna
  6. Rowena
  7. Koja
  8. Zur@iwan
  9. Maksu
  10. Ninie
  11. Mia Blopp
  12. Hanis Ayuni
  13. Evanna
  14. Ateyn Bella
  15. Aisumi
  16. Peanut
  17. (tertambah satu orang, jadi lah yer)
Thanks yer, Jangan Marah, nanti datang lagi. TenQ :)

Entry Best!