Saturday, October 29, 2011

Tag Time


Heiyoo dalam kesibukan menyiapkan portfolio sampai tak sempat nak jengok pun belog. Semalam pun aku tido pukul lima. Oh. Hampir-hampir terbabas ke laut Subuh tadi.

Pabila di check Comment inbox, aku telah mendapati salah satu daripada komen yang tertulis, adalah memberitahu bahawa diri aku telah di cuit/ di tag. Tag ini dari #SafwanMahzin, owner blog The Lazy-ism.

Muahah. Lama da aku tak jawab tag ni. Halal je la...

• No tag back !

• You must post these rules

• Go to their page and tell them you have tagged him/her

• You have to choose 11 people to tag and link them on the post

• Each person must post 11 things about themselves in their journal

• Answer the question the tagger set for you in their post. And create new eleven question for the people you tagged to answer

11 PERKARA TENTANG AKU?

  1. Seorang yang berasal daripada negeri Cik Siti Wan Kembang.
  2. Peminat setia Justin Bieber dan donia K-Pop.
  3. Seorang pinkaholic. Aku sangat prefer anything in pink color. Oh.. Look at my blog. See for yourself. Hot pink or baby pink, they all look NICE.
  4. Merupakan puteri bungsu di dalam rumah. Walau bagaimanapun, mempunyai empat orang adik lelaki.
  5. Sangat clumsy dan sangat suka membuat tuduhan melulu.
  6. Tidak menggemari dunia MALAYWOOD.
  7. Bakal guru yang mengambil opsyen Matematik. Bakal menamatkan pengajian in two years time.
  8. Tidak pernah terfikir untuk memilih subjek Matematik. I chose Tesl, but ended up being given this subject. What to do. Wasn’t my fate.
  9. Tidak gemar menggunakan bahasa Melayu standard dalam percakapan harian. Prefer talking using loghat.
  10. Tidak pernah menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.
  11. Bercita-cita untuk ke Oversea dan menikah dengan mat salleh bagi meneruskan impian memperoleh anak kacukan.

SOALAN YANG PERLU AKU JAWAB DARI #SafwanMahzin

=Nama penuh

Nama penuh aku, Al Raqibah Binti Rashdi.

=Tinggi berapa

Tinggi sebenar ialah 156 cm. Aku rasa la. Tak pun 154 cm.

=Suka blog yang macam mana?

Aku suka blog yang ringkas, tak berat, isi tak panjang dan santai. Satu lagi yang ada tutorial, khususnya tutorial Adobe Photoshop, maklumlah, baru bergelumang.

=Apa pandangan korang tentang aku?

Bagi aku, #SafwanMahzin adalah seorang lelaki yang kreatif, mesra dan boleh menjadi penulis blog yang pemes di masa hadapan.

=Nak aku wat header blog untuk korang tak?

Nak nak nak. Please. Haruslah kau Wan, kau kan kreatip!!! Please =3

=Pandai memasak tak?

Soalan memang tak cepumas. Of kos aku reti memasak. Boleh tanya sahabat 1, 2 dan 3 kalau tak percaya.

=Selalu kalau cuti bangun kol bapa?

Lepas subuh harus tido balik, kalau takda kerja. Kalau ada, bangun tu pukul 10 lebih. Kuikui. Tak senonoh. I know.

=Pernah datang padang besar?hahaha

Belom. Takda pitis la Wan. Belanja ok.

=Komen tentang blog aku

Blog yang sangat santai. Ada personal, info dan macam-macam lagi. Tak Berat dan aku tak pernah rasa ‘terpaksa’ nak jengok belog kau. Memang kalau update, mesti baca (kalau aku tak bizi).

=Ape perasaan bila kena tag

Biasa jer. Tapi malas nak mengetag orang balik.

=Lagu favourite korang?

Currently: Diary by Navi

11 ORANG YANG DITAG

INI 11 SOALAN DARI SAYA- WAJIBJAWAB

1. Nama sebenar sapa.

2. Makna di sebalik tajuk blog

3. Tujuan berbelog.

4. Aktif atau tak?

5. Suka blog yang macam mana?

6. Pendapat semua tentang Pinked?

7. Pendapat semua tentang dunia blogging sekarang?

8. Nuffnang penting ka?

9. Pernah rasa bosan berblogging?

10. Harapan kepada blog di masa akan datang.

11. Nak soalan lagi ke?

Sila jawab okay. Bye!

Thursday, October 27, 2011

Alone= D. A. N. G. E. R

Kyaaaa!

Memandangkan kitorang sekarang dah cuti hampir 7 hari. Dan lebihan baki nya adalah 2 hari lagi, ketakutan dok di asrama tetap ada.

Jumlah penghuni hostel di aras aku (ground) hanya 5 orang. Oh. Dah la bawah sekali. Kalau penculik ke perogol masuk bukan nya orang tahu. Sebab tu setiap kali dok je dalam bilik, pintu adalah WAJIB dikunci! Oh no no. My room is first in the list. 001. Depan open space weh. Kira memang macam lepas pintu pagar, rumah guard. Haa. Macam tu la bilik aku.

So, kadang-kadang, kalau ada pikiran nakal tu.. Em, nak jalan pi tandas pun waswas. Setiap kali pi tandas harus tengok kiri kanan. Ye la, blok sebelah pun bukan manyak orang. Aku pun bukan aware sangat.

Dulu ada kisah sampai 7 biji laptop kena curi dalam satu malam. Oh.. Giler scary! Macam mana kena curi pun tak tahu. Human is Monster weh..

Pastu nak dijadikan cerita, dekat asrama kitorang kan ada meja bulat. Meja batu wat orang nak duduk, mengumpat, makan, amek angin dan jemor barang. So, sebagai bilik yang first, jarak bilik dengan meja bulat dan toilet boleh dikira sebagai sejengkal je. Nak story ni, malam tu (citer sudah basi), On The Way nak pi tandas, aku macam tertengok kat meja bulat tu penuh dengan LAKI-LAKI. Tapi sebab tak pakai tudung, aku cepat-cepat jalan masuk tandas. Pastu aku cube intai le sikit tru tingkap. Nak tengok pak guard mana yang gatai boleh dok melepak dekat kawasan hostel perempuan. Kira memang aku nak wat report dekat HEP le. Baik je aku intai, rerupanya da tada.

Aku cakap kat kawan aku, dia cakap sebenarnya tu kemungkinan mamat-mamat indon yang cube nak pecah masuk dan mencuri harta kami. Ilmu dia macam nak sembunyi diri tak berkesan pada aku. Oh. patut la malam tu, (before cuti) takda langsung orang kat koridor. Macam dah kena PUKAU... Giler scaryyyyyyyyyyyy =3

Siyes. Aku bersyukur. Nasib le takda papa. Em..

Tu tak termasuk lagi takot dengan 'benda' tu. Well, memang la aku ni bukan jenis scaredy cat. Aku tak takut. But the thoughts always linger. Macam mana tetiba dok gosok gigi tetiba ada orang dekat sebelah. Holly scary!

Tu la, dok dekat asrama yang takda orang memang best, jamban tak payah berebut, mesin tak payah berebut, ampaian tak payah berebut, TV tak payah berebut. Pendek kata semua tak payah berebut. Tapi, risiko dia tinggi samada to the seen and the unseen.



Bye! Thanks for reading =3

Wednesday, October 26, 2011

Obsesi

Fanny (SNSD) is soooo gorgeous. True beauty!


Sejak tengok blog kawan aku- Pickuchi yang asyik dengan obsesi-obsesi nya yang super awesome, iaitu membaca blog Malaysian yang kawen dengan Mat Salleh dan duduk kat luar negara, aku juga punya obsesi sendiri.

Muahaha. Kepada yang tak tahuuuuuu, I am soooo in love with KPoP world. Sangat-sangat in love sampaikan everyday, harus check web ni, tengok laman ini dan ini. Oh. Until, one day, the day I finally knew what shipper is, in KPoP world. JengJengJeng!

SHIPPER - peminat yang menggandingkan idol(artis korea) mereka dengan idol lain. Acting like a match maker. Idol yang dipasangkan adalah TIDAK KIRA samada lelaki sesama lelaki atau perempuan dengan perempuan. Boleh jadi berlawanan jantina (normal).

Cara nya adalah dengan menggabungkan nama mereka. Sebagai contoh:
  1. Jongkey (Jonghyun + Key ) - Shinee (L+L)
  2. SiBum (Siwon + Kibum ) - Super Junior (L+L)
  3. SooSica (SooYoung + Jessica )- SNSD (P+P)
  4. SunSun (Sunny + Sungmin) - SNSD + Super Junior (L+P)
Banyak lagi!

But the one that I truly like ialah JongKey. Ohhh.. Walopon L+L, they are so cute to be together! Aeygoo!!!! Series sangat sesuai. razz

And another one is SunSun.. Hehe. Normal couple. Sangat cute sebab dalam group depa, depa la ahli yang paling cute. Salah satu sebab, suka wat ekspresi muka cute, pastu sebab ketinggian yang tak berapa nak tinggi. (too many cuteness in here!)


Pictas:

SunSun

Aegyoo



FanArt. Oh, they are crazy, for sure




Another FanArt


JongKey

Tomei


Tehee =3

FanArt




P/s: Adegan mesra adalah fanservice =3 Meaning, for fans' pleasure seeing them together. It's not totally REAL!





Wordless Wednesday #1

It's officially my first WW!





Happy Diwali



Dah tiba hari untuk 'Festival of Lights'. Kat Sungai Petani ni, dah dum dum pap pap dum dum pap pap bunyi mercun! Memang meriah le smile. Yelah. Kat SP ni kan majoriti Indian. Heeheu. Tak tertido le malam ni.

Good Nite =3


Tuesday, October 25, 2011

1001 Emotions

Presenting *drum rolls*!!!


Ni lukisan menggambarkan diri aku..

There are many emoticons here. I purposely put them here to express my feelings. My thoughts and also just want to show you how cute these emoticons look!!

Disebalik emoticons ini, ada sedih sebab homesick, ada lapar (walopon sebenarnya baru makan wafer) , ada panik (sebab kejer tak siap), ada tertekan dan tak pecaya diri dijadikan bahan kawan mengutuk di belakang (terasa diri sangat hina di mata kawan), ada marah juga sebab kes itu, ada sedang 'gila' dengan ShiNee (kumpulan KPoP yang paling hensem dan hot bagi aku), ada emoticon yang menunjukkan tetiba aku macam dapat idea (tapi, sadly, idea tak boleh pakai) dan macam-macam lagi laaa. Semput nak senarai sini semua!

Drew it using AP. Heeee. Sangat cikai tapi membawa seribu makna.. Good nite. Chow.rolleyes


Thirsty Tuesday

Solitude

Oh..... Aku sangat exhausted. Dengan pikiran stress semua. Ahhhh.. Asyik tidor lewat. Kerja tak banyak mana siap. Oh dem. Please! What should I do?

Kan best kalau aku ni dah berjaya jadi cikgu. Dok rumah time cuti, grade budak-budak punye markah exam. Malam pergi shopping barang dapur(cheh), tidur, esoknye balik kampung dengan kereta sendiri. Dasyumm!

That's soooooooooo yums. I have always been thinking about this possibilities. Oh, how I wish time would fly so fast.Maksud aku, lepas graduate dan jadi cekgu dan dapat mengajar dekat-dekat area rumah Tok Mek and My Home Sweet Home. Ahhhh..... If it does, I will definitely do things I wish to do if I've got time. Like hanging around Tok Mek, listening to her talk, learning to cook from Mom and Sis, will try to be Dad's third best girlfriend and have a great time talking about life (Mom is First and Sista get to be second) and finally spending time lecturing the boys (adik lelaki) ! Ahhh.. Awesome! Insyaallah.


But, life is not going to work as planned. There should be twists and hardships. How? I can certainly come back and tell you when the time comes.



The monster in me

Fighting! Adios! Bye!cool



Monday, October 24, 2011

Hantu Bonceng The Comical

Haha jumpa ini di laman web MALAYSIA NET. Check this out. I don't know whether korang dah tengok ke belum!


Klik untuk tumbesaran. Muahah. This is so FUNNY

Kredit to FUKKENLOL, Lol! =3

Nama Saya Abdullah

So tempting!


Salam Petang.
Shortly after reading Akak Zie's post, aku tetiba teringat tentang kisah aku yang hampir terkena juga kes penipuan.

Tapi, kes penipuan aku ni takda kaitan pasal insurance. Citer dia macam ni, my friend's phone rang and the phone number that should be shown on the phone screen was replaced dengan ayat 'Private Number'. So aku dengan baik hatinya terus mengangkat telefon itu dengan harapan seorang spy ataupun putera raja membuat panggilan untuk mengetest market kami. Namun lain yang diharap, lain yang dapat.

Ikuti Perbualan kami. JengJengJeng

S-Stranger
Q-Aku


S: Assalamualaikum. Saya Abdullah dan anda telah memenangi hadiah wang sebanyak RM5K dari Power Root.

Q:*Seingat aku, kopi Power Root kawan ni tak penah nak telan." Eh, yeke? Ohhhh.... Pastu camne nak claim duit tuu??

S: Oh. Senang aje. Bank apa yang cik gune secara aktif?

Q:*Pikirkan bank yang tak pernah ada akaun* Oh, RHB. Saya selalu je bank in duit dalam tu (menyemarakkan nafsu kering Abdullah, kekeke)

S: Okay, baiklah, cara untuk memenangi wang itu, cik harus ke mesin ATM RHB dan kami akan ajar kepada cik cara manual.lol

Q:*Pikir-pikir* Em.. Kalau saya nak amek cek jer takpe tak? Kira pihak awak antar kan saya check?

S: Oh.. Itu bisa aja. Cuma harus buat pembayaran sebanyak Rm180. Ye, 180.

Q:*Chisssss* Em, kalau debit jer dari Rm5K saya tu boleh tak? Biasa kan orang debit jer dari jumlah tu?

S: Oh itu tak bisa. Cik harus ke mesin ATM RHB dan kami akan ajar kepada cik cara manual. Cik berada dekat tak dengan mesin ATM??

Q: Saya kat sekolah ni, keje (tipu). Petang nanti pukul dua saya pergi bank.

S: Baik, tepat pukul 2.10 petang, saya akan call cik kembali di mesin ATM RHB dan kami akan ajar kepada cik cara manual.

Q: Okay. Tapi redface.. Betul ke saya menang RM5K dari Power Root??? *buat-buat terkejut*

S: Betul. Alhamdulillah.

Q: Yeye!!cool *Agenda tersembunyi*



Hahahhahaha.. Petang tu, pukul 2.10 petang, dia call kawan aku 4 kali, kawan aku wat derk jer. Muahaha twisted. Kesian kau Abdullah. Nak tipu pun agak-agak la ngan sapa. See the leg, man.!

Makan Sushi=Brain Worms?

Gummy worms.. Delish!



Good morning all!!

Pagi-pagi lagi tidur dikejutkan oleh Petugas Hostel yang nak sembur ubat lipas. Huuu.. At 10.00 a.m. . For goodness sake!

P: Adik, wake up! Bangun-bangun! *sambil cube buka pintu aku dengan kunci spare*

Q: *Terkejut, bangun terkebil-kebil* Ye ye. *Amek gebor tutup badan, bukak pintu*

P: Nak sembur ubat lipas ni..

Q: *Smirk*

P: Orang laki akan semburkan... Cepat sikit..

Q: *Terkejut lagi, tutup pintu, pakai seluar, kemas katil, sembunyikan apa yang patut disembunyikan dan keluar bilik. Gather dengan geng-geng takmandi pagi lagi.*

Rerupanya, dia sembur bukan lama macam fogging. Infact, it didn't smell at all. Made my morning, i must say =)



BTW, thanks kepada sesapa yang mendrop komen di entry INI. Sebab aku tulis entry pasal my cravings nak makan sushi, everyone has been sending concerning comments which literally sound like this ---- "Eh, bukan kalau makan sushi, otak akan kena ulat ke?"

Well, I don't know the real facts, but the sushi I have been indulging for many times is cooked perfectly well. I don't take raw sushi. Oh, maybe once, it was the Salmon. But i wasn't sure whether it was cooked or not.

So, i think, brainworms only happens to those who eat raw sushi like they have been hungry for years. I only eat sushi weekly. Not daily. .

Thanks anyway. Adios.

Sunday, October 23, 2011

Menangis bersebab?


Hari ni aku menangis. Menangis kerana banyak benda.. Tapi yang pasti aku menangis dengan bersungguh-sungguh. Probably because it's the hormone.

The first reason why I cried today is because semua tahu kan it is totally unflattering when somebody said hurtful things about something which is really important to us, even me. SO, kes aku ni, that person secara tak sengaja telah mengeluarkan kata-kata pedas yang tak boleh diterima akal bagi aku. Although, that person didn't mean it, still, it was something awful. So, aku menangis dan siap emo-emo lagi. Kesian gila that person. Even, when I was praying, the tears kept flowing on my cheeks down to my nose. What a sober, LOL.

Pastuu the second time I went emotional is when watching Star King (a korean variety show, hosted by Kang Hodong). The show is meant to be entertaining and funny. . But, 'the' one episode that I watched, there was a girl who participated to win 3000$ . Star King ni macam show dimana orang akan datang ke show dan tunjuk talent dia. Macam X-factor laaa. This girl ni buta dan reti main piano perfectly. So, kumpulan Super Junior yang jadi judges untuk show untuk epiosod tu. Sedang budak tu dok main piano, tangtang tu one of the SUJU's member which is Heechul cried. So, aku pun turut sama menumpahkan air mata. Heuheuheu.. Seriously, it was heartbreaking. Sampai aku pun terfikir kesedihan tu dan betapa bersyukurnya aku masih ada keupayaan melihat.

Renung-renungkan.







Craving (part 3)


Morning.
Pagi-pagi lagi aku dah mengidam nak makan benda alah tuu.. Aish. benda alah yang kecik punye tinonet tapi harga boleh buat ko pikir dua tiga kali kalau nak beli. Selalu jer keluar mesti beli. Tapi kali ni sebab duit pun cikit, harus memerlukan proses berpikir question. Tapi in the end, i bought them.

Wahahah. Benda yang dicrave kan???? Of course it is SUSHI eek !!!!. Ya Allah, tulis sushi pun aku dah terlior. Boleh?

Penerangan sushi siket, please!idea

Cold cooked rice dressed with vinegar that is shaped into bite-sizes pieces and topped with raw or cooked fish. It is formed into a roll with fish, egg or vegetables and wrapped in seaweed.

Hoooo... Camtu.. Patot la tiap kali aku beli sushi tak pernah rasa suam pun. And biasanya topping yang pernah aku makan adalah unagi-belut, lala, sotong kurita, crab fillament, telur, timun and telur ikan.. Tu je. Tak pernah lagi makan yang mentah punye. Ohhhhh...

Sushi kalau kita cicah sikit dalam kicap dia (special punye) memang terangkat. Dia bukan jenis kicap adabi biasa. Tapi kicap yang ada bau hanyir sikit. At first, i hated sushi too. Sebab kicap tu.. Now, kicap tu jugak penambat hati kami- Kami means AKU DAN SUSHI. And my other crime partner who is also addicted on eating shushi which is Piqah (check out her blog!).

But then, the only thing I hate is the WASABI. Oh, aku ingat bes la wasabi ni. Ye la, orang dok pungpang sos pedas. Sekali makan bukan PEDAS, tapi PAHIT. Tsk. Advertisements and readings cannot be trusted holistically. Or maybe wasabi kat Malaysia jer macam tu. Kat Japan, the real manufactured WASABI would taste good. Maybe.

So, you all should try le makan SHUSHI. Bukan aku nak soh ampa tiru budaya Japanese ke apa, tapi this is something you should experience. Macam Gael dalam How I Met Your Mother kata, "Experience with your food."

Pictas!


Baby Octopus
Nampak menggerunkan, but, so heaven!

Unagi Donburi
Unagi -belut. Oh sedap tapi mahal. Series!


Hot and Sexy Roll
Prawn roll. One bite is not enough~

Salmon Mayo
Tunamayo. Tuna..Not really my taste, though.


PIC. Courtesy of SHUSHI

Happy sunday!

Saturday, October 22, 2011

Hybrid





Ps Good nite . I'll drop by at your blog tomorrow.

Review Real Steel





Heeeeeeeee. Salam Maghrib. Sebelum masuk waktu ni, nak wat review tentang filem Real Steel yang baru je aku tengok.


Okay fine. I know, I am so rolleyes lame sebab da ramai orang buat review tentang citer ni. Tapi nak jugak citer kat sini. Muahahah! twisted Bagi aku....... Citer ni sangat la besh!! People should bring their daughters or sons sebab basically citer ni pasal a father and son relationship.

Citer ni berlaku di masa future dimana people don't even need 'people' to box. Kira kalau sekarang, manusia masih diperlukan untuk bertinju, but, in this movie depa guna tenaga robot untuk menggantikan manusia. This is not futuristic kinda movie, though.

Citer ni pasal si Hugh Jackman aka Charlie yang menjual hak custody anak sendiri, yang BARU je diperolehi dari mahkamah selepas exgirlpren dia mati (Charlie hasn't seen the boy for 11 years) kepada kakak exgirlpren dia yang kaya semata-mata untuk mendapatkan duit bagi membeli robot baru untuk gambling fighting. Kira macam main laga ayam versi robot.

Sebelum bagi sepenuhnya hak kepada Debra, his ex's sister, dia meluangkan masa dengan Max, anak luarnikah dia. Kat sini la, hubungan depa yang awkward blooms. Gituewwla. Kira secara tidak langsung Max turut bergelumang dengan dunia gambling ni lebih-lebih lagi sejak jumpa robot buruk which is Atom yang 'accidentaly' saved him dari jatuh dalam gaung. Awwwwww!


Nak tau selanjutnya tengok sendiri. Highly recommended! (aku asyik nebes jer, bila sampai part those robots fight. Membunuh jiwa betul)

Picta!

Max dan Atom. Seriously, this boy is hell cute!!



Charlie sedang melatih Atom to box.


Atom, robot sparring yang perkasa!


Nama-nama robot which i found very interesting:

  • Ambush
  • Atom
  • Noisy Boy
  • Midas
  • Metro
  • Zeus
  • Tak ingat..
Honestly, i rated this movie, 8 and a half stars .razz Bye!

My first Drawn Doodle



Sebelum memberi peluang kepada diri amba beradu.. Aku persembahkan doodle aku buat sendiri!!! Applausee please! Haha. Aku juz lukis guna pensil, sebab pen hitam aku telah dipaw oleh malaun evil mane aku tak ingat.

Lepas lukis, scan dan terus kaler teknik basic gune Adobe Photoshope. DONE.


SO, hasil lukisan dari seorang noob..razz



COMMENT PLEASE!




Ps Good Night!

Friday, October 21, 2011

Baju Baru My Baby!



Yay.. Akhirnya baby kitew dah ada baju barruewww.. **kasi pelempang**.

Okay. As all you can see, i have changed my blog's template... again.. Tapi yang last dulu pun da lama tak bertukar. Yang ada love-love tu.. Since now, aku da rajin 'sikit' update, maka secara tidak langsung tanggungjawab menukar baju kembali ditanggung- #macampantunwink.

Tema template kali ini adalah English Style. razz
With pink and white colors as the combination. Oh, how I love PINK! Header pun aku buat just simple jer guna Photoshop. Basically, just text and one tiny pic of blooming rose. Nice what? Okay, bagi aku nice la.. Tak semak sangat. confused

Mungkin kalau ada yang pernah tengok sebelum ni, background pic tu dah banyak kali aku gune, yang roses with those shining diamonds. Aku sangat suka recycle pic ni. Gorgeous pattern for me laaaa. idea

Tapi kawan aku cakap sangat simple. Yerp, I want to keep it as simple as possible. Nak kurangkan berat belog and also, nak tunjuk sikit identiti owner dia yang dah masuk alam dewasa. Age appropriate orang kate. So, orang suka tak suka, aku tetap suka. MUAHAHAHA..twisted


SOALAN: adakah blog aku sangat berat untuk loading bagi korang?



P/S: Good nite.

Entry Best!