Thursday, February 2, 2012

Lelaki tak boleh buat LAKI




Calon suami kitewwww. Kuikui...


Okay. Hari ini, aku juz nak share satu pendapat yang memang diakui dan diluluskan oleh manusia sekeliling setelah melalui satu edisi perbincangan dan juga mesyuarat.

Lelaki ini.. Ada banyak sifat dan sikap.

Wanita pulak kalau dah umur di zaman-zaman 20-an ini, masa tu la sel-sel otak memang aktif dok bekerja, dok fikir:

Eh.. Sapew la bakal suami kitew nanti ek.. Awwww :X

Sebagai seorang bergelar manusia.. Memang tiap-tiap wanita ini nak kan suami yang ada banyak la sifat baik dan suci murni. Kalau boleh, nak yang muke hensem macam Aaron Aziz, alim macam Ashraf Muslim, tough macam Jehan Miskin dan Jambu macam Nickhun 2PM. Namun, itu semua merupakan pakej sampingan. Yang depa paling nak nak sekali adalah sikap-sikap yang kalau dilistkan memang positif. Meh kite bincangkan JENIS LELAKI BOLEH DI BUAT LAKI dan JENIS LELAKI TAK BOLEH DIBUAT LAKI..

Jenis boleh di buat laki.

1) Ada sifat humor - Lelebih lagi la kalau lelaki tu, boleh buat bakal isteri gelak terbahak-bahak dengan HANYA menunding ke arah sampah di atas jalan. Hidup suami isteri kompem gembira. Tak pun boleh buat si isteri merajuk tak sampai seminit sebab tak mampu menangkis serangan lawak suami. Ah.. Life would be so perfect.

2) Cukup solat - Sekarang ini, jarang nak jumpa yang cukup solat. Lelebih lagi la, kalau ari jumaat tu, hari outing.. Berlambak sangat dak-dak lelaki yang da cukup umur dan baligh yang dok ngedate/ dok lepak dekat shopping malls, tak da rasa dan inisiatif nak gi cukupkan amalan wajib di hari Jumaat.. Eh...

3) Suka kanak-kanak - Oh.. Asal kite jumpa sorang laki, then memang hot market (hensem) pastu kalau dia jumpa budak ke baby terus dia pelok cium macam tak lepas. Sambil gomol-gomol and konon tangkap gambar nak upload dalam Facebook sambil letak caption, "My Baby and I". Eh.... Terus semua orang pompuan ni, "Wahh, memang kena sangat dengan ciri-ciri suami idaman aku!!!".

4) Rendah diri - Wah.. Kalau jenis lelaki camni, memang macik macik memang nak nak sangat buat menantu. Lelebih lagi kalau yang jenis ringan tulang.. Kalau kat tepi jalan jumpa macik angkat plastik sayur besar, terus dengan rendah diri, tak malu mintak izin nak tolong.. Memang cair.. Bukan anak gadis je nak buat suami, mak budak pun ade fefeelings tu konon macam fan girls KPoP Idols jaman sekarang (-___-")

Jenis yang tak boleh dibuat laki:

1) Cakap Besar- Jenis yang cakap pung pang pung pang konon dia kaya, konon bapak da order kereta enam bijik untuk dia sorang. Puii. Ini adalah ciri-ciri lelaki yang akan mengkayapkan bakal bini depa kerana orang-orang jenis ini adalah biasa nya jenis yang tak berduit. Maka, dengan bercakap besar, dia boleh tutup kelemahan dia tu. Silap hari bulan, duit antaran pun hutang..

2) Jenis yang cakap tak bertapis- Jenis macam ini jenis yang cakap lepas dan jenis suka menyeleweng ke arah 18SX. Dalam ruang lingkup aku sendiri, banyak sungguuuuuh jenis lelaki camni. Adoi.. Tak kesah la pacik-pacik despredo YANG nak sangat nak cakap benda-benda 18SX kalau dah pacik dah sangap tak tertahan. But, please just, keep it to yourselves, LOL. Huiii. Nak cakap sal organ sulit sendiri pun macam nak gebang anak gadis sulung nak kahwen. Sungguh gross dan menyampah ngan lelaki-lelaki yang bermulut takda insurans ini.

3) Jenis yang perasan alim- Ohh. Jenis ini adalah boleh diibaratkan seperti 'Cakap tak serupa bikin'. Kalau dah alim of course la bagi tazkirah/ nasihat/ atau sewaktu dengannya berkaitan dengan agama. Konon, sebagai tunjang dan bukti kealiman. Namun, di sebalik kealiman tu, buat jugak amalan-amalan yang tak berapa nak alim macam tengok vcd Luna Maya dan Ariel, raba-raba makwe dan sewaktu dengannya.

4) Jenis yang amek mudah sal solat- Lelaki ini, kalau nak tengok soleh ke tak, try la uji dia paling mudah sekali gi ngedate ari Jumaat. Kalau tanya "Nak ngedate tak?", laju je jawab "Nak!" maka, memang sah-sah la dalam paleotak tu memang tak berapa nak ada sangat istilah 'Solat'. Tips kepada cik gadis sekalian, try la awak ajak pakwe gi ngedate (time tengah ABC). Awak senyap je (test), time azan tengok ada tak si pakwe awak tu nak mintak berenti semayang ke. Hoo..Kalau takda, da kira fail la nak buat laki. Ohh jenis ini la paling terok sebab diri sendiri tak boleh nak bimbing ke arah Yang Esa, camne nak bimbing bini nanti...



Sekian sahaja.... Just sharing some thoughts. Jangan marah noooo. Setiap orang ada kelemahan memasing...


20 comments:

pearl apple said...

hahahah~~like seriously...skang nih aku slalu jmp laki yg suka budak2..hahahah~~good to me..=)tapi aku rasa aku lagi suka yg jmbu..muahahaha
p/s: ermm..blog da ok..heheh~~wat mcm semlm lol...mcm ang tnjuk tuh..

kojah said...

LIKE!hihi

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

curlastt calon somi yong hwa rupanyer....tetiba pangey oppa ngeee

kukuchimachikumi said...

saya tak suka lelaki yang terlalu suka budak-budak.....hahaha..gila tak..aku suka lelaki yang suka anak kitorang nanti jek...pentamak....:)

Yana@Nana said...

balas kunjungn.,heheh good info but akk x lh guna pakai sbb dh belaki hehehe.n follow.

jedi said...

cari yang boleh menjadi imam...

Asrul "iLham" Sany said...

nak dapat yg terbaik diri sendiri pun kena yg terbaik kannn ;-)p

nabilah_2908 said...

yer la..tuk jadikan teman hidup...kena la cari yg betul2 kan..? ;)

FiQa said...

setuju!


:)

anamizu kaito said...

yup.harus jd sebaiknya utk m'dpt suami yg TERBAIK :)








luv,
cik ana

mizz RFL said...

stuju2.. hope jumpa boy yg de ciri2 leh buat laki tu.. ngeee singgah!

PinQib said...

@kukuchimachikumi hoho.. itu dinamakan sindrom possessive.. tau enggak

PinQib said...

@Asrul "iLham" Sany yes boss. ehe..tq =)

PinQib said...

@☆*♥L@dy @yU♥*☆ hoo.. dalam mimpi je tu akak

A.I said...

pasrt solat tu agree sangat.
masa aku belasan tahun dulu nampak laki pi masjid biasa jelaa.

dah 20-an ni rasa macam.....
CAN U BE MY HUSBAND? dalam hati laa.

heeee.

sya fieqa said...

hehe..
sedang mencari calon yang sesuai..
;P

Nur Izni Atiqah Bt Mohamed Ismail said...

setujuuuuu..ciri2 izni suka 2..hee..tp xpenah jmpa yg mcm 2 lg..hee :)

Juliet_iRa~" said...

heee..banyak y betul..

:).

sokonggggggg..ngeee

amy said...

ya betoibetoi ! alahai mau dapat jenis laki yang empat atas tu mmg terbaikkkk la :) i hope so dapat husband cmtu. amin :) hehe

btw tengs selalu stalk my blog yg kolot gtu.

amy said...

ya betoibetoi ! alahai mau dapat jenis laki yang empat atas tu mmg terbaikkkk la :) i hope so dapat husband cmtu. amin :) hehe

btw tengs selalu stalk my blog yg kolot gtu.

Entry Best!