Friday, October 26, 2012

Salam Perantauan dari SanRiver





San River/ Peasant River = Sungai Petani versi mat salehudin aku..




Sayu ke hati aku bile baca status kawan-kawan dekat facebook konon konon berbunyi :


"Alhamdulillah tahun ni dapat lagi beraya dengan family. =p"


"Walaupun takda apa yang best menarik pon tahun ni, baju baru pon takdaq, aku totap gembira beraya ngan family."




DAN SEBAGAINYA...

Woo.. Sedih weiii..



Kau boleh bayangkan dalam asrama blok A dekat maktab aku ni, aku lah satu satunya beragama ISLAM yang tak pulang beraya, hewhew.




Perasaan: Kosong

Mood: Kosong
Emo: SeRATUS

Bangun je pagi ni, terus bisik bisik dekat diri sendiri, "Selamat Hari Raya Aidil Adha, Raqibah". You know how mental is THAT??? Bercakap dengan diri sendiri agar diri tak rasa keseorangan. Nak mandi pon berbisik lagi "Selamat Hari Raya Aidil Adha, Raqibah." Woooo. Syahdu wo.. Kalau ada kawan muslim seorang boleh lah baik punye layan perasaan sama-sama sedih tak leh balik kampung. Ni diri sendiri je ada. Miahahaha (gelak nangis).

Takpa,STOP, pikir positif.

Semalam pon aku dah kol family, cakap rindu semua, I love u semua. Wish raya semua. Alah, takpayah sedih laa kan. Walaupon memang orang pakat cakap, Raya Haji dekat Kelantan la paling meriah woooooo.. *sedih balik*. Takpa. Redha. Sabar. Berapa ari lagi aku balik, aku buat buat lupe raya haji dah lepas konon, balik ujung tahun macam balik raya haji. Harap harap ada la secobit daging satay untuk ku.. 


K. Kepada muslim dan muslimat yang dah enjoy beraya dan mungkin mengambil peluang membuang penat melapah daging kambing lembu dan sebagainya dengan berblog lepas tu terus terbaca blog kitew, kitew nak ucapkan 


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA. Ingatlah erti sebuah PENGORBANAN. Insyaallah.

1 comment:

cci said...

Salam Aidil adha.. ^_^

Entry Best!