Tuesday, December 31, 2013

2014! Thank you ALLAH!





Alhamdulillah..

Masih dirahmati dan diberi nikmat umur yang panjang oleh ALLAH swt. 
Dua bulan aku tidak mencoretkan apa apa. Kekangan waktu sewaktu masih dalam pengajian. Dengan cubaan menyiapkan kajian tindakan (action research), persiapan untuk final exam *yuhuu*, garage sale, dan jugak kemas nak balik for good ke Kelantan sangat la membataskan ruang lingkup aku untuk menulis. Lebih lebih lagi dah nak masuk dua bulan aku bercuti. Tu pon sangat terhad masa aku mengadap laptop.


Pendek kata, enjoying my moment. Sebab nanti dah kerja dah takde dah aktiviti lagho buang masa dan juga menghabiskan masa yang bernilai bersama ahli famili. Chewah.. Lepas tu pulak balik cuti, dikejutkan pulak dengan berita kena prepare untuk temuduga SPP. Wuuu nebes, nebes. Dup dap dup dap. Ya ALLAH.. Nak interview, prepare apa pun tak. Tahu-tahu seminggu je nak prepare. Malam tak boleh tido. Asyik teringat-ingat. Berdoa siang malam moga dipermudahkan oleh ALLAH segala urusan. *Rabbi Yassir Wala Tua'sir*.

Berkat pertolongan sahabat-sahabat, senior berpengalaman dan juga family members yang kebanyakannya warga pendidik, ku gagahi juga berdepan dengan para penemuduga dengan menyerahkan untung nasibku kepada ALLAH...

Akulah yang paling lewat sekali ke lokasi IV.. huu relaks kata kau. Bertolak dari rumah pon pukoi 7. Curlasss gitu.

Photo
Sahabat-sahabat perjuangan. *cer tengok yang baju cekelat tu, name tag senget (-_-")*

Proses temuduga dipermudahkan. Aku disoal perkara yang telah aku duga. Wawasan 2020. *adik adik jr, nanti nak IV, bace pasal W2020 tau* Alhamdulillah. Lancar dan senang jawab. Masih fikir bukan bukan sebab aku antara calon yang tak pakai pon blazer. Namun, dengar nasihat mommy ku sendiri sebagai seorang guru, ku cekalkan hati menjadi lain dari yang lain.

Beberapa hari lepas IV *dupdap belum hilang*, dikejutkan pula dengan keputusan final exam. Alhamdulillah. Allah Maha Mendengar. Penat lelah bersengkang mata, terbalas. Terima kasih sahabat2 ku GGC yang telah membantu aku. Moga dibalas oleh ALLAH.

Dan... aktiviti lagho kembali bersambung hampir 24 hari kemudiannya.  Mihmih..


****

Pada 29 Disember. aku menerima sepucuk surat mengesahkan penerimaan aku sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 ataupon seorang pendidik.  Allahuakbar! Allah Maha Mendengar. Terima kasih terutama famili ku yang tidak pernah jemu mendoakan anak gadis mu ini. Cuma sekarang menunggu pengesahan lokasi aku bakal menjalankan amanat yang diberi. Heee. Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga.

2013 telah banyak membawa kenangan manis kepada aku. Dan aku mendoakan juga tahun 2014 juga bakal memberikan seribu kemanisan kepada aku.. Insyaallah. =)


dan sempena tahun baru ni, my new year resolutions:

1) Lose weight (this has been going on forever!)

2) Focus on saving (need to buy ma own house, car etc *ambitious)

3) Menjalankan tugas dengan amanah kelak (Insyaallah). Aku mahu menjadi pendidik bukan sahaja pengajar!

4) Be more positive (I'm positive already, want to upgrade to being SUPER positive!)

5) Should save some points for me (diri sendiri saja tahu, mihmih =3 )



K k daaa, im gonna write again. XOXO


Happy happy new year to all of UUUUUU~ <3 font="">

Starting new page, BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..





No comments:

Entry Best!