Thursday, March 21, 2013

Current Fruit Heart


Oppa.. Waeyyo?

Oh my. Shi Yoon is so darn cute..Now i understand why Korean women love aeygo so much. 


My panda boy!



Melting~~

Uhukuhuk... 






Okay.. Enough with Keu-geum! Now, back to WORK!!!!!




Wednesday, March 13, 2013

Monday, March 11, 2013

Key Shinee- Instagram acc



Yay, akhirnya, salah seorang idol telah membuka akaun Instagram nye dan captionnye telah ditulis guna bahasa inggeris. Alhamdulillah. Haha.. ni pon nak bersyukur ke?




Ye la.. Sapa tak suka.. Aku boleh follow ngan minda terbuka. Kalau ada pun caption mesti dalam hangul. Waa.. How do I understand this. i stopped learning hangul like few months ago. ^^


Please follow him!


Shinee Key Kibum's Instagram ---> HERE  (Uhem, only for those who owns insta account)

Thank you. Nuffnang!




Jarang-jarang mengapdate pon ada juga murah hati nak bagi kredit. Hehe


Alhamdulillah

Perangai sebenar






entry berasap, tengok gambar flora dulu..


Observe observe..


Esok kena observe. Rabu ni pon kena observe. Nasib badan.. Cepat cepat..Ada 3 minggu je lagi nak habiskan observe mengobserve ni. 


Aku juz nak cerita. Memandangkan budak budak darjah 6 dekat sini tak pandang aku sebagai seorang guru. Ehem....Redha... 

Even calling me by my name. It's just sooo gross. Muka sorang-sorang macam penyagak. Baru 12 tahun perangai dah tak semengah. I wonder what'll happen when they are 22. Tsk. Kids these days.

So.. Zaman maseh muda mudi, darah panas, boleh lah aku nak mencarut ke, apa ke. Sekarang memandangkan aku sudah menjangkau 23 tahun, dah memegang title 'cikgu' kat depan, maka sedikit sebanyak perkara ini menyekat aku dari bertindak dengan bodoh, ataupun dengan kata lainnya, BEHAVE. Muahaha


Selama 2/3 weeks, they have been calling me, 'Kak Long', 'L' and even my name ONLY, aku sangat la bersabar. Insyaallah. Iman banyak ni.. Sooo. Saba je. Buat buat tak nampak.. Alhamdulillah.  Hari hari sebelum ni, sabar tu menguasai diri ni..




Namun, jeng jeng jeng... Semalam!!! 


Aku telah menunjukkan perangai sebenar ku... Ada sorang budak penyangak, mungkin tidak mahu menerima segala nilai moral dan juga didikan agama dari parents dia, and I dont want to put all the blame on his parents, dok panggil-panggil nama aku di bilik guru. Asal aku toleh je, boleh la pulak dia tunjuk jari 'L' dekat aku. Konon aku ni loser la konon. Eh, loser, loser aku ni zaman kecik kecik takde nak berkurang ajar ngan orang lebih tua, lebih-lebih lagi cikgu. Tsk .. dasar. Tak macam kauu tahu tak???


So.. Aku pon sabar kan ati lagi. Tetiba budak penyangak ni boleh pulak dia masuk bilik guru dan sedap sedap mai dok depan aku. Konon nak mencabar aku . Dey, ko ingat dalam bilik guru ni banyak mata-mata guru memandang, ko ingat aku TAKOTTTT ke??????

Apa lagi, aku amek tumbler ayaq susu aku, aku baling dekat dia. Gile aku rasa aku memang gile. Kalau ikot tahap insanity aku yang termaksima, mungkin aku akan baling je tumbler tu dekat muke biar berteraboq gigi dia.


Terpelanting tumbler tu, budak penyangak tu apa lagi terkejot gile dan terus senyum awkward.. Haa.. Terus kena gelak ngan kawan-kawan dia dan lari pi dekat kelompok geng-geng penyangak konghajo depa ni... Haa you didnt know me. Okay.. Aritu da makan penyepak purse mahal aku pon tak nak bertaubat lagi ka. Tsk..

Pikir-pikir la, silap ari bulan, aku terajang je kalau iman aku kus kus semangat gitu...

Hari ni, tau pulak ang takot nak masuk bilik guru... Haaa.. Tauu.. Tak payah takot dengan aku. Ko takut je dengan ALLAH. Kau ingat bes sangat dapat dosa dok gelar-gelar orang ni. Dahlah tak da nilai hormat pon. Uhmm.. Tak tahu la macam mana nak mengadap UPSR ni..


Ape pon tak boleh..



p/s: roses in my front yard. mami suke banget ni...... hehe.. faveret flower katakan.... Lawa dak skill amek gambar bro and I. hehe


Tuesday, March 5, 2013

Positif




Okei.. Letak gambo sikit. Nampak ciri guru idaman tak?.. Tahan napas. 
Okay. Jangan gelak.


Muhahaha..


Alhamdulillah. Dah masuk sebulan lebih dah aku berpraktikum dekat Sekolah X ni. Aku malas nak kasi tahu lama. Entry lama aku mungkin ada nama sekolah. Tapi sekarang takot nak letak. Mana tahu tersensitif, nanti orang fikir lain, nama sekolah naik dalam search, aku jugakkkk yang kena...


Okay pengalaman nak mengajar murid-murid kali ini memang agak serem jugak. Sebab apa, sebab aku ni jenis darah gemuruh. Dalam 2 minggu jugak ketaq nak masok kelas. Walaupun dah berpengalaman mengajar praktikum dah dekat 2 kali..

Ye la.. Ajar tahun 5, budak-budak dah beso panjang. Rasa kite ni cinonet dan kiyut je bile bersama depa. Mihmihmih..

Sampai pernah ternangis-nangis sebab pikir susah sangat nak jadi cikgu. Haa.. Sekarang, Alhamdulillah, doa aku dekat Allah suruh timbulkan rasa suka nak mengajar ni termakbul. Sekarang amat sayang dekat depa.

Nak solat pun teringat. Gelak sorang-sorang dalam bilik. Teringat perangai depa yang nakal tak ingat. Ish. Pendek kata, macam dilamun cinta la! Haa. Sampai bersemangat nak masuk kelas hari-hari. Aku redha je tulis RPH 5 kali seminggu pon. Mihmih.. 


Tapi, yang tak bestnya, 

dekat sekolah ni.. murid murid tahun 6 la.. Ye la. Depa kannn tak takot sangat ngan aku. Agak-agak depa tahu aku ni guru praktikum lagi la depa eksyen. Dok gelar-gelar aku ngan gelaran-gelaran yang aku rasa nak kasi penyepak. Macam contoh, "Gomo Kelate Gomo, Oghe Kelate, Kecek Kelate, Nanananana Kelate Kito" dan etc. 

Kalau sekali boleh lah aku rasa nak berbangga ke apa.. Well, I am a proud KELANTANESE. A very proud one. Aku memang bersyukur sangat aku ni anok kelate. Tapi bile hari hari kau dimomok dengan benda sama, you will get sick of it. VERYYYY SICKKK!! Aku rasa diperlekeh, rasa dianjing-anjing. Haaa gitu..

Um... The one thing I will do whenever they tease me, is keep quiet. Lol.. Serius, I am sooo annoyed that I feel like slapping each one of them!! Takpa takpa. Aku ada iman. Aku harus bersabar. Setakat budak budak belum baligh, apa lah sangat. Bukannya luka ponnnnn (hatiku terluka kooot)..



K K .. gonna write here again. Petang ni buat tusyen. Esok tak mengajar. Alhamdulillah, letih sikit, insyaallah, pahala berganda.. 



XOXO~!



Sunday, March 3, 2013

Till Jannah




Insyaallah. 


P/s: Juga pada sahabat-sahabat yang takda dalam gambo, you know who you are. Sorry gambar ni aku upload pasal rasa semua manis termasok tudung awning yang tergantung di pintu loker ku. Muahahah..




Entry Best!