Sunday, October 19, 2014

Tips lepasan ijazah perguruan

Kepada adik adik yang baru je habis bentang ViVa korang, congrats!! Okay, pat your own shoulder and say, I made this far. Sambil kembang kuncop jalan lalu hotspot tengok junior junior yang masih panjang perjalanan depa nak abiskan zaman maktab.

Akak dulu pon pernah merase gilang gemilang emosi habis viva. Segala penat lelah mengcopy paste quotes, mengerah tenaga dan minda membina ayat esei kebabom memalam bute akhirnya berbaloi.

Apetah lagi abis je korang viva, korang dah stat neves balik. Neves dengan ivspp pulak tu.. exam yang dekat tu ampe takde risau sangat pukak.. Percayalah. Dont chu ever think, iv spp adalah kali terakhir korang akan rase neves

Akak ni walopon dah masok alam kerjaya, dengar je ppd nak datang sekolah hampir rebah menyadung bumi sebab kaki tersangkut dekat wayar extension gigilnye takot ppd mai hahaha.. #TrueStory

Okay akak nak bagitahu. Sebelum iv tu, insyaallah korang akan dapat jugak cuma akak nak pastikan korang study la sikit.. kawan akak yang gagap gagap takleh jawab iv pon lulus. Siap mengajo dah. P3 lagi tu. Kihkih.. Cuma korang kena ada skill kelentong. Dah akak cakap.macam tu, korang jangan la pulak mai lenggang kangkung jumpe penemuramah, kira kompem lulus.. aih jangan..

Kena ada ilmu sikit.. supaya orang nampok ampo ni golongan terpelajar. Jangan orang tanya kssr tu stands for what pon ampo tak leh jawab. Haa.. selain ilmu tu korang jugak patut dari sekarang asah kemahiran menggoreng. Orang cakap goreng biar berapi. Haaa gitu. Tambah sikit serbuk sedapsedapmaggiecukuprase, insyaallah interviewer korang akan terpukau dah secara tak langsung peluang korang nak jadi insan terpilih tinggi.

Pendek kata. Jangan risau sangat. Insyaallah ada rezeki la.

posted from Bloggeroid

Nak pindah

Aku masuk bulan Oktober je hari tu maka rasmilah dekat 6 bulan gakla aku bekerja sebagai cikgu ni.

Walopon pedalaman 1, bukan nak cakap ape la, masalah air dekat sekolah aku ni kalau ada pedalaman 7 mungkin dah pedalaman 7 dah. Tsk..
Kau boleh bayangkan, bangun dari tido dengan harapan nak mandi-basuh baju- masak sarapan *saya dah rajin sikit sekarang* semua terpaksa cancel sebab ape, sebab air takde. Kering, kosong, ilek.

Kalau kepada non-muslims, benda tak jadi masalah. Ni kepada kitorang ni.. takkan nak apply ilmu tayammun pulak. Aduh. Aku bangun pukul 4 lagi cek air pagi pagi. Hui. Macam oficcer Indah Water dah tu. Round satu sekolah mase orang lain dok berenyam dalam selimut. Satu sekolah tak de air. I repeat. Whole school no water *english translet*

Thats why nak tak nak aku telah mintak tukar. Alang alang dah pedalaman ni, aku mintak dekat ppd, aku nak.masok pedalaman 3 terus. Kihkih. Berani kannnnnnn... tak de takde.. aku dah pikir masak masak dah...

And.. disebabkan aku agak tekanan emosi dengan hausmet yang agak aku kurang gemor.. maka permohonan tukar sekolah ni pon salah satu sebab utama. In fact, the main reason why i applied for transfer.

Semalam ppd telah masukkan nama aku dalam waitin list. Kira okelah. Nak keluar sekarang takleh sebab ppd cakap sekolah aku kurang guru matematik... aduh... kena tunggu junior datang amik tempat tahun depan terus insyaallah boleh pindah...

Juniors Maths cepat sikit. Im waitin 4 u guys!!!

posted from Bloggeroid

Thursday, August 14, 2014

Bro to Bro!

It has been ages since my last post. I dont know. Its getting harder to update regularly. I dont think work has kept me from doing that. Prolly because im trying super hard here to keep my blog secret from everybody.

I dont want them to read my super crap blog. U know how annoying boys can be especially when they try to make fun of u.

So far, work has been great for me. Alhamdulillah, praise to Allah, i am a teacher now. It has been for months already and it still feels surreal!

Whats new???

um.. lately Im so into online shopping. Its like a new disorder for me. Since I dont have to really berjimat (i still save though) like how I would in maktab with the limited allowance and all, i mean, everything i saw in instagram or any website selling stuffs, my brain automatically talks to me like, "we neeeed to have that, uhhhh!" or " Omg!!! That's superrr cute, totally buying it!"

Lucky enough, everything i purchased from the internet is from trusted seller. Except this one. I dont know yet whether this one is scam or not, lets hope not!

you know the tricks when u want to buy or purchase something boyish like having ur car checked at the workshop, or buying something like used shirts, shoes, watches or game consoles, guy to guy talk is the best.

I mean, bro to bro.. it's like there's more trust in the deal. Havent you heard all bros are brothers to other bros. Like, brother from another mother, things like that. Since ive been told that guys would charge more on girl than a guy so the deal i made today, i impersonated as guy. I wanted to a buy a psp for my sister's birthday present.

I dont know whether this seller bought it or not (me being a guy). Ive used too much 'bro' words i guess and it looks so fake.. like "Bro berapa bro nak bagi kite?", "Bro, sorry bro, bro boleh bagi gambar tak bro sebab kite nak tengok badan psp tu ade defect ke tak?" You get it?

Seriously i dont know any boy to boy talks. So... i really hope this 'bro' is really honest in selling his psp to me. Arghh. I spent quite a bit on that, truthfully. So crossing fingers, its not a scam.. insyaallah..

Waargh... signing out... gonna share what i purchased from the net tomorrow! Super excited!!!

posted from Bloggeroid

Saturday, June 14, 2014

Birdies

I accidentally knock over a bird nest.. I thought it was empty until I saw 3 little featherless birdies inside it..

Oh my god. How fragile those little things. Aku letak sarang burung tu betoi betoi kat luar rumah dekat tangga.. Lepas tu aku masok balik bilik sambung kemas2. Yela. Dua minggu tinggal. Berhabuk semua.

"Chupchipchup", dan dan tu jugak mak burung ni hinggap tempat sarang dia yang aku dah alih tu. OMGGGGGG! Aku tak sampai nak letak sarang tu balik. Aku decide aku ignore je. Abis kemas aku cuci baju *umangai, calon surirumah terhebat*

Aku jenguk sikit. Tengok tiga ekor dok bukak bukak mulut. Aduh comel sangat. Tak sampai ati. Kalau mati anak burung ni, pembunuh haiwan. Kejam gile. Berdosa aku.




Tiny little creatures





Are u that hungry, birdies?

Kejam bhai kalau aku biar je.. Hum.Tak boleh jadi.. aku ambil roti bantal, rendam dalam air kosong.. hancur hancur kan, sua ke mulut sekor sekor. Sambil dalam hati berdoa, biarlah mak burung mai amik anak nya. 😔





Makanan burung homemade.


Niat aku kalau makburung tak mai amik babies ni, aku akan jaga sampai tumbuh bulu.. Part terbang aku tak jamin.

Pas bagi babies makan. Aku naik umah.. Pastu turun balik nak tengok, eh eh, sarang burung terjatuh. Waaaaa 😱
Apakah??? My babiesssss. Mana mana. Tang tang tu jugak ada kucing


Aku sangat takut kalau2 si kucing ni dah makannn babies aku. Waa..

Pastu entah tetiba aku tertengok taik burung sikit dekat tangga tu. Um. Maybe makburung dah amek anak dia. Insyaallah.wallahualam. Allah maha mendengar doa hamba2.

Kadang2 benda sekecil ni mampu membuka mata kita terhadap betapa hebatnya Allah yang Maha Kuasa. Subhanallah. Aku harap babies burung betul2 dah diambil oleh makburung tu.. 😔


AllahTheGreatest

Xoxo.. goodnite💞

posted from Bloggeroid

Ehsan dan tanggungjawab

Hari ini aku selamat sampai ke Kapit setelah mengharungi 3 jam perjalanan mode udara.. 4 jam transpot air. Sigh....

di mana everything went almost smoothly.. Banyak aku belajar la jugak naik flight sensorang. Automatik kalau travel sesorang ni mode independent terus diaktifkan dan alhamdulillah dengan pertolongan Allah, aku berjaya sampai ke Sibu dengan selamat. Walaupun hampir missed flight, hampir termalu tersipu tak tahu proses nak masukkan beg ke kargo sebab lambat semua la. Tapi sebab keramahan dan sedikit rase malu aku tebalkan muka bertanya stewardess n atendants berjaya juga aku hadapi proses penerbangan dengan mudah.. thank u allah.


Yang paling terkilan, dengan seorang pakcik taxi ni. Apabila aku dah touch down di eport Sibu belom sampai pintu hotel lagi dah suruh aku turun.. amboi.. dah la aku dah baya... tapi bolehla pulak menghalau macam tu. Kalut sangat nak kejar pelanggan lain dekat eport. Dia angkut semua barang2 aku diletak camtu je atas jalan!!! Σ( ° △ °|||).. tak sampai destinasi lagi yeeee. Ish.. terkontang kanting aku ambik makanan aku, air mineral aku bergelimpang atas jalanraya, jalan slow2 pergi hotel. Tsk.. nasib seorang musafir. Takpa.. redha Allah bersama orang2 yang sabar.


Pastu Allah permudahkan lagi perjalanan aku naik ekspres bot pulak... Sampai je pekan Kapit, sedar2 sorang hamba Allah walopon bukan beragama Islam tawar angkat beg semua ke atas sampai di jeti. Tak mintak bayaran, aku bagi je 10rm sebab aku rase berterima kasih sangat. *^▁^*

Dan alhamdulillah.. sampai ke umah guru di sekolah. Tsk.. pastu masuk pulak part sedih. Sampai umah, rajin kan diri mengemas umah ngan taik cicak semua... pastu........



Sambung next entry.**

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 21, 2014

Alhamdulillah.

Dah dua bulan survive di bumi Kapit. Masih dalam fasa adapting. Almaklumlah, banyak lagi benda nak kena sesuaikan diri.

Mood mengajar pon masih malu malu kucing. Still seeking for the best pedagogical techniques that i can apply in class. Urm... risau sangat sangat. Mana tahu kena pegang murid tahun 6 tahun depan. Wa...

Lagi... sekarang rupe pon macam orang dok pedalaman. Facial semua jangan harap. Kusam kulit jangan kata. Kulit berparut perkara biasa. Ergh.. terlalu banyak serangga2 kecik yang ganasnya ibarat api yang lahar *amboi perumpamaan*. Setiap hari wajib digigit. Um.. balik sememanjung memang kena beli insect repellant lotion or whatevs.


Lagi satu.. keputusan ujian bebudaks sngat mengecewakan... um... sebab ujian kali ni aras sangat la tinggi.. lagi lagi pula, cikgu baru macam aku ni, soklan ujiannpon kdang kadang terlepas pandang banyak salah. Hailaa... *still_in_learning_process*.. selesai analisis markah ujian, nak je rase lari menyorok bawah bantal. Waaa...

I will work harder...
Istiqamah..


On the bright side.......


Aku semakin bambams... waaa. Serunuk nye.. ahahahhahahahaha (gelak sambil keluar air mata. Yang pasti bukan air mata kebahagiaan). Lebih lebih lagi dapat hausmets yang suke memasak.. waaa.. this is sooo stressful. Hari hari wajar masak sedap... aku pon banyak belaja ilmu *bakal suri rumah sejati*...


Antara masakan yang konon dah reti buat walopon baru sekali belaja. Ecehhhh *tarian tanggo*

1) Sambal nasi lemak mudah
2) Ayam berempah mudah
3) Kuih bom
4) Pudding karamel tanpa telur mudah
5) chilled cheese cake


Haaa.. terbeliak mata pakar diet. Gagal.. takpe nanti masa free aku share resepi resepi mudah...
Minggu ni nak try buat pudding triffle.. bahan semua da beli.. tak sabar... thank u mommy for the resepi. ♡♥




Nasi lemak sambal bilis ayam berempah.. #mamamia



Ps tahniah baby brother dapat sambung belaja di bau, sarawak. Nanti leh travel sama sama, balik kampung same same. Yeyeye

posted from Bloggeroid

Sunday, April 27, 2014

Maaf

Kepada sesiapa yang ada terguris hati dengan saya secara sengaja @ tak sengaja. I didnt mean to hurt your feelings in any way possible.

Saya sebagai manusia mengaku berhati kecil. Mungkin ada terlepas pandang. Kalau nak marah marahlah tapi jangan disimpan di dalam hati.

Saya ni guru novis banyak benda kurang mahir. Soal hati pon kurang mahir. Err. Kadang kadang benda kecik saiz kuman je pada saya tapi pada orang lain sebesar pulau. Mohon ampun mohon maaf.

#hopethingsgetbacktohowitwas

Eggs

Tomorrow im gonna get back to my diet program. Been neglecting it for a month now. Huls.

Serius. Harus diet. Raya dua bulan lagi. Wuuu.. please please. Nak diet sesungguh hati macam nak bercinta dengan James Franco. Eh...

Tak koser aku nanti balik Malaysia komen pertama aku dapat nanti,

"Eh.. da comel balik dah budak ni..."

Im expecting more like

"Wow.. tak sangka dah jadi miss universe"

Okay.. terlebih exaggerate. But serius..


Soo.. permulaan balik phase induction ku untuk diet protein ni hanya lah telor sahaja


Telor sepapan. Kalau rajin makan banyak.. dada ayam pon bli sikit. Eh...

I hope the eggs will keep me energized for the whole week..


Soooo raqibahhh, fight for it baby.. I'll cheer for u- James F.

Baiklah hanya ilusi dan pembakar semangat je...

Maka bermulalah fasa induksi aku for tge sec time this year...


Pls pray for me xoxo ♡♥♡♥

posted from Bloggeroid

Sunday, April 20, 2014

Third day in Sibu

Hui.. hari ke tiga baru update trip..

Hee.. ni trip just for gegerls je.. aku dan dua orang kakak seniors. Basically, this short trip is all about spending money wisely.. and i learnt my lesson... :'(



Ni.. habuan ku untuk tiga hari.. tsk.. sebetulnya, hampir 88% benda benda tu adalah keperluan untuk ke sekolah dan selebihnya adalah kemahuan... wuuu..

rasa bersalah sangat.. haa.. never mind. Jarangjarang. Entah bile lagi nak shopping macam ni..

Da la belom payday.. matiks.


Belom gaji, makan hebat kau ye...

Hujung bulan ikat perot nak beli tiket balik semenanjung.. Waaa please gaji... i really need u..

Ending tis post with


Belacan bintuluu . Huuu

posted from Bloggeroid

Sarawak

Been here since the first of April. Kinda missing home. So many things happened for the first three weeks. Tsk.. cut my palm, bruises everywhere..

And... i lost my phone in the middle of pekan kapit. Why why..

need to sleep. Anyone reading this, staying in kapit?

posted from Bloggeroid

Sunday, March 23, 2014

I am a teacher







Officially on 19/3...

Akhirnya, berita tentang penempatan aku telah disahkan benar selepas beberapa siri spekulasi seperti kehilangan #mh370 yang dibuat.. Muahaha..

Bila sahabat aku share dalam fb,


Kawan-kawan. aku dapat n9 :)

Terus menggigil tangan on mobile data, klik link semak posting... Wuuuuu.. nebes... Gigil sejuk kelu beku masa aku taip digit IC aku... Lepas tu, klik tab *SEMAK*... 

Tunggu 4 saat, terus keluar macam ni...


Nangis kau? Nangis kau?

Sarawak? Sarawak? Not even on my list! 

Tolong checkkan untuk klasmate aku yang India. Boleh pulakkkk dapat Kelantan even dia letak Kelantan as her third choice! Aku letak FIRST, der!! *pastu aku fikir fikir boleh lah. Aku da ada kerja. Mungkin kekurangan guru bukan bumiputera kot kat Kelantan ni.... =/*

Cheh, positip la sangat.. INSYAALLAH... positip...


So, masa singkat giler nak buat preparation. 12 hari jer nak prepare! Banyak siot lulz!


List list benda kena sedia *yang aku bold dah ready* sumber dari group FB PISMP '10 SARAWAK


  1. Surat setuju terima tawaran 
  2. Borang pemeriksaan perubatan
  3. Surat akuan sumpah
  4. Surat aku janji
  5. Kwsp
  6. Salinan kad pengenalan sendiri
  7. Surat beranak
  8. Surat tamat belajar
  9. Sijil2 aktiviti
  10. Transcript exam sem1-8
  11. DPT passport /passport antarabangsa
  12. Sijil spm
  13. Gambar 
  14. Surat tawaran drpd Jpn/ppd (akan dberi nnti)
  15. Salinan kad pngenalan mak ayah
  16. Surat beranak mak ayah
  17. Muka depan buku bank anda (ur preferred bank account, huhu, e.g : Maybank, Cimb, BSN)


Yang aku tak bold tu macam tak sure je. Nanti aku check balik. Yang sadisnya, hari ni pi buat pasport biru untuk menetap kat Sarawak. 4 jam aku menunggu.. Duduk pon tak. Tak de free spot nak duduk. 


Ramai giler manusia manusia yang datang dengan harapan membawa balik paspot merah, pas sempadan dan banyak lagi urusan dekat Wisma Imegresen KB tu. Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan aku.


Yey, kite dah ada paspot.. Nanti boleh beli paspot cover wana pink~ *lulz*


Okay, nak rest pastu malam ni nak siap siap lagi dan make sure apa benda yang kena buat lagi ni. Aish.. Pening.


Toodles Xoxo

Thursday, January 23, 2014

Hyorin (Sistar) - Hello, Goodbye (My Love from the Star OST)



Oh goshh!!! I've been loving Hyorin's husky voice. So much goodness from it. The previous project she sang for OST is for The Master's Sun drama-(Make Me Go Crazy/ Crazy Love). That one, got me sick-love for weeks! The latest one here is just daebak! Love her voice, love the drama. What's more to ask?



The drama poster-My Love from The Star
Enjoy!!!

I found this MV from Youtube, complete with romanization and translation! But just being nice, putting here also the lyric of this song cox I know how much you wanna have your 'moment' singing session. XP







Romanization

Uyeonhi naege dagawa
Gamssa anajugo
Seoro meonghani baraboda
Geonnaen mal annyeong
Kkumsogeseoman seuchyeogatdeon
Jigeum neon nae ape

Sarangi wanneunde
Geudaen tteonandae
Gidaryeonneunde
Deo bol suga eopdae
Neul babocheoreom
Heureuneun nunmuri malhae
Annyeong ijen good bye

Hello hello hello
Hello hello

Dasi mannal ttaen naega meonjeo
Gwaenchanha annyeong

Kkumeseorado majuchilkka
Du nuneul gamayo

Sarangi wanneunde
Geudaen tteonandae
Gidaryeonneunde
Deo bol suga eopdae
Neul babocheoreom
Heureuneun nunmuri malhae
Annyeong ijen good bye

Sigani seodulleo
Neol naegero deryeowajugil
Dan hanbeonman malhaejugil
Mideojiji annneun iyagireul

Eodi inneunji
Naemam aneunji
Bogo sipeunde
(Dasin bol su eomneun gose)
Bam haneure sorichyeo annyeong

Sarangi wanneunde
Geudaen tteonandae
Gidaryeonneunde
Deo bol suga eopdae
Neul babocheoreom
Heureuneun nunmuri malhae
Annyeong ijen good bye

Hello hello hello
Hello hello



Translation

You came to me by coincidence and embraced me
And as we blankly stared at each other, you said goodbye
You only passed through in my dreams
But now you’re in front of me
Love has come
But you say you’re leaving
I waited for you
But you say I can’t see you anymore
Always like a fool
The flowing tears tell me
Goodbye now, goodbye
Hello Hello Hello
Hello Hello
When we meet again, I’ll be the first to say
I’m alright, hello
Will I see you at least in my dreams?
I close my eyes
Love has come
But you say you’re leaving
I waited for you
But you say I can’t see you anymore
Always like a fool
The flowing tears tell me
Goodbye now, goodbye
I hope time hurries up
And brings you to me
I hope you will tell me just once
Things that are unbelievable
Where are you?
Do you know my heart?
I miss you
(In a place I can’t ever see you again)
I shout to the night sky, hello
Love has come
But you say you’re leaving
I waited for you
But you say I can’t see you anymore
Always like a fool
The flowing tears tell me
Goodbye now, goodbye
Hello Hello Hello
Hello Hello
You Who Came From The Stars



CC: KASHIGASA for the complete lyrics =)

Wednesday, January 22, 2014

Handphone GiveAway by Syuhada1981.com



Hehe.. Semalam sibuk menjoinkan diri dengan bloglist/blogwalking segmen. Alang alang dah terlebih rajin, marilah menjoinkan diri dengan GA (Giveaway) plak...



Hadiah menarik sangat-sangat! Jom join. Tak rugi pon kan?


Klik untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan!


Closing date:   31hb Januari 2014


Senarai Hadiah

Top Referral

Louis Vuitton atau Gucci Handphone (bernilai RM450.00 setiap satu)  + RM 50.00 x 4 pemenang




Random

Solat Perfume (RM50.00 setiap satu) x 6 pemenang




Good luck, everyone!






Tuesday, January 21, 2014

SEGMEN: Bloglist 2014 by Kiera Rashid



Tsk.. Tak tahulah macam mana. Tarikh tutup hari ini... Aku pandai pandai pos kan. Moga tuan tanah berbesar hati menerima lagi entry aku ini. *Peace!*


Sila klik pada gambar!



Segmen : Bloglist dan blogwalking by Miss Fairytale



Boringnya.. Aku esok pagi awal awal lagi nak ke bank mau urusin hal dividen. So.. Sepatutnya tido awal tapi mata pulak tak mau terpejam gara gara tido petang yang masyok petang tadi. Tsk..



So, alang alang terserempak dengan entry ini, jom lah kawan kawan join segmen ni, boleh juga berkenal kenalan kan?


Klik pada gambar!

Closing date: 4th of Feb. 2014

Saturday, January 18, 2014

Where to download The Sims 3 and all its expansions?


#corrected! Bunch of thanks to Mr Anon *blushed* my mistake!

I am an avid gamer of the Sims Series .I have tried all of Sims Series for the past 6 years of my life. From The Sims to The Sims 2  and finally, The Sims 3. I know, i know this is something I shouldn't brag off. What's so great about having to play this simulation game for six years long? Nerd........ not!



So, it's 2014, babeyh!



Many simmers already know that this year, the latest addition to the Sims Series which is The Sims 4's gonna hit the market! Maybe in March/ April? I just cannot wait for it!! Might as well change to using PC for better graphic, i guess!



Yesterday I just got the final expansion for The Sims 3 series which is Into The Future. I don't know whether it's great or not cox I haven't installed it yet. #sorrynotsorry. But, looking at the reviews I found on the net, some said it's different from the other expansions. Need...to... try...playing... first... *zombie face*





What's more interesting is that i downloaded the game for free! Hell yeah! Why pay for something when you can get it for Freeeyyhhh! I ve been searching for good websites that provide the complete set of The Sims 3 expansions and luckily I have found one. It's so much easier compared to the other sites where they state we can get the game for free but you actually need to spend money on it. (#^#) It's just so frustrating when you are so close to playing and somehow they asked you to complete surveys which's gonna end up you receiving paid sms on ur phone. 

Games4theWorld is the best ever!! (click)

They provide you the complete set of Sims 3 expansions for freeyh!!! (excited 4th grader, heee) 





Im showing you guys the babies.

Just remember, you only can GET THESE by using TORRENT. So, download your torrent first before DOWNLOADING the games!


Good luck!

Thursday, January 16, 2014

MYCIN T-TREE ~Produk Murah dan Berkesan untuk Jerawat



Assalamualaikum readers, memandangkan Nuffnang dah bagi BE untuk blog ni, maka harus aku merajinkan diri menulis satu pos. Ye la, post terakhir pon beberapa hari lepas kan. Bile la agaknya nak rajin macam dulu dulu? Hummmm.. (-_^)"

Okay kali ni aku nak share satu produk murah yang aku dulu dulu pon meragui keberkesanannya dalam merawat jerawat namun, terbukti berkesan!

Dulu bermula zaman sekolah menengah sehinggalah aku masuk maktab, masalah jerawat memang salah satu masalah yang sangat sangat membuatkan aku lost kompiden. Bentuk badan 'comel' tak pa lagi kan. Tapi bab acne ni, Ya Allah, down sangat lebih lebih lagi kalau kau berada dalam bidang profession yang memerlukan kau berinteraksi dengan orang ramai. Lebih lebih lagi, aku bukanlah seorang gadis yang bermakeup. Berbeza ngan kawan kawan aku yang lain. Walaopon jerawat banyak, mereka bijak mengkoverkan jerawat dengan lapisan tebal foundation dan krim bb/cc yang membuatkan wajah mereka flawless gitueeee.

Sewaktu zaman kena praktikum dekat sekolah, memang masa tu, jerawat tu ibarat meluaskan jajahan dengan jayanya di atas muka aku ni. Dekat dahi bertimbun, dekat pipi sekelompok. Ya Allah, sampai hobi sampingan adalah memicit jerawat (kalau geli, toksah baca). Habis picit pula, parut pulak tinggal. Hitam hitam dekat pipi + dahi. Tsk. Apalahhh.. Sampai banyak kejadian, dekat sekolah budak budak sekolah mengejek akuuu!!! Cakap aku banyak jerawat. Ohmaigad. Gile kau stress kan.. Tsk. Down down.

Sampai lah aku terima tips daripada sis aku tentang produk Mycin T Tree ni. Beliau telah bermurah hati membelikan aku sebotol mycin ni dari farmasi berdekatan. Masyaallah. Mula mula pakai, kuat baunye. Kira, kalau kau sapu mycin dekat muka, bau tu kalau kau hirup nafas dengan mulut terbuka, kau dapat rasa pahitnya dekat lidah kau. Jangan risau, hanya bau sahaja. Mycin ni, dalam bentuk liquid. Proses pemakaiannya hanya la mendab kan sahaja (menepuk nepuk sahaja permukaan span pada botol) dekat permukaan muka kau. 



Produk:


(Boleh didapati dalam bentuk gel/ liquid)

Function:

Merawat jerawat sekaligus menghilangkan parut jerawat.


How to purchase:

Bolej didapati di mana-mana farmasi berdekatan. Tanya dekat kaunter farmasi sebab produk ni macam controlled produk gitu.

Price: 

RM 28++


Namun, harus diingatkan, kalau terdapat luka pada jerawat/ muka, elakkan pemakaian mycin kerna kesannya adalah KESAKITAN SELAMA 5 SAAT pada kawasan tersebut. Hehehe. So far, kulit aku ni jenis yang tak berlopak lopak. So, selepas pemakaian mycin, kulit muka ibarat tak pernah naik jerawat lah. Alhamdulillah.


BEFORE:Ni masa ni teruk la. parut hitam semua ada. Jerawat naik non stop. Stress. 

(Si tudung hitam. Ni masa celerate bday saya tahun 2012 kot. Thank you gegels *edit pon still nampak kannnn)




AFTER:

Masa iftar tahun lepas. (no edit. Make up pon takda. Hehehe.. Miss you gerls. )


Tapi, mungkin kesan berbeza ngan individu. Adik aku pakai pon, muka jadi dry gile sampai kena stop. So, bagi aku kalau dry kena pakai mosturizer la kan nak lembap balik. So far aku tak pernah rasa kering. I guess different people will react differently to different product. So, tak salah mencuba. Mana tahu berkesan kan..



Heee... Semoga tips ini dapat membantu adik adik yang tengah hormonal gila naik acne. Insyaallah. Nanti lepas pakai mana tahu orang akan ingat kita baru terai produk collagen (*pengalaman sebenar*) mihmih.



Friday, January 10, 2014

Tips Menghadapi Temuduga SPP (DG41)



Assalamualaikum.

Rata-rata guru pelatih lepasan Institut Pendidikan Guru merasakan, time nak kena panggil temuduga untuk jawatan Pegawai Pendidikan Siswazah DG41 lah yang paling mencemaskan. Betul tak?





Aku punye pengalaman, lima hari lagi tarikh ditemuduga baru list nama diupdate dekat laman web SPP. Ya ALLAH, mana den tak terkojut habaq hang! Baju, tudung, kasut, hand bag (ni memang khas untuk calon calon perempuan sebab aku pon sama, hehe) blazer, sijil dan lain-lain nak kena sediakan. Tsk. Banyak proses yang  harus dilalui untuk tempoh waktu yang singkat.

So, perkara pertama yang harus kau buat sebaik sahaja mendapat perkhabaran masam masam manis kena panggil IV, adalah redha dan percaya bahawa rezeki kau nak mendapat pekerjaan semakin hampir. Pendek kata, tarikh nafas, dan hembus kelegaan. Aaaahhh.. Ucapkan kata-kata positif dan yang paling penting sekali bersyukur la dengan Ya Maha Esa yang Maha Mendengar doa kau siang malam nak jadi cikgu tak nak menganggur kannn?



Proses normal yang harus dilalui....


Pertama sekali adalah isi JobsMalaysia. Kalau ikut perkiraan IPG aku, JobsMalaysia diisi sebaik sahaja nama dipanggil untuk ditemuduga *jadi perkara ini mungkin berbeza mengikut IPG*

Selepas itu, proses penting adalah melengkapkan segala dokumen dokumen yang penting dan mendapatkan pengesahan. Dokumen penting merangkumi perkara dibawah dan proses penyediaannya mengikut pengalaman aku (akan diberi senarai semak di laman SPP):

Letak mengikut susunan dalam buku sijil:

  1. IC (ye ic original dan kena buat copy)
  2. Surat lahir (mesti ada, kalau dah terhilang ke, ape ke, cepat cepat buat salinan baru di JPN berdekatan.
  3. Sijil SPM (sila dapatkan di sekolah menengah terakhir dimana anda menduduki SPM. Rata-rata kita 'lupe' nak ambil sijil SPM (kes istimewa). Aku sendiri pon, tahun akhir dekat IPG, baru terhegeh hegeh pergi ambil sebab kena isi borang posting kan)
  4. Slip SPM (optional)
  5. Surat pengakuan tamat kursus (ni kalau dah grad, memang tak payah, tapi pada yang belum konvo lagi memang kena ada ni. *Minta dekat HEP ipg masing masing.
  6. Transkripsi ujian setiap sem (lapan sem/ kalau terawal panggilan temuduga 7 sem pun dah mencukupi. (yang ni memandangkan setiap IPG dah guna sistem ITEMS memang salinan keputusan tersusun atur mudah nak dicapai daripada laman ITEMS ipg masing2)
  7. Cetak surat pengiktirafan kelayakan daripada laman jpa.gov.my
  8. Akhir sekali, sertakan sijil sijil aktif anda pembabitan anda di IPG dan sewaktu dengannya/ *sijil koku dari tingkatan 4 ke atas*
  9. Sila buat salinan item *1 hingga 8* sekurang-kurangnya 2 salinan. (pihak IV hanya akan ambil satu sahaja. Tapi, hey lebih baik berwaspada kaaannnn) 
  10. Dapatkan pengesahan penjawat awam (contohnya, PK HEM di mana-mana sekolah (Sek Ren/ Sek Men pon buley) berdekatan anda. Tak semestinya GB je)
  11. Susun item original di dalam display book anda (buku sijil yang ada kertas clear tu)
  12. Susun item copy anda di dalam sebuah fail biasa. Mengikut susunan display book original.
Fuuh, bahagian teknikal sudah selesai. Alhamdulillah..

Seterusnya adalah proses mental. Pada tahap ni, kau berdoalah supaya mental dan jiwa kau bersedia nak menerima ilmu, sebab mengikut pengalaman aku lah, lepas tamat pengajian ni, rasa malas tu bermaharajalela sehinggakan nak pegang pen pun rasa malas. Tsk.

So disini aku nak share kan bahan bacaan yang buleh kau baca sebagai persediaan menghadapi panel. * klik dan download*





Baca la jugak topik penting dalam bidang pendidikan:

-11 anjakan
-Wawasan 2020
-NKRA dan lain-lain

Serta isu isu semasa seperti pemotongan subsidi ke, demo/ perhimpunan haram dalam kalangan pelajar (yang penting jawapan kau orang mestilah menyokong kerajaan, jangan pulak kau rasa marah harga gula naik, kau hentam kerajaan depan panel. Sooo..... paham paham lah)


Akhir sekali adalah daripada segi penampilan diri

Photo
gambar hiasan

Untuk calon guru lelaki, pakaian adalah diharamkan sekiranya tidak tucked in. Kira pakaian formal yang mesti dituck in. Baju batik ke (walaupun kau ditakdirkan ditemuduga pada hari Khamis), baju jenis ala-ala nasyid raihan sama sekali tidak dibenarkan! No no no!. Baju berlengan pendek juga!! 

Untuk calon perempuan, simple sahaja, kemas dan mantap gitu. Pendek kata, berpakaianlah seperti seorang pendidik. Jangan macam nak pergi majlis kahwin dato VVIP, dimana selendang diselempang di atas bahu, jambul halus terjojol di dahi. Tsk. Kalau dah tak boleh imagine sangat, google sahaja guna keyword *pakaian seragam guru perempuan*. Kasut adalah lebih baik sekiranya bertapak. I know, kebanyakan suka pakai flat, pump semua, tapi pakailah mengikut majlis.

Harus ada nametag.

Dan blazer pula adalah optional. Tak pakai pun takpa. Jangan ampa pikir tak pakai blazer nanti akan digagalkan. Aku tak pakai dan dah sah sekarang dapat jawatan. So, blazer tu tak menjadi faktor pun panel akan menggagalkan kau, juz be yourself and be confident. Kalau pakai blazer, panel soal jawab pon tak boleh pon takdak guna.



Akhir kata, berdoalah semoga segala urusan dipermudahkan Allah. Banyakkan berdoa and best of luck!  Have faith and BELIEVE you can do it! Insyaallah~~~

Entry Best!