Thursday, January 16, 2014

MYCIN T-TREE ~Produk Murah dan Berkesan untuk Jerawat



Assalamualaikum readers, memandangkan Nuffnang dah bagi BE untuk blog ni, maka harus aku merajinkan diri menulis satu pos. Ye la, post terakhir pon beberapa hari lepas kan. Bile la agaknya nak rajin macam dulu dulu? Hummmm.. (-_^)"

Okay kali ni aku nak share satu produk murah yang aku dulu dulu pon meragui keberkesanannya dalam merawat jerawat namun, terbukti berkesan!

Dulu bermula zaman sekolah menengah sehinggalah aku masuk maktab, masalah jerawat memang salah satu masalah yang sangat sangat membuatkan aku lost kompiden. Bentuk badan 'comel' tak pa lagi kan. Tapi bab acne ni, Ya Allah, down sangat lebih lebih lagi kalau kau berada dalam bidang profession yang memerlukan kau berinteraksi dengan orang ramai. Lebih lebih lagi, aku bukanlah seorang gadis yang bermakeup. Berbeza ngan kawan kawan aku yang lain. Walaopon jerawat banyak, mereka bijak mengkoverkan jerawat dengan lapisan tebal foundation dan krim bb/cc yang membuatkan wajah mereka flawless gitueeee.

Sewaktu zaman kena praktikum dekat sekolah, memang masa tu, jerawat tu ibarat meluaskan jajahan dengan jayanya di atas muka aku ni. Dekat dahi bertimbun, dekat pipi sekelompok. Ya Allah, sampai hobi sampingan adalah memicit jerawat (kalau geli, toksah baca). Habis picit pula, parut pulak tinggal. Hitam hitam dekat pipi + dahi. Tsk. Apalahhh.. Sampai banyak kejadian, dekat sekolah budak budak sekolah mengejek akuuu!!! Cakap aku banyak jerawat. Ohmaigad. Gile kau stress kan.. Tsk. Down down.

Sampai lah aku terima tips daripada sis aku tentang produk Mycin T Tree ni. Beliau telah bermurah hati membelikan aku sebotol mycin ni dari farmasi berdekatan. Masyaallah. Mula mula pakai, kuat baunye. Kira, kalau kau sapu mycin dekat muka, bau tu kalau kau hirup nafas dengan mulut terbuka, kau dapat rasa pahitnya dekat lidah kau. Jangan risau, hanya bau sahaja. Mycin ni, dalam bentuk liquid. Proses pemakaiannya hanya la mendab kan sahaja (menepuk nepuk sahaja permukaan span pada botol) dekat permukaan muka kau. 



Produk:


(Boleh didapati dalam bentuk gel/ liquid)

Function:

Merawat jerawat sekaligus menghilangkan parut jerawat.


How to purchase:

Bolej didapati di mana-mana farmasi berdekatan. Tanya dekat kaunter farmasi sebab produk ni macam controlled produk gitu.

Price: 

RM 28++


Namun, harus diingatkan, kalau terdapat luka pada jerawat/ muka, elakkan pemakaian mycin kerna kesannya adalah KESAKITAN SELAMA 5 SAAT pada kawasan tersebut. Hehehe. So far, kulit aku ni jenis yang tak berlopak lopak. So, selepas pemakaian mycin, kulit muka ibarat tak pernah naik jerawat lah. Alhamdulillah.


BEFORE:Ni masa ni teruk la. parut hitam semua ada. Jerawat naik non stop. Stress. 

(Si tudung hitam. Ni masa celerate bday saya tahun 2012 kot. Thank you gegels *edit pon still nampak kannnn)




AFTER:

Masa iftar tahun lepas. (no edit. Make up pon takda. Hehehe.. Miss you gerls. )


Tapi, mungkin kesan berbeza ngan individu. Adik aku pakai pon, muka jadi dry gile sampai kena stop. So, bagi aku kalau dry kena pakai mosturizer la kan nak lembap balik. So far aku tak pernah rasa kering. I guess different people will react differently to different product. So, tak salah mencuba. Mana tahu berkesan kan..



Heee... Semoga tips ini dapat membantu adik adik yang tengah hormonal gila naik acne. Insyaallah. Nanti lepas pakai mana tahu orang akan ingat kita baru terai produk collagen (*pengalaman sebenar*) mihmih.



2 comments:

Anis Shuhada said...

nice timing pos ni. sbb mmg tgh naik jerawat bertimbun kt muka sampai kwn tegur kena chicken pox ke. haiyaa... qib pkai liquid ke gel?

PinQib (Jung) said...

Salam anis.. qib punye yg dalam botol liquid form... lg oky la kot sbb muka kite kkn jnis bminyak.. x rasa rimas sngat...nnt share testimoni

Entry Best!