Friday, January 10, 2014

Tips Menghadapi Temuduga SPP (DG41)



Assalamualaikum.

Rata-rata guru pelatih lepasan Institut Pendidikan Guru merasakan, time nak kena panggil temuduga untuk jawatan Pegawai Pendidikan Siswazah DG41 lah yang paling mencemaskan. Betul tak?





Aku punye pengalaman, lima hari lagi tarikh ditemuduga baru list nama diupdate dekat laman web SPP. Ya ALLAH, mana den tak terkojut habaq hang! Baju, tudung, kasut, hand bag (ni memang khas untuk calon calon perempuan sebab aku pon sama, hehe) blazer, sijil dan lain-lain nak kena sediakan. Tsk. Banyak proses yang  harus dilalui untuk tempoh waktu yang singkat.

So, perkara pertama yang harus kau buat sebaik sahaja mendapat perkhabaran masam masam manis kena panggil IV, adalah redha dan percaya bahawa rezeki kau nak mendapat pekerjaan semakin hampir. Pendek kata, tarikh nafas, dan hembus kelegaan. Aaaahhh.. Ucapkan kata-kata positif dan yang paling penting sekali bersyukur la dengan Ya Maha Esa yang Maha Mendengar doa kau siang malam nak jadi cikgu tak nak menganggur kannn?



Proses normal yang harus dilalui....


Pertama sekali adalah isi JobsMalaysia. Kalau ikut perkiraan IPG aku, JobsMalaysia diisi sebaik sahaja nama dipanggil untuk ditemuduga *jadi perkara ini mungkin berbeza mengikut IPG*

Selepas itu, proses penting adalah melengkapkan segala dokumen dokumen yang penting dan mendapatkan pengesahan. Dokumen penting merangkumi perkara dibawah dan proses penyediaannya mengikut pengalaman aku (akan diberi senarai semak di laman SPP):

Letak mengikut susunan dalam buku sijil:

  1. IC (ye ic original dan kena buat copy)
  2. Surat lahir (mesti ada, kalau dah terhilang ke, ape ke, cepat cepat buat salinan baru di JPN berdekatan.
  3. Sijil SPM (sila dapatkan di sekolah menengah terakhir dimana anda menduduki SPM. Rata-rata kita 'lupe' nak ambil sijil SPM (kes istimewa). Aku sendiri pon, tahun akhir dekat IPG, baru terhegeh hegeh pergi ambil sebab kena isi borang posting kan)
  4. Slip SPM (optional)
  5. Surat pengakuan tamat kursus (ni kalau dah grad, memang tak payah, tapi pada yang belum konvo lagi memang kena ada ni. *Minta dekat HEP ipg masing masing.
  6. Transkripsi ujian setiap sem (lapan sem/ kalau terawal panggilan temuduga 7 sem pun dah mencukupi. (yang ni memandangkan setiap IPG dah guna sistem ITEMS memang salinan keputusan tersusun atur mudah nak dicapai daripada laman ITEMS ipg masing2)
  7. Cetak surat pengiktirafan kelayakan daripada laman jpa.gov.my
  8. Akhir sekali, sertakan sijil sijil aktif anda pembabitan anda di IPG dan sewaktu dengannya/ *sijil koku dari tingkatan 4 ke atas*
  9. Sila buat salinan item *1 hingga 8* sekurang-kurangnya 2 salinan. (pihak IV hanya akan ambil satu sahaja. Tapi, hey lebih baik berwaspada kaaannnn) 
  10. Dapatkan pengesahan penjawat awam (contohnya, PK HEM di mana-mana sekolah (Sek Ren/ Sek Men pon buley) berdekatan anda. Tak semestinya GB je)
  11. Susun item original di dalam display book anda (buku sijil yang ada kertas clear tu)
  12. Susun item copy anda di dalam sebuah fail biasa. Mengikut susunan display book original.
Fuuh, bahagian teknikal sudah selesai. Alhamdulillah..

Seterusnya adalah proses mental. Pada tahap ni, kau berdoalah supaya mental dan jiwa kau bersedia nak menerima ilmu, sebab mengikut pengalaman aku lah, lepas tamat pengajian ni, rasa malas tu bermaharajalela sehinggakan nak pegang pen pun rasa malas. Tsk.

So disini aku nak share kan bahan bacaan yang buleh kau baca sebagai persediaan menghadapi panel. * klik dan download*





Baca la jugak topik penting dalam bidang pendidikan:

-11 anjakan
-Wawasan 2020
-NKRA dan lain-lain

Serta isu isu semasa seperti pemotongan subsidi ke, demo/ perhimpunan haram dalam kalangan pelajar (yang penting jawapan kau orang mestilah menyokong kerajaan, jangan pulak kau rasa marah harga gula naik, kau hentam kerajaan depan panel. Sooo..... paham paham lah)


Akhir sekali adalah daripada segi penampilan diri

Photo
gambar hiasan

Untuk calon guru lelaki, pakaian adalah diharamkan sekiranya tidak tucked in. Kira pakaian formal yang mesti dituck in. Baju batik ke (walaupun kau ditakdirkan ditemuduga pada hari Khamis), baju jenis ala-ala nasyid raihan sama sekali tidak dibenarkan! No no no!. Baju berlengan pendek juga!! 

Untuk calon perempuan, simple sahaja, kemas dan mantap gitu. Pendek kata, berpakaianlah seperti seorang pendidik. Jangan macam nak pergi majlis kahwin dato VVIP, dimana selendang diselempang di atas bahu, jambul halus terjojol di dahi. Tsk. Kalau dah tak boleh imagine sangat, google sahaja guna keyword *pakaian seragam guru perempuan*. Kasut adalah lebih baik sekiranya bertapak. I know, kebanyakan suka pakai flat, pump semua, tapi pakailah mengikut majlis.

Harus ada nametag.

Dan blazer pula adalah optional. Tak pakai pun takpa. Jangan ampa pikir tak pakai blazer nanti akan digagalkan. Aku tak pakai dan dah sah sekarang dapat jawatan. So, blazer tu tak menjadi faktor pun panel akan menggagalkan kau, juz be yourself and be confident. Kalau pakai blazer, panel soal jawab pon tak boleh pon takdak guna.



Akhir kata, berdoalah semoga segala urusan dipermudahkan Allah. Banyakkan berdoa and best of luck!  Have faith and BELIEVE you can do it! Insyaallah~~~

4 comments:

Anonymous said...

Hi...cikgu... sila tanya macam mana download nota SPP semua tu yah...?
sebab tadi try macam tak dapat download... tak tau macam mana... :'( TQ...

Mantunbuah said...

thanks a million... !!!!!!

muharrani abu hamid said...

Maaf mengganggu. Sy xdpt nk buka nota di atas. Klu cikgu baik hati mohon email kpd sy ye. Jasa mu di kenang. Email sy hanihanafi_0108@yahoo.com

muharrani abu hamid said...

Maaf mengganggu. Sy xdpt nk buka nota di atas. Klu cikgu baik hati mohon email kpd sy ye. Jasa mu di kenang. Email sy hanihanafi_0108@yahoo.com

Entry Best!