Saturday, June 14, 2014

Birdies

I accidentally knock over a bird nest.. I thought it was empty until I saw 3 little featherless birdies inside it..

Oh my god. How fragile those little things. Aku letak sarang burung tu betoi betoi kat luar rumah dekat tangga.. Lepas tu aku masok balik bilik sambung kemas2. Yela. Dua minggu tinggal. Berhabuk semua.

"Chupchipchup", dan dan tu jugak mak burung ni hinggap tempat sarang dia yang aku dah alih tu. OMGGGGGG! Aku tak sampai nak letak sarang tu balik. Aku decide aku ignore je. Abis kemas aku cuci baju *umangai, calon surirumah terhebat*

Aku jenguk sikit. Tengok tiga ekor dok bukak bukak mulut. Aduh comel sangat. Tak sampai ati. Kalau mati anak burung ni, pembunuh haiwan. Kejam gile. Berdosa aku.




Tiny little creatures





Are u that hungry, birdies?

Kejam bhai kalau aku biar je.. Hum.Tak boleh jadi.. aku ambil roti bantal, rendam dalam air kosong.. hancur hancur kan, sua ke mulut sekor sekor. Sambil dalam hati berdoa, biarlah mak burung mai amik anak nya. 😔





Makanan burung homemade.


Niat aku kalau makburung tak mai amik babies ni, aku akan jaga sampai tumbuh bulu.. Part terbang aku tak jamin.

Pas bagi babies makan. Aku naik umah.. Pastu turun balik nak tengok, eh eh, sarang burung terjatuh. Waaaaa 😱
Apakah??? My babiesssss. Mana mana. Tang tang tu jugak ada kucing


Aku sangat takut kalau2 si kucing ni dah makannn babies aku. Waa..

Pastu entah tetiba aku tertengok taik burung sikit dekat tangga tu. Um. Maybe makburung dah amek anak dia. Insyaallah.wallahualam. Allah maha mendengar doa hamba2.

Kadang2 benda sekecil ni mampu membuka mata kita terhadap betapa hebatnya Allah yang Maha Kuasa. Subhanallah. Aku harap babies burung betul2 dah diambil oleh makburung tu.. 😔


AllahTheGreatest

Xoxo.. goodnite💞

posted from Bloggeroid

No comments:

Entry Best!