Saturday, June 14, 2014

Birdies

I accidentally knock over a bird nest.. I thought it was empty until I saw 3 little featherless birdies inside it..

Oh my god. How fragile those little things. Aku letak sarang burung tu betoi betoi kat luar rumah dekat tangga.. Lepas tu aku masok balik bilik sambung kemas2. Yela. Dua minggu tinggal. Berhabuk semua.

"Chupchipchup", dan dan tu jugak mak burung ni hinggap tempat sarang dia yang aku dah alih tu. OMGGGGGG! Aku tak sampai nak letak sarang tu balik. Aku decide aku ignore je. Abis kemas aku cuci baju *umangai, calon surirumah terhebat*

Aku jenguk sikit. Tengok tiga ekor dok bukak bukak mulut. Aduh comel sangat. Tak sampai ati. Kalau mati anak burung ni, pembunuh haiwan. Kejam gile. Berdosa aku.




Tiny little creatures





Are u that hungry, birdies?

Kejam bhai kalau aku biar je.. Hum.Tak boleh jadi.. aku ambil roti bantal, rendam dalam air kosong.. hancur hancur kan, sua ke mulut sekor sekor. Sambil dalam hati berdoa, biarlah mak burung mai amik anak nya. 😔





Makanan burung homemade.


Niat aku kalau makburung tak mai amik babies ni, aku akan jaga sampai tumbuh bulu.. Part terbang aku tak jamin.

Pas bagi babies makan. Aku naik umah.. Pastu turun balik nak tengok, eh eh, sarang burung terjatuh. Waaaaa 😱
Apakah??? My babiesssss. Mana mana. Tang tang tu jugak ada kucing


Aku sangat takut kalau2 si kucing ni dah makannn babies aku. Waa..

Pastu entah tetiba aku tertengok taik burung sikit dekat tangga tu. Um. Maybe makburung dah amek anak dia. Insyaallah.wallahualam. Allah maha mendengar doa hamba2.

Kadang2 benda sekecil ni mampu membuka mata kita terhadap betapa hebatnya Allah yang Maha Kuasa. Subhanallah. Aku harap babies burung betul2 dah diambil oleh makburung tu.. 😔


AllahTheGreatest

Xoxo.. goodnite💞

posted from Bloggeroid

Ehsan dan tanggungjawab

Hari ini aku selamat sampai ke Kapit setelah mengharungi 3 jam perjalanan mode udara.. 4 jam transpot air. Sigh....

di mana everything went almost smoothly.. Banyak aku belajar la jugak naik flight sensorang. Automatik kalau travel sesorang ni mode independent terus diaktifkan dan alhamdulillah dengan pertolongan Allah, aku berjaya sampai ke Sibu dengan selamat. Walaupun hampir missed flight, hampir termalu tersipu tak tahu proses nak masukkan beg ke kargo sebab lambat semua la. Tapi sebab keramahan dan sedikit rase malu aku tebalkan muka bertanya stewardess n atendants berjaya juga aku hadapi proses penerbangan dengan mudah.. thank u allah.


Yang paling terkilan, dengan seorang pakcik taxi ni. Apabila aku dah touch down di eport Sibu belom sampai pintu hotel lagi dah suruh aku turun.. amboi.. dah la aku dah baya... tapi bolehla pulak menghalau macam tu. Kalut sangat nak kejar pelanggan lain dekat eport. Dia angkut semua barang2 aku diletak camtu je atas jalan!!! Σ( ° △ °|||).. tak sampai destinasi lagi yeeee. Ish.. terkontang kanting aku ambik makanan aku, air mineral aku bergelimpang atas jalanraya, jalan slow2 pergi hotel. Tsk.. nasib seorang musafir. Takpa.. redha Allah bersama orang2 yang sabar.


Pastu Allah permudahkan lagi perjalanan aku naik ekspres bot pulak... Sampai je pekan Kapit, sedar2 sorang hamba Allah walopon bukan beragama Islam tawar angkat beg semua ke atas sampai di jeti. Tak mintak bayaran, aku bagi je 10rm sebab aku rase berterima kasih sangat. *^▁^*

Dan alhamdulillah.. sampai ke umah guru di sekolah. Tsk.. pastu masuk pulak part sedih. Sampai umah, rajin kan diri mengemas umah ngan taik cicak semua... pastu........



Sambung next entry.**

posted from Bloggeroid

Entry Best!