Wednesday, October 7, 2015

Sorry


Salam. 
Baru jer habis kursus untuk 3 hari dekat Kapit ni.
Mood baru siap SKT dan LNPT.

Tak da mood nak menulis. Lelebih lagi ingat esok nak balik sekolah dah!

Line hempon takdakkkkk!!! (stress)


Okay bye

Saturday, September 5, 2015

Counting days to UPSR



Oh my god. I am so nervous right now. It feels just like yesterday we hit June and now we are in September already. Which means, 3 more days till UPSR.

Stress sangat kenapa?
Masih ada murid kalau buat ujian olok-olok pun gagal. So. Macam mana tak stress sebab nak kejar GPS 2.35. Tu hanya akan dapat dicapai kalau tak da budak gagal!

Arghhhh (insert emoticon menangis sambil ketawa )

Otak aku makin tak betul dah gamaknya. Hari hari tidur pon bermimpi. Sebab terlalu berfikir. Jumpa budak pon rasa lemau jer. Ya Allah. Susahnya jadi cikgu kan. Baru aku tahu. Jangan ingat jadi cikgu ni mudah. Mengajar tu mengajar la. Tapi hasil dia yang penting. Mengajar takda hasil ibarat kau makan gaji buta la.

So. 3 hari lagi. Malam ni ada kelas malam. Insyaallah.. Cuba buat yang terbaik untuk bebudak kelas Tahun 6. Nak marah lebih-lebih pon den raso den tak mampu dah oi. Setiap kali masok kelas Tahun 6 terflashback zaman sekolah rendah dekat SKKB dulu.,

Ya Allah nakalnye den. hehe. Baru la paham cikgu cikgu kalau marah ke cubit ke ape ke bukan sebab suka suka tapi nak jadikan kita manusia. Jadi sekarang giliran aku pulak merasakan budak-budak nakal ni macam mana.


Good Nite

Diet Story #1





Hye!
Morning. Today after careful consideration, I have decided to share with the world my diet journey.

This includes:

-My Starting weight
-Why I finally decided to go on diet routine
-My food intake
-For how long?
-My daily excercise
-My 14 days challenge. Come and join me!



I am constantly on diet for health purpose only (you'll get bonus which is feeling good about yourself!) but today I am going out so I declare today is cheat day! #cheatday. I am gonna share what I ate for today later. Bye XO







Monday, August 3, 2015

Jenis-jenis Cikgu di Sekolah



Haloo.. My second entry for the year. Guess, Ill be writing more. Just dont have any ideas what to blog. Okay memandangkan hari ini manyak happy sebab PSS sekolah macam dah 'cun' sikit. Maka nak tulis satu entry pasal jenis-jenis cikgu yang ada di sekolah.


Hidup sekeliling ni kita akan berjumpa dengan banyak jenis cikgu dan tak semua sama perangai nya. Untuk entry ni, sebagai seorang guru, aku akan kupas jenis-jenis cikgu yang memang unik dan 'interesting'.


Kita akan mula dengan cikgu yang:



1. Havoc


-Cikgu yang dalam kumpulan ni sangat la banyak celotehnya tak kira dalam kumpulan lelaki dan perempuan. Seorang yang talkative dan mempunyai confidence level yang agak tinggi. Sangat mudah dibuat kawan dan memang sangat mudah menjadi geng untuk guru guru lain. Yang tak bestnye, kalau kau seorang berpersonaliti yang low profile, kau akan rasa sangat menyampah dan wish you would have the same confidence as him/ her. Tapi kau takda, so kau idup dalam kehidupan kau yang tak sehavoc mereka.Pendek kata, golongan cikgu Havoc ni sangatlah popular samada dalam kalangan murid atau cikgu sendiri. They win everybody with their charms.

2. Loner


-Cikgu dalam kalangan ni sangat la banyak dijumpai di setiap sekolah. Cikgu yang jenis 'buat hal sendiri'. Cikgu lain melepak dekat pantry bilik guru, makan jajan sambil sembang kencang, dan yang jenis loner ni akan lepak sahaja di meja sendiri sambil buat-buat rajin tulis RPH dan semak latihan budak sambil cuba usha-usha ape topik hangat yang diperkatakan. Lagi ciri-ciri guru loner ialah, apabila cikgu lain planning nak buat aktiviti makan sesame ke, terus senyap sunyi dan berdoa dalam hati supaya tak terlibat dalam agenda tersebut. Balik rumah layan drama Secret Garden, tengok hero pujaan Hyun Bin lagi best!



3. Yes Bos!


Cikgu jenis patuh arahan ni memang wajib ada dekat setiap sekolah. Jenis yang Guru Besar bagi apa apa je tugasan, mesti akan diselesaikan dengan penuh tiptop tak de cacat cela, malah siap extra vaganza lagi!. Cikgu jenis patuh arahan ni kadang-kadang menjadi anti kepada cikgu-cikgu yang jenis selamber watlek kipidap ni. Haha. Macam contohnye, GB adakan mesyuarat, dansepanjang mesyuarat tu asyikla memuji guru patuh ni dan secara tidak langsungnye ibarat seperti sarcasm kepada guru-guru lain agar mencontohi Guru Yes Bos ni.



4. Im Fashionista





Setiap sekolah biasanya akan ada guru yang bergaya meletop litop ni. Tak kira lelaki atau perempuan, D mana-mana sekolah biasa nye guru fashionista ni akan berpakaian lebih menonjol daripada guru-guru yang lain. Kalau yang perempuan dengan selendang Radiusite, jubah Minaaz, serta make up yang serba outstanding dan lelaki dengan kemeja berjenama butik butik yang kalau dipakai ke sekolah menampakkan susuk tubuh badan yang agak sado . Guru-guru daripada kalangan Im Fashionista ini biasanya akan memenangi anugerah Guru Paling Cantik atau Guru Paling Hensem pada setiap sambutan  Hari Guru.



5.  Aura Pembunuh


Guru yang mempunyai aura Pembunuh ni biasanya mengajar subjek subjek killer. Seperti Matematik dan Sains, Kalau nak tahu guru ni beraura pembunuh, kalau masuk kelas sahaja, murid terus bagi salam selamat dan duduk di tempat tanpa ada borak-borak dengan kawan sebelah. Dalam sesi kelas, Pendek kata, dalam sesi PdP, memang murid-murid akan berusaha untuk avoid eye contact dengan cikgu tersebut bagi mengelakkan dipanggil ke depan kelas untuk menyelesaikan soalan tricky seperti penyelesaian masalah sekaligus berusaha menyelamatkan diri daripada disindir dengan sindiran berapi seperti, " Kau ni berangan tak habis. Ingat dekat makwe di sebelah ke?"



6. Mean Girls.



Guru dalam kalangan  ni biasanya guru-guru perempuan (guru-guru lelaki pon ada juga). I bet every work place pun akan ada situasi geng ni. Dua kelompok guru yang tak ngam dan apabila cikgu-cikgu fresh graduate masok sekolah akan diberi tugas yang paling besar iaitu pilih nak masok geng mana. What? Haha. Jalan selamat, just play safe dan avoid masok mana mana geng. Just neutral. Jangan cari pasal sebab kau tu ibarat ikan salmon yang nak migrate. So kalau salah jalan, memang akan dibaham dengan beruang rakus. Aku pernah pengalaman macam ni, dan sangat susah yoo sebab dua-dua kita nak kawan. Kalau kita kawan mesra sangat dengan belah ni, yang belah sana pulak jeles dan VV,


Apepon.. Ni just pandangan aku sahaja. Tidak menggambarkan semua guru yang ada di dunia. Aku kalau diberi pilihan di atas, aku memilih untuk menempatkan diri aku dalam kumpulan Loner. Hahah. Aku pon tak sangka sebab aku masa study dulu masyaallah, sangat havoc. Lani, Hum... Cikgu baru lagi havoc dari kite yang dah lama ni.. Dah besar panjang ni rasa macam tak macho ada geng. Hahahaha. Okay bye.


Sunday, August 2, 2015

Menyepi


Assalamualaikum.
Wahai pembaca blog.. Itupun, kalau masih ada pembaca blog.
Haila.. Susah benor mau menulis lani. Aku nak kata busy pon takdelah busy sangat. Just I wasnt in my blogging mojo few months back.

Memandangkan sekarang I am kinda busy with UPSR preps for my year 6 students, aku sangatlah stress. Haha. Apekah? Sepatutnya budak stress nak UPSR. Tapi aku pulak yang lelebih. Tidur tak lena. Mimpi setiap malam. Bangun pagi rase malas sangat nak pergi sekolah. Hahaha. ( back to school mood). Trial yang haritu, masih 4 orang gagal Matematik. Aku sangat depressed. What's wrong with them or... What is wrong WITH ME? Sampaikan aku naik darah tinggi dan sakit kepala.

Susah wei nak jadi cikgu. Aku tahu susahnya. Ingatkan masuk maktab, senang je nanti ngajo budak. Upenye, mengajor nak bagi paham la paling susah. corenye kau sendiri nak cari teknik sesuai nak bagi budak budak faham dan ngerti dong.

So. hari ni, aku ke kelas lagi. Tak nak marah marah. Only berapa hari je lagi tinggal, Nak lembut2. Kasar2 tu sikit je. Kalau lembut sangat budak tak jalan okay. Aku ni.. dalam kalangan cikgu darjah 6, depa tengok aku sebelah mata je. Sebab aku pompuan kot. Garang aura takde. Tapi cubitan ketam biru berbisa ada. Tapi budak budak.. dah immune dah setakat cubit ke tarik telinga. Nak garang aura tu baru jalan. Memandangkan aku ni nak hasilkan aura pon agaknya dah terlambat dah, aku cadang pon just go with the flow.

Ikot budak punye tahap. Mengajar budak lemah biar paham basic pon dah cukup. Please ya allah, Ya Rahman Ya Rahim. Bagi la kefahaman kepada anak muridku supaya mereka bersedia nak menjawab ujian.

Dan selepas aku buat teknik belajar bersaudara -iaitu lemah dengan lemah. Satu murid dalam kumpulan tu cakap:

" Cikgu, nyamai belajar macam ni" -(Cikgu seronok belajar macam ni)

One sentence and it still makes me happy.

Okay.. logging off. Nak masak spagetti nak jamu orang. Heee. Segan nak masak wei. Tak pro sangat. Hehehe. Bye

Entry Best!